Wednesday, April 25, 2018

Calon Sogok Nurul Izzah, Mywatch Lapor Polis.


Mywatch Lapor Polis Kes Nurul Izzah Sogok Calon

KAJANG – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang, Mywatch hari ini tampil membuat laporan polis terhadap dakwaan prilaku korupsi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar.

Tokoh politik pembangkang itu didakwa menerima sogokan dalam bentuk wang tunai bagi memastikan pemilihan beberapa calon untuk mewakili parti tersebut dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bulan depan.
Pengerusinya, Datuk Sri Sanjeevan berkata, perbuatan Nurul Izzah itu terbongkar menerusi kenyataan disiarkan laman bloghttp://ttkmalaysia.blogspot.my/2018/04/panas-5-mesin-atm-kesayangan-puteri.html .
Penulis terbabit mendakwa memiliki bukti bahawa Nurul Izzah ada menerima sejumlah wang habuan daripada beberapa individu yang akan bertanding sebagai calon PKR di dalam PRU ke-14.
“Saya minta polis jalan siasatan yang jelas dan telus untuk mengenal pasti kesahihan kenyataan dimuat naik blog itu kerana jika benar, Nurul Izzah telah langgar proses demokrasi yang adil.
“Kegiatannya itu terang-terangan adalah sebagai rasuah,” kata Sanjeevan ketika ditemui Mynewshub di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, dekat ibu negara hari ini.
Tambahnya, individu yang dipercayai merupakan bakal calon kerusi DUN dan Parlimen seperti didakwa blog tersebut telah membelanjakan jutaan ringgit bagi mendapat kerusi di dalam kempen pilihan raya berkenaan.
“Ada beberapa individu yang sudah pun dinamakan dalam blog berkenaan dan ada juga beberapa individu lain yang tidak dinamakan dalan blog berkenaan.
“Bukti-bukti yang dinyatakan oleh blog itu saya akan serahkan seratus peratus kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” kata Sanjeevan.



DATUK SRI SANJEEVAN MENUNJUKKAN SALINAN LAPORAN POLIS YANG DIBUAT.

Tindakan Mywatch tampil membuat laporan polis berhubung isu ini juga agak memeranjatkan kerana NGO berkenaan dilihat lebih bersikap propembangkang selama ini.
Bagaimanapun pendedahan laporan yang dibuat itu sudah semestinya dapat merungkaikan taktik kotor yang telah dilakukan oleh PKR sebelum ini dalam kancah politik tanah air.
“Ini adalah rasuah sekiranya ia adalah benar, kita tidak mahu ada calon-calon yang mendapat kerusi bertanding dengan hanya melakukan pembayaran kepada mana-mana pihak.
“Jika orang-orang sebegini yang akan menang dan akan memasuki DUN dan parlimen, orang-orang ini tidak akan membela nasib rakyat.
“Saya tidak ada apa-apa masalah dengan Nurul Izzah dan PKR, tetapi apa yang jadi masalah besar di sini adalah perkara yang dibangkitkan ini dan dikatakan sedang berlaku di dalam parti,” katanya lagi.
Sementara itu, Sanjeevan memberitahu bahawa beliau baru sahaja menerima wang sebanyak RM5,000 selepas menang tuntutan mahkamah bagi mendapatkan ganti rugi yang dilakukan beberapa anggota polis kerana didakwa merosakkan sebahagian rumahnya dalam serbuan pada 2016. – MYNEWSHUB.CC
559686_505894539456840_1348145350_n
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

1 comment:

  1. Sanjeevan siap buat lapor polis lagi. Banding dengan Husam... saya ada audio. Apa la punya bangang PAN.
    Tumpang tanya sikit recording mono ka stereo

    ReplyDelete