Tuesday, March 27, 2018

Teruk Jika Calon PM Tolak Al-Quran, Hadis. -Dr. Mohd. Khairuddin



KUALA LUMPUR - Islam tidak menggalakkan seseorang melobi untuk dirinya memegang jawatan yang besar seperti Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.
Pemimpin PAS, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, lebih teruk jika yang melobi itu ada rekod kurang baik berkaitan tadbir urus dan prejudis pada Islam.

“Sangat pelik apabila ada golongan yang mengaji fiqh dan hadis boleh menerima kepimpinan golongan yang tidak mahukan Islam memimpin.
“Lebih pelik pula apabila menolak untuk al-Quran dan al-Hadis digunakan dalam hujah politik sedang politik perlu digerakkan dengan panduan al-Quran dan al-Hadis,”katanya dalam satu kenyataan di Facebook semalam.


Beliau dipercayai merujuk Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri sementara jika pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beberapa pemimpin pembangkang daripada Pakatan Harapan namun mengakui pencalonan Mahathir bertujuan memancing undi kaum Melayu untuk pembangkang.

Pakatan Harapan terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). – MYNEWSHUB.CC

UNDILAH PAS dalam PRU14
 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 


5 comments:

Anonymous said...

Che Det dah macam tu. Bersekutu pula dengan anti Islam

http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/691126-10-bukti-dap-anti-islam-menurut-ridhuan-tee.html

10 Bukti DAP Anti-Islam Menurut Ridhuan Tee

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.

Yang pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak.



Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, 



Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. 



Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. 

Ketujuh,

DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM.


Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu.

Ke-10 DAP menentang ustaz dan ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak,



“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.



“Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,” katanya dalam satu kenyataan.

Anonymous said...

Komen anak mahathir keatas Islam sebagai agama rasmi

https://www.google.com/amp/s/aidcnews.wordpress.com/2017/12/30/status-islam-sebagai-agama-negara-menyukarkan-marina-mahathir/amp/

Status Islam Sebagai Agama Negara Menyukarkan – Marina Mahathir

Petaling Jaya: Datin Paduka Marina Mahathir mendakwa status Islam sebagai agama negara telah menyukarkan pengasingan agama daripada bidang pentadbiran.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Datin Paduka Marina mendakwa, kedudukan Islam dalam Perlembagaan telah membawa kepada tafsiran berbeza mengenai peranannya dalam kerajaan. Ini termasuklah pendapat bahawa Islam perlu meliputi semua (bidang dan perkara).

“Apabila agama kepada negara wujud, ia menjadi sumber kuasa yang tidak boleh dipersoalkan menurut orang ramai.”

Tambahnya lagi, implikasi Islam sebagai agama negera turut dirasai di kalangan Muslim terutamanya apabila mazhab tertentu dijadikan sebagai pegangan rasmi kepada Muslim.

“Di Malaysia, mereka cuba mempromosikan Ahli Sunnah Wal Jamaah, satu pegangan Sunni untuk Muslim. Jika anda Syiah, semestinya anda tidak termasuk sekali dalam kelompok itu. Jika anda Muslim liberal, anda juga tidak termasuk sekali. Ia satu kelompok yang semakin menyempit.”

Tambahnya lagi, implikasi Islam sebagai agama negera turut dirasai di kalangan Muslim terutamanya apabila mazhab tertentu dijadikan sebagai pegangan rasmi kepada Muslim.

“Di Malaysia, mereka cuba mempromosikan Ahli Sunnah Wal Jamaah, satu pegangan Sunni untuk Muslim. Jika anda Syiah, semestinya anda tidak termasuk sekali dalam kelompok itu. Jika anda Muslim liberal, anda juga tidak termasuk sekali. Ia satu kelompok yang semakin menyempit.”

Pengasas bersama kumpulan Sisters In Islam (SIS) itu juga mendakwa, wanita Muslim juga berdepan dengan cabaran dalam menghadapi tafsiran Islam yang pelbagai (dalam kehidupan mereka).

Anonymous said...

http://sedakasejahtera.blogspot.my/2013/06/pelik-bin-ajaib-tembelang-mirzan.html?m=1

Pelik Bin Ajaib: Tembelang Mirzan Mahathir Dibuka Sendiri Oleh BERNAMA... Apa Motifnya.. Jom Terjah!!!


Mirzan Mahathir tidak miliki saham Petron Malaysia

Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (Petron Malaysia) hari ini memaklumkan kepada Bursa Malaysia yang Mirzan Mahathir tidak memiliki sebarang saham ataupun beliau mempunyai peranan dalam syarikat.

Petron Malaysia membuat kenyataan itu sebagai maklum balas kepada pertanyaan daripada seorang pemegang saham di mesyuarat agung tahunan berhubung pegangan saham Mirzan dalam Petron Malaysia dan syarikat induk, Petron Corporation, dan syarikat pegangan, San Miguel Corporation.
Syarikat itu mengesahkan yang Mirzan ialah ahli lembaga syarikat induknya, Petron Corporation Filipina.

Beliau telah dipilih sebagai pengarah Petron Corporation pada 13 Ogos 2010 dan memegang 1,000 saham,

Di bawah undang-undang kecil syarikat, seseorang itu harus menjadi pemegang saham untuk layak sebagai Pengarah.



Petron Corporation mempunyai 9.4 bilion saham yang disenaraikan di Bursa Saham Filipina.

Sebelum memegang jawatan pengarah dalam Petron Corporation, syarikat berkata yang Mirzan ialah pengarah San Miguel Corporation untuk tempoh singkat dari 1 September 2009 sehingga 15 April 2010.

Beliau masa ini menguasai 5,000 saham San Miguel. San Miguel Corporation mempunyai sejumlah 3.3 bilion saham yang disenaraikan di Bursa Saham Filipina.

"Kami berharap yang fakta ini akan mengakhiri segala spekulasi yang berkaitan Mirzan, yang sememangnya tidak adil untuk keluarga Dr Mahathir.

"Saham yang dipegang Mirzan dalam San Miguel Corporation dan Petron Corporation sememangnya saham yang melayakkan untuk jawatan pengarah," kata pengerusi dan ketua pegawai eksekutif, Ramon S Ang dalam satu kenyataan.

"San Miguel, Petron Corporation dan Petron Malaysia ialah syarikat penyenaraian awam, yang patuh kepada standard ketat tadbir urus," tambah Ang.

- bernama

Anonymous said...

https://pakdin.my/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/

DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee
Posted onTuesday, August 8, 2017 -08-08 15:00:52'
Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi.

Kita bukan rasis kaum kerana ajaran Islam adalah universal.

Saya pun keturunan Cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.

DAP BAIK… PKR BAIK… PH BAIK…

ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?

Mereka serang PAS tanpa letih. Mereka tegar fitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu lagi bersama dengan DAP. Mereka berasa DAP penting demi tawan Putrajaya.

Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.

Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.

Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah mereka hendak keliru atau dikelirukan?

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

TAMBAHAN:

1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible – Penyokong DAP & PKR

2) Isu Azan guna pembesar suara jadi isu – Penyokong DAP

3) Isu memudahkan proses murtad – Penyokong DAP

4) Isu status agama anak kita selepas umur 18 tahun – Penyokong DAP

Semua isu ini disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dalam PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan tetap sokong DAP lalu menghina PAS.

*Walaupun hakikatnya mereka nampak DAP sebenrnya adalah musuh Islam yang nyata!!!!* –

Anonymous said...



Melantik manusia jahil murakkab (bodoh berganda-ganda) menjadi pemimpin negara adalah seperti melantik orang buta menjadi pemandu bas. Adakah anda mahu menjadi penumpang bas tersebut?

Melantik manusia yang mengingkari perintah Allah dan RasulNya menjadi pemimpin negara adalah seperti melantik syaitan memimpin kita semua ke dalam neraka. Adakah anda mahu masuk neraka?

Melantik parti Islam pimpinan ulama Islam sebagai pemimpin negara adalah seperti memperkasakan dan memartabatkan agama Islam dan hak umat Islam dan hak rakyat dan hak pemimpin!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails