AIDCNews -13/04/18 –Pencalonan Dr Abdul Aziz Bari bertanding di DUN Tebing Tinggi mengukuhkan lagi spekulasi DAP merancang untuk merebut jawatan Menteri Besar Perak jika Pakatan berjaya menawan kembali negeri itu pada PRU 14.
Sebelum ini, nama Aziz Bari digembar gembur bakal bertanding di salah satu DUN di Selangor, bagaimanapun kehadirannya tidak begitu disenangi oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Pengumuman rasmi yang dibuat DAP bahawa Aziz akan bertanding di Tebing Tinggi, dilihat sebagai jalan penyelesaian hubungan DAP dan PKR di Selangor, namun dalam masa sama mengumpan pula calon Melayu DAP di Perak.
“Wahhhh.. Bilik gerakan PKR dah ready… Aziz Bari dari DAP bakal menjadi calon kerusi DAP di Tebing Tinggi Perak…. Kalau PH menang di Perak… In Sya Allah… Ni la calon MBnya nanti…,”kata bekas aktivis PPBM, Hamizura Osman dalam Facebook.
Hamizura berkata pencalonan Aziz itu merungkai kebimbangan yang pernah disuarakan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Perak yang juga merupakan Pengerusi PPBM Perak, Ahmad Faizal Azumu yang merayu kepada DAP supaya tidak meletakkan calon-calon Melayu mereka di mana-mana kerusi DUN di negeri itu.
Kata Ahmad Faizal, kalau DAP mahu menang, dan kalau mahu undi Melayu, mereka tidak boleh meletakkan calon Melayu di mana-mana kerusi DUN kerana ia akan memberikan isyarat kepada pengundi-pengundi Melayu Perak bahawa DAP mahu mengetuai Kerajaan Negeri.
“Nampak nya rayuan Saudara Peja (Ahmad Faizal) supaya DAP tak letak calon melayu sebagai calon DAP di Perak…. Dicelahkangkangkan oleh DAP… Tak patut….,”kata Hamizura lagi.
Aziz dilaporkan telah dicalonkan bertanding di DUN Tebing Tinggi oleh penyandangnya sendiri oleh Ong Boon Piow dalam satu ceramah di Station 18, hari ini.
Hadir sama pada siri ceramah itu, Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh; Ketua Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) Perak, Howard Lee Chuan How, Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Aziz yang menyertai DAP pada tahun 2015 pernah bertanding pada PRU13 di kerusi Parlimen Sabak Bernam atas tiket PKR tetapi tewas kepada BN.
Pada PRU 13, selain Boon Piow menang di DUN Tebing Tinggi, DAP juga turut memenangi 17 DUN yang lain iaitu; Kepayang (Nga Kor Ming), Sitiawan (Ngeh Koo Ham), Keranji (Chen Fook Chye), Malim Nawar (Leong Cheok Keng), Pantai Remis (Wong May Ing), Tronoh (Yong Choo Kiong), Menglembu (Lim Pek Har), Jelapang (Teh Hock Ke), Bercham (Cheong Chee Khing), Pasir Pinji (Lee Chuan How), Canning (Wong Kah Woh), Jalong (Loh Sze Yee), Aulong (Leow Thye Yih), Pokok Assam (Teh Kok Lim), Pasir Berdamar (Terence Naidu), Buntong (A. Sivasubramaniam) dan Sungkai (Sivanesan Achalingam).
Dengan kemenangan 18 kerusi DUN itu DAP merupakan parti paling dominan di kalangan pembangkang dalam Kerajaan Negeri Perak, berbanding dengan PKR (5), PAS (4) dan Amanah (1) kerusi sahaja.
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR..
3 comments:
Sungguh indah di waktu malam,
kita terpegun jadi terleka,
tersenyum riang para tetamu,
Parti roket hina Islam,
Si bahlol pula jadi boneka,
Mengkhianati Islam tanpa jemu.
Babi roket sangatlah hodoh,
jika dibanding dengan loket,
Orang cerdik jadi bodoh,
Kerana termakan dedak roket.
Melaka musnah kerana angkara Si Kitol dan Raja Mendeliar berkerjasama dengan Portugis dengan sokongan pedagang asing.
Nampaknya sejarah sering berulang apabila Si Kitol dan Mendeliar abad ke 21 menjadi khadam kepada parti kafir harbi roket untuk melemahkan agama Islam dan umat Islam kerana upah seguni dedak cap roket.
Syaitan dan iblis bertepuk tangan melihat munafik dungu mengkhianati agama Islam dan umat Islam.
Untuk menghalang rancangan jahat si Kitol dan Mendeliar dan tuan kafir harbi mereka , marilah kita menyokong dan mengundi parti Islam PAS dalam PRU 14.
Post a Comment