Setelah Tun Dr Mahathir menerjah Wacana Sinar Harian Ke-53 Khamis lalu, saya menggunakan ruang itu untuk menanyakan beliau mengenai persepsi bahawa, dari segi intelektual, beliau tidak akan mampu untuk jadi Perdana Menteri yang baik kerana beliau tidak akan mampu menguasai Pakatan Harapan serta hanya akan menjadi boneka (puppet) kepada para pemimpin lain disebabkan dominasi DAP di dalam Pakatan Harapan. Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir, di dalam jawapan beliau, menafikan perkara ini.
Di dalam tulisan saya pada 21 Februari lalu, saya telah menyentuh mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir sehari sebelumnya bahawa, di dalam menyiapkan Manifestonya, “kita (Pakatan Harapan) tidak terikat dengan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin tertentu jika kita dapati kenyataannya itu tidak dapat dilaksanakan oleh kita apabila kita menerajui kerajaan” kerana, kata beliau, “dana kerajaan mungkin tidak boleh menampung janji-janji yang keterlaluan”.
Saya menulis bahawa kenyataan Tun Dr Mahathir ini adalah indikasi kepada perbalahan lebih besar dalam Pakatan Harapan dengan menunjukkan contoh perbalahan antara beliau, yang mempertahankan pengenaan tol di Lebuhraya Utara-Selatan dan di Jambatan Pertama Pulau Pinang di dalam satu sesi bual bicara mengenai dasar Pakatan Harapan pada 10 Januari 2018, dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang disokong oleh pemimpin DAP lain seperti Dr Ong Kian Ming dan V Sivakumar, yang berjanji untuk menghapuskan tol ini.
Bila Manifesto Pakatan Harapan dilancarkan pada 8 Mac lalu, saya sendiri merasa sangat terkejut kerana mendapati bahawa, di sebalik penentangan keras Tun Dr Mahathir ke atasnya, janji untuk menghapuskan tol ini turut terkandung di dalam Janji 6-nya, “Menghapuskan Kutipan Tol”. Saya bagaimanapun tidak mahu mengulasnya ketika itu kerana mahu menunggu ulasan Tun Dr Mahathir ke atasnya terlebih dahulu dan hari ini ulasan Tun Dr Mahathir ini telah ada di dalam laporan akhbar Straits Times Singapura pada 25 Mac.
Di dalam laporan ini, Tun Dr Mahathir menyebut mengenai betapa beliau kadang-kadang merasakan Pakatan Harapan tidak akan mampu untuk memenuhi janji-janji yang terkandung di dalam manifestonya dengan menyebut mengenai kewujudan parti di dalam Pakatan Harapan yang bersifat “very socialistic” yang suka memberi benda kepada rakyat. Kata Tun Dr Mahathir, walaupun beliau sendiri memaklumkan kepada pemimpin ini bahawa perkara seperti penghapusan semua tol ini tidak boleh dilakukan, tetapi kerana mereka mahu populariti maka janji ini tetap dimasukkan juga di dalam Manifesto Pakatan Harapan.
Sungguh saya tergelak besar membaca pengakuan Tun Dr Mahathir ini kerana, antara keempat-empat parti di dalam Pakatan Harapan, hanya DAP sahajalah yang mengisytiharkan di dalam laman rasminya bahawa ia adalah sebuah parti “sosialis demokratik atau demokrat sosial”, yang menjadi ahli kepada Sosialis Antarabangsa (SI) dan yang memperjuangkan “kesamarataan” yang, mengikutnya, membawa erti “TENTANGAN TERHADAP eksploitasi dan HAK DAN KEISTIMEWAAN mereka yang mengawal kuasa ekonomi dan politik”.
Tidakkah pengakuan Tun Dr Mahathir di dalam akhbar Straits Times Singapura ini adalah satu vindikasi kepada kenyataan saya di depan beliau sendiri di dalam Wacana Sinar Harian Ke-53 Khamis lalu, malah di dalam kenyataan lain juga, bahawa beliau tidak akan mampu menguasai Pakatan Harapan serta hanya akan menjadi boneka (puppet) kepada para pemimpin lain disebabkan dominasi DAP di dalam Pakatan Harapan? Ini baru isu tol, belum lagi dibangkitkan dominasi DAP di dalam pelbagai isu lain Manifesto Pakatan Harapan.
Bandingkan sahaja ketundukan Tun Dr Mahathir kepada DAP ini dengan ketegasan beliau kepada MCA bila ADUN MCA mengugut untuk meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan tindakan Kerajaan Selangor meluluskan pindaan ke atas salah satu enakmen Islam Kerajaan Selangor pada tahun 1989 di mana jawapan tegas beliau adalah: Kalau ADUN MCA nak letak jawatan silalah letak jawatan, tetapi kalau MCA nak bertanding balik di kerusi itu UMNO tak akan sokong calon MCA dan MCA juga tak boleh guna lambang BN.
Akuilah sahaja bahawa Tun Dr Mahathir sudah terlalu lemah untuk jadi Perdana Menteri.
Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).
4 comments:
https://v2.ismaweb.net/2016/03/kata-pedang-dap-tetap-anti-islam-walau-berkawan-dengan-tun-m/
KATA PEDANG: DAP tetap anti-Islam walau berkawan dengan Tun M
PUAK ultra kiasu anti-Islam tetap anti-Islam biarpun dengan siapa mereka berkawan hatta negarawan.
Pemimpin rasis dan cauvinis Lim Kit Siang sanggup membuat kenyataan tidak pernah membenci Tun Dr Mahathir semata-mata ingin duduk sepentas dengan bekas perdana menteri itu.
Umum mengetahui Tun Dr Mahathir menolak kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak atas alasan skandal kewangan berbilion ringgit menerusi syarikat pelaburan 1MDB tapi ia masih belum berjaya dibuktikan dan didakwa di mahkamah.
Keadaan berbeza bagi parti tak tahu malu DAP yang menolak Najib bukan hanya kerana berada di posisi pembangkang, bahkan mereka juga entiti anti-Islam yang membenci setiap usaha Islamisasi oleh pihak kerajaan yang diketuai Najib.
Mereka mahu Najib jatuh, pemimpin Melayu berpecah belah, dan akan lahir keadaan yang akan memberi kelebihan kepada DAP menguasai tampuk kepimpinan negara.
Keadaan ini adalah lebih bahaya dan mudarat kepada negara berbanding keadaan hari ini.
Meminjam kata-kata Prof Dr Ridhuan Tee dalam tulisannya hari ini, apa jaminan yang ada jika Najib berundur? Siapakah yang akan menggantikan? Adakah DAP hanya duduk diam tanpa merancang sesuatu yang jahat untuk Islam dan orang Melayu?
Berdasarkan rekod lampau sedia ada, orang Melayu tidak harus bekerjasama langsung dengan DAP dalam apa jua keadaan sekalipun. Ini kerana matlamat tidak menghalalkan cara.
KATA PEDANG: Setuju pemimpin bermasalah perlu ditukar tapi bukan dengan DAP dan konco-konconya.
https://www.ismaweb.net/2017/08/20/kit-siang-bohong-kata-tak-anti-islam-melayu/
Kit Siang bohong kata tak anti-Islam, Melayu
BANGI, 27 Zulkaedah 1438H, Ahad – Kenyataan penasihat parti rasis dan cauvinis DAP, Lim Kit Siang yang mendakwa dirinya tidak anti-Melayu dan Islam jelas menunjukkan dia bercakap bohong.
Ibarat sudah terang lagi bersuluh, Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, Kit Siang tak perlu berselindung atau cuba menunjuk baik, hakikatnya semua orang tahu dia memang anti-Islam dan Melayu.
“Saya tak tuduh dia. Tetapi tindakan dan kenyataan dia bersama DAP sebelum ini secara lantang sudah jelas menampakkan memang anti-Islam.
“Banyak sikap DAP anti-Islam. Mereka sokong Interfaith Council (IFC), mereka tuntut kebebasan untuk orang Islam murtad. Mereka terlibat dengan COMANGO. Mereka juga yang tuntut supaya dibenarkan seks songsang dan tidak dikategorikan sebagai jenayah.
“Mereka memperlekeh institusi agama, bahkan mereka juga yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian. Titah Sultan mereka tidak terima dan secara jelas mereka menyatakan menolak hak keistimewaan orang Melayu dalam Perlembagaan.
“Mereka melobi negara luar tekan kerajaan Malaysia untuk lawan Perlembagaan. Mereka menolak Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, mahukan bahasa lain sama taraf. Mereka juga minta kerajaan iktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).
“Adakah itu tidak anti-Islam? Itu baru sedikit. Hakikatnya banyak lagi tindakan Kit Siang dan pimpinan DAP ini memang anti-Islam dan anti-Melayu,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Kit Siang yang mendakwa tidak pernah anti-Melayu atau anti-Islam.
Semalam Kit Siang berkata, tidak masuk akal untuk menjadi anti-Melayu atau anti-Islam jika seseorang mahu menjadi rakyat Malaysia.
http://www.ismaweb.net/2017/08/kit-siang-dakwa-tak-anti-islam-anti-melayu/
Tun m bukan dah terlalu tua tapi dah takda kekuatan untuk jadi pm kerana tun terlalu bergantung pada dap tun m bukan sahaja tidak percaya pada pk dan pan tapi tun m juga tidak percaya dng parti sendiri dan timbalan parti dia sendiri.
MahaFiruan adalah pemimpin boneka yang tidak berkuasa dan menjadi tunggangan pemimpin-pemimpin evangelis DA-Pig kerana MahaFiraun sedang dikawal dan dimanipulasi oleh lim gonne end dan kit sial untuk mencapai matlamat DA-Pig untuk memecah-belahkan dan melemahkan umat Islam dan melemahkan dan menghapuskan ajaran Islam.
Post a Comment