Saturday, April 28, 2018

Calon PRM Tiba Lewat Terlibat Kemalangan, & Heboh Masalah Pencadang..




TASEK GELUGOR 28 April – Calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Azman Shah Othman yang tiba paling lewat di pusat penamaan calon di sini mendakwa beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Azman Shah, 56, berkata, kemalangan berlaku di Sungai Petani, Kedah kira-kira pukul 7 pagi tadi apabila kereta jenis Proton Wira miliknya dilanggar sebuah kereta Proton Iswara.
Bagaimanapun katanya, beliau tidak mengalami kecederaan namun tangki minyak keretanya rosak.
“Mujur ada sebuah kereta dinaiki penyokong saya melalui jalan berkenaan dan mereka hantar saya ke sini,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, Azman Shah sekali lagi turut menarik perhatian apabila meminta petugas media untuk menjadi pencadang pencalonan beliau di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Berangan namun ditolak petugas media.
“Saya tidak bawa penyokong yang ramai kerana tidak mahu suasana menjadi kecoh,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi calon PRM DUN Telok Air Tawar, Lee Thian Hong turut meminta seorang wartawan akhbar berbahasa Cina menjadi pencadang namun ditolak menyebabkan anak perempuannya mengambil tanggungjawabjawab berkenaan.
Azman Shah pula ‘terselamat’ apabila seorang kakitangan awam sudi menjadi pencadangnya. – UTUSAN ONLINE


IKLAN
BARBER SHOP 91'
Kedai Gunting rambut lelaki kami baru dibuka.. Sila kunjungi, 10 pagi hingga 10 malam tiap hari hingga sebulan..
Harga Promosi
-dewasa RM7:00
-kanak-kanak5:00


Sila kunjungi segera!
Bandar Damai Perdana. No 10 Ground Floor,
Jalan Damai Perdana,5/1B,56000,Cheras, KL.
https://www.facebook.com/gunting.krew?hc_ref=ARTMPWKnBAfryEQBtojBcZSD5UiXc9XcclNqEH-qhttps://www.facebook.com/gunting.krew?ref=bookmarks)

No comments:

Post a Comment