Sesuatu yang tidak boleh diterima apabila calon yang dipilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) terlupa membawa kad pengenalan, iaitu dokumen penting yang wajib dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Tapi itu yang berlaku kepada calon PKR di Parlimen Wangsa Maju, Tan Yee Kew. Beliau nyaris tidak dapat bertanding disebabkan kecuaiannya pada PRU-14 ini kerana terlupa membawa kad pengenalan.
Kad pengenalannya tertinggal di mesin fotokopi dan atas budi bicara SPR, mereka membenarkannya menggunakan salinan kad pengenalannya. Barisan Nasional (BN) dan Pas bagaimanapun membantah perkara itu kerana kad penganalan perlu dibawa kemana-mana.
Bagaimana beliau boleh melupakan dokumen penting itu. Ini adalah SPR, bukannya seperti pertandingan lain hatta kalau hendak mengambil peperiksaan SPM pun pelajar perlu membawa bersama kad pengenalan.
Yee Kew sepatutnya tahu asas dan peraturan untuk mendaftaran diri bagi bertanding dalam PRU. Bagaimana beliau mahu menjadi wakil rakyat jika peraturan itu pun tidak boleh diikutinya.
Malah sebagai rakyat Malaysia, kad pengenalan perlu dibawa ke mana-mana sekali pun, bukan sekadar untuk pendaftaran calon PRU sahaja.
Jika Azwan Ali, yang baru pertama kali bertanding PRU ini pun boleh mengikut peraturan dan membawa semua dokumen penting yang diperlukan, adalah menghairankan apabila Yee Kew tidak boleh melakukannya.
Ia juga menyebabkan Yee Kew dikecam hebat termasuk dari penyokong Pakatan Harapan sendiri kerana dilihat tidak bersungguh-sungguh dan mengambil mudah dengan pencalonannya untuk bertanding pada PRU-14.
Malah ada penyokong PKR sendiri yang menganggap kesilapan mudah itu menunjukkan beliau sebagai calon tidak masuk akal yang dipilih oleh parti mereka. Kesilapan itu juga dianggap sebagai sangat bodoh oleh penyokong parti berkenaan.
Kepada pengundi di kawasan Wangsa Maju, anda kini sudah tahu siapa calon PKR yang diletakkan di situ. Benda mudah pun tidak boleh ingat, macam mana beliau mahu menjadi wakil rakyat kalau ditakdir beliau menang kelak?
Buatlah pilihan yang betul, pilihkan calon BN nasional dan tolaklah pembangkang di situ.
Parlimen Wangsa Maju menyajikan saingan tiga penjuru buat kali pertama sejak 1995 melibatkan Barisan Nasional (BN) menerusi Datuk Yew Tiong Look, Razali (Pas) dan Yee Kew (PKR). (STV)
IKLAN
BARBER SHOP 91'.
Kedai Gunting rambut lelaki kami baru dibuka.. Sila kunjungi, 10 pagi hingga 10 malam tiap hari hingga sebulan..
Harga Promosi
-dewasa RM7:00
-kanak-kanak5:00
Sila kunjungi segera!
Bandar Damai Perdana. No 10 Ground Floor,
Jalan Damai Perdana,5/1B,56000,Cheras, KL.
https://www.facebook.com/gunting.krew?hc_ref=ARTMPWKnBAfryEQBtojBcZSD5UiXc9XcclNqEH-qhttps://www.facebook.com/gunting.krew?ref=bookmarks)
-dewasa RM7:00
-kanak-kanak5:00
Sila kunjungi segera!
Bandar Damai Perdana. No 10 Ground Floor,
Jalan Damai Perdana,5/1B,56000,Cheras, KL.
https://www.facebook.com/gunting.krew?hc_ref=ARTMPWKnBAfryEQBtojBcZSD5UiXc9XcclNqEH-qhttps://www.facebook.com/gunting.krew?ref=bookmarks)
No comments:
Post a Comment