Friday, March 16, 2018

Uji Rashid Di Sini. Nasib Artis, Setelah Hampir Diusir..


HALAMAN HIBURAN

PRIMADONA Uji Rashid sebelum ini pernah berhadapan detik hitam apabila hampir diusir keluar dari rumah sewanya di Taman Dagang, Ampang, Selangor dipercayai kerana gagal membayar sewa.

Namun pelantun lagu Semakin Hari Semakin Sayang ini sudah mampu menarik nafas lega apabila beliau layak menerima rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Kisah penyanyi yang terkenal di sekitar 1970-an ini menjadi perhatian apabila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar memuat naik menerusi laman Instagram gambarnya bersama Uji Rashid.
Turut kelihatan ialah anak artis veteran tersebut iaitu, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau Cico serta cucu penyanyi berkenaan.
Noh dalam catatan di Facebooknya itu berkata, Uji Rashid telah datang ke pejabatnya berhubung permohonan penyanyi terbabit untuk mendapatkan sebuah unit PPR.

"Sempat berbual dengan penyanyi veteren yang banyak berjasa dalam industri muzik tanah air Uji Rashid yang datang ke pejabat saya tadi. Beliau ada memohon rumah PPR sebelum ini dan saya diberi maklum beliau akan diminta keluar dari rumah sewa di Ampang dalam masa terdekat atas sebab yang sangat menyedihkan. 

Memandangkan permohonan menepati syarat, saya beri kelulusan khas untuk beliau dan keluarga dapat mendiami PPR dengan segera. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi sinar baru dalam kehidupan Uji Rashid sekeluarga"
“Beliau (Uji Rashid) ada memohon rumah PPR sebelum ini dan saya diberi maklum beliau akan diusir dari rumah sewa di Ampang dalam masa terdekat atas sebab yang sangat menyedihkan.
“Memandangkan permohonan menepati syarat, saya beri kelulusan khas untuk beliau dan keluarga dapat mendiami PPR dengan segera.
“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi sinar baru dalam kehidupan Uji Rashid sekeluarga,” katanya Noh melalui catatannya itu.
Difahamkan, Uji atau nama sebenarnya Fuziah Haroun Al Rashid pernah beberapa kali membuat permohonan mendapatkan bantuan kewangan dan perumahan sebelum ini, namun kesemuanya itu gagal. – MYNEWSHUB.CC

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kembalilah kepada cara hidup Islam dengan menyokong dan mengundi PAS.
UNDILAH PAS dalam PRU14
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails