Saturday, April 28, 2018

Cabul Wanita: Akar Umbi Desak Gugurkkan Calon. Mudahnya, Tolak Saja PH..

Hasil carian imej untuk cabul wanita
Beberapa jam selepas media melaporkan ada calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan sedang disiasat polis atas dakwaan mencabul, muncul desakan di peringkat akar umbi supaya individu terbabit digugurkan.
Melalui sepucuk surat yang dialamatkan ke ibu pejabat parti komponen HARAPAN itu ahli daripada gabungan pembangkang itu mendesak pucuk pimpinan agar pencalonan individu berkenaan ditarik balik.

Menurut surat itu, dakwaan salah laku moral terbabit memalukan parti mereka, selain parti-parti komponen dalam HARAPAN.

Surat itu juga mempersoalkan sama ada HARAPAN sudah ketandusan tokoh sehingga mencalonkan orang yang pernah dituduh melakukan jenayah, atau mereka sengaja mahu menempah kalah di kawasan yang ditandinginya.

Surat itu turut menyorot kerusi yang bakal ditandingi individu yang didakwa terlibat dalam kes cabul itu sebagai kerusi penting serta berpotensi menyumbang kemenangan kepada HARAPAN.

Seterusnya, surat itu mendesak agar pucuk pimpinan tertinggi parti tidak memandang ringan hal itu kerana, menurut penulis surat berkenaan, anggota jentera parti tidak dapat menerimanya.

Baru tahu, enggan ulas

Penulis surat itu juga turut menamakan calon lain yang dikatakan lebih sesuai untuk menggantikan calon yang terpalit dengan dakwaan mencabul itu.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Ismail Mat Sidik mengesahkan pihaknya sedang menyiasat seorang calon HARAPAN Kelantan yang bertanding di salah satu Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu atas dakwaan mencabul.

"Kes tersebut bukan kes rogol, tetapi cabul. Kita siasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, " katanya ketika dihubungi.

Kejadian mencabul itu dikatakan terjadi pada Feb tahun lalu di sebuah bilik hotel di Kota Bharu.
Mangsa merupakan wanita berusia awal 50-an itu membuat laporan pada Jun 2017.

Sementara itu suspek yang dihubungi Malaysiakini enggan memberi sebarang komen.
"Saya baru mendapat maklumat daripada berita yang tersiar dan tak boleh nak mengulas," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dikatakan akar umbi desak parti gugur calon terpalit kes cabul.. Tak perlu, cara mudahnya, tolak saja PH. Kerana PH bukan parti yang mahu melaksanakan anti maksiat. Bukan parti Islam.
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini.
  PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular &sekandang dengannya, politik suku agama suku, yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
 
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR. Juga cuba menipu pengundi?

IKLAN
BARBER SHOP 91'
Kedai Gunting rambut lelaki kami baru dibuka.. Sila kunjungi, 10 pagi hingga 10 malam tiap hari hingga sebulan..
Harga Promosi
-dewasa RM7:00
-kanak-kanak5:00


Sila kunjungi segera!
Bandar Damai Perdana. No 10 Ground Floor, 
Jalan Damai Perdana,5/1B,56000,Cheras, KL.
https://www.facebook.com/gunting.krew?hc_ref=ARTMPWKnBAfryEQBtojBcZSD5UiXc9XcclNqEH-qhttps://www.facebook.com/gunting.krew?ref=bookmarks)

No comments:

Post a Comment