KUALA SELANGOR: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sekali lagi membandingkan Selangor pimpinannya dengan Kelantan, selepas kenyataannya merujuk penghijrahan rakyat Kelantan ke negeri itu tidak disenangi beberapa pemimpin PAS.
“Selangor ini adil, tak payah kata Selangor Darul Islam, tak payah kita kata Selangor ‘serambi Mekah’, tak payah. Yang penting aman.
“Kalau Selangor tak adil, mengapa ramai orang Kelantan datang Selangor?” katanya pada sebuah majlis Pakatan Harapan di Stadium Kuala Selangor malam tadi.
Turut hadir Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Azmin turut merujuk kepada banjir besar yang melanda Pantai Timur pada akhir 2014.
“Masa Kelantan banjir teruk 2014, tidak ada siapa peduli orang Kelantan dan kerajaan Kelantan, dan yang datang bantu kerajaan Kelantan dan orang Kelantan adalah orang Selangor dan kerajaan Selangor.
“Saya bawa RM1 juta bagi kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Amar Abdullah, kemudian Selangor ke Kuala Krai, kami bina rumah mangsa banjir bernilai RM7 juta.
“Siapa buat? Selangor. Siapa sumbang? Rakyat Selangor. Kerajaan persekutuan sampai sekarang tak buat apa, jadi tak payah nak berdakap dengan kleptokrasi, tak payah nak ambil gambar dengan kleptokrasi, tak payah nak bermanja dengan Barisan Nasional. Ayuh bersama Pakatan Harapan demi masa depan cemerlang,” katanya dipercayai merujuk hubungan rapat pimpinan tertinggi PAS dengan Datuk Seri Najib Razak.
Sebelum ini, kenyataan Azmin merujuk penghijrahan rakyat Kelantan ke Selangor mendapat perhatian ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Salleh Said Keruak, yang menyifatkannya satu penghinaan kepada Kelantan.
“Bila PAS bergabung dengan PKR dari 1999 hingga 2015, pembangkang menggunakan Kelantan sebagai negeri contoh pembangkang terbaik dari segi pentadbirannya. Sekarang Azmin meremehkan Kelantan kerana PRU14 semakin hampir,” kata Salleh dalam catatan blog semalam.
Ia susulan ucapan Azmin pada sebuah program anjuran Amanah di Kedah.
“Bukan saya nak sombong tetapi berapa ramai orang Kelantan pindah ke Selangor? Jika Kelantan hebat seperti gelarannya Serambi Makkah, kenapa ramai orang Kelantan datang Selangor?” kata Azmin – FMT
MA
Lihat juga..
Wahai melayu Keantan. Sila tolak PKR kerana Azmin menghina kamu
ReplyDeleteWahai orang Melayu Kelantan, marilah kita semua mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dan menolak pakatan dalam PRU 14 sebab pakatan telah menghina orang Melayu Kelantan.
DeleteTetapi Orang Kelantan tidak akan membiarkan PH emlakukan apa di Kuala Selangor Terjadi di Kelantan. Mahukah orang yang beriman dilakukan sedemikian
ReplyDeletehttp://v2.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/
“DAP akan sambut kemenangan PAN dengan arak Carlsberg, Tiger”
BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.
Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.
Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).
Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.
Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.
“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.
Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.
“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.
“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.
Jemin berlagak bodoh sombong, bongkak dan riak kerana masuk bakul angkat sendiri. Kesimpulan ceteknya membuktikan dia bodoh berlapis-lapis.
ReplyDeleteKonon Sgor selamat sedangkan kadar jenayah tinggi di Sgor. Setiap hari berlaku kes jenayah termasuklah kes bunuh.
Kaum mana yang maju sebenarnya dan kaum mana yang ketinggalan di Sgor.
Jemin bercakap tanpa data statistiks dan fakta.
Fakta: Orang Kelantan mempunyai sifat yang unik iaitu orang Kelantan suka merantau atau berdagang @ berniaga di negeri atau negara asing sejak dari zaman dahulu lagi.
Jiwa orang Kelantan yang merdeka,suka kebebasan dan berdikari menyebabkan mereka lebih suka berniaga dari menjadi kuli Cina seumur hidup.
Maka tidak hairanlah peniaga Melayu Kelantan sentiasa bersaing dengan peniaga Cina.
Di Kelantan sendiri lebih 90% banglo besar dan indah , kereta mewah dll dimiliki oleh orang Melayu Kelantan.
Sebilangan perusahaan perusahaan milik orang Melayu Kelantan.
PKR memberi logonya dipakai oleh DAP. Maka PKR memuliakan DAP. Maka sebagaimana kita tak boleh undi DAP, kita tak boleh undi apa2 yg berlogo PKR
ReplyDeletehttp://v2.ismaweb.net/2016/06/haram-umat-islam-bersekongkol-dengan-dap-mufti-pahang/
Haram umat Islam bersekongkol dengan DAP: Mufti Pahang
KUALA LUMPUR, Jumaat – Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan bahawa adalah haram dan berdosa kepada mana-mana umat Islam yang menjalinkan kerjasama dan bersekongkol dengan parti rasis dan cauvinis DAP.
Ini kerana katanya, DAP dengan jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan sebuah negara sekular.
Jadi mereka dalam parti rasis itu adalah tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.
Beliau berkata, politik kebencian yang diamalkan oleh DAP jika dijalankan secara berterusan dibimbangi boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.
“Kita dapat lihat DAP begitu menentang pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016. Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama dngan mereka.
“Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam untuk berbaik-baik dengan golongan bukan Islam. Namun jika mereka yang mahu menentang Islam, kita wajib memeranginya,” katanya memetik Utusan.
Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup menggadaikan prinsipnya sendiri apabila bersekongkol dengan DAP yang nyata menjadi musuh Islam.
Haron menyifatkan tindakan Dr Mahathir mencabuli prinsip yang dipegangnya selama ini akan mengundang banyak perkara negatif.
Justeru, Abdul Rahman meminta Tun Mahathir untuk segera meninggalkan DAP dan kembali ke landasan yang benar apatah lagi tindakan beliau menjurus kepada usaha untuk menjatuhkan sebuah negara Islam.
“PAS dahulu buat kesilapan dengan bersekongkol dengan DAP sebelum mereka menyedari bahawa parti berkenaan memusuhi Islam. Saya harap Tun Mahathir perbanyakkan istighfar dan hentikan jalin kerjasama dengan DAP,” katanya.
Wahai melayu Kelantan. Sila tolak PKR kerana Azmin menghina kamu. Sila tolak semua calon yg berlogokan PKR kerana PKR menghina kamu sehina2nya
ReplyDeleteUndi PKR = Undi DAP
ReplyDeleteUndi DAP = Undi Musuh Islam
= Undi rejim pengganas Israel
Undi DAP = Menempah tiket ke neraka
Mari kita semua undi PAS dan tolak pakatan wayang pimpinan DAP dalam PRU14.
Moga allah swt merahmati perjuangan kejalan allah.ameeen
ReplyDelete