PAS mengucapkan terima kasih kepada Sinar Harian kerana sanggup memohon maaf dan membetulkan laporannya yang salah terhadap kenyataan Presiden PAS di dalam isu 1MDB yang dibuat ketika Program Dialog Anak Muda Gagasan Sejahtera.
Kepada mereka yang memfitnah Presiden PAS di atas pemberitaan yang silap oleh Sinar Harian diharap dapat juga berlapang dada seperti yang dilakukan Sinar Harian dan mengaku silap.
PAS tetap berpegang teguh kepada prinsip seseorang adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah tanpa mengira isu dan lawan, sama ada skandal 1MDB yang nama Perdana Menteri sering terpalit, skandal Ijok yang nama Menteri Besar Selangor terpalit mahupun skandal pembelian banglo dan terowong bawah laut Pulau Pinang yang nama Ketua Menteri Pulau Pinang terpalit.
Jika diberi kuasa, PAS akan mengambil sikap yang sama terhadap skandal-skandal lama sebagaimana skandal-skandal baru dengan melakukan penyiasatan secara teliti dan membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.
Jangan cepat menghukum di zaman yang penuh fitnah ini. Budaya menghukum hari ini, bila tuduh sahaja terus dikatakan salah ini perlu dibendung. Sesiapa yang menuduh perlu membawa bukti.
Berhati-hatilah pada mereka yang suka menuduh lalu mencabar orang yang dituduh mereka untuk menyaman bagi membersihkan tuduhan terhadapnya terutamanya menjelang pilihan raya untuk meraih undi.
Ini cumalah taktik yang songsang untuk menipu pengundi kerana sudah ada pelbagai contoh di depan mata di mana mereka yang menuduh ini akan memohon maaf di mahkamah selepas itu setelah tujuan fitnah telah tercapai.
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
26 Mac 2018 – HARAKAHDAILY 26/3/2018
Lihat ini, ada rasuah ke?
Rumah Siapa ni? Rumah MB..
2 comments:
Parti Islam PAS pimpinan ulama Islam adalah parti yang adil dan menghormati keadilan dengan berpegang teguh kepada prinsip seseorang adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.
The presumption of innocence, sometimes referred to by the Latin expression ei incumbit probatio qui dicit, non qui negat (the burden of proof is on the one who declares, not on one who denies), is the principle that one is considered innocent unless proven guilty.
Berbeza pula dengan pemimpin-pemimpin dan barua-barua pakatan sarkis pimpinan puak evangelis yang berlagak sebagai 'pendakwaraya' dengan mencipta pelbagai dakwaan yang tidak berasas (fitnah) untuk memfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.
Dan pada masa yang sama, pemimpin-pemimpin dan barua-barua pakatan pimpinan puak evangelis yang sama juga berlagak sebagai 'hakim' dengan menjatuhkan hukuman konon parti Islam PAS pimpinan ulama Islam bersalah kerana menerima rasuah RM90 juta dll tanpa sebarang bukti yang kukuh !
Barua-barua ternakan pakatan juga seolah-olah telah dibrainwashed oleh pemimpin pakatan untuk mempercayai dakwaan dan keputusan membuta tuli pemimpin mereka secara membabi buta.
Jika pakatan pimpinan puak evangelis ini memerintah negara ini, maka akan ramai rakyat akan menjadi mangsa kezaliman mahkamah tidak sah (kangaroo court) !!!
Contoh terbaik ...drp seorang ulama Dan pemimpin
Post a Comment