TEMERLOH – Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyanyikan lagu ABC yang didakwa menyindir kerajaan dan membawa mesej politik disifatkan sebagai tidak wajar dan tidak bertamadun.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan seorang dewasa yang dianggap sebagai cerdik pandai kepada golongan kanak-kanak.
“Sepatutnya kanak-kanak tidak dilibatkan dalam pertelingkahan politik khususnya pada usia kita perlu mengajar mereka nilai murni hormat-menghormati dan saling menyayangi.
“Kita tidak boleh bertoleransi dengan tindakan ini… ini melihatkan tahap sebenar pemikiran mereka dan harap rakyat matang dalam menilai perbuatan mereka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Sharkar ditemui pada majlis pelancaran Tuisyen Rakyat@KKLW di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar di sini hari ini, yang dirasmikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau mengulas laporan akhbar baru-baru ini yang mendakwa Lim mengajar lagu ABC kepada sekumpulan kanak-kanak dengan lirik yang menghina kerajaan dengan menyebut GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) dan 1MDB (1Malaysia Development Berhad).
Laporan itu menyebut Lim yang juga Setiausaha Agung DAP membawa sendiri cakera padat (CD) pada program yang didakwa dilakukan pada majlis perasmian pusat tuisyen di Pulau Pinang.
Sementara itu, Ismail Sabri pula mempersoalkan sama ada pembangkang begitu terdesak sehingga perlu memasukkan elemen politik ke dalam program pembelajaran kanak-kanak tadika.
Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah berkelakuan sebegitu meskipun di bawah kementerian beliau terdapat lebih 11,000 tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
“Jika kita berpolitik, jangan libatkan kanak-kanak. Mereka ini masih terlalu muda untuk dilibatkan dalam perbalahan atau caci maki politik.
“Tadika adalah tempat untuk kita menerapkan nilai murni dalam diri kanak-kanak,” katanya. – BERNAMA
Kembalilah kepada Islam.
UNDILAH PAS dalam PRU14PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
2 comments:
Mengapa saya tolak pakatan?
Sebab saya ABCD (Asal Bukan Condong DAP)
Asal
Bukan
Condong
Dap
Mengapa begitu?
DAP adalah tuan punya Pakatan Harapan. PAN, PKR n Bersatu hanya Khadam
DAP juga anti Islam
http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/691126-10-bukti-dap-anti-islam-menurut-ridhuan-tee.html
10 Bukti DAP Anti-Islam Menurut Ridhuan Tee
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.
Yang pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak.
Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’.
Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat.
Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’,
Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang.
Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Ketujuh,
DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM.
Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud.
Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu.
Ke-10 DAP menentang ustaz dan ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak,
“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.
“Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,” katanya dalam satu kenyataan.
Reply
Post a Comment