JIKA lembu di Jepun diberi minum bir dan diurut untuk melembutkan dagingnya, maka di Kelantan mahu menggunakan kaedah memperdengarkan bacaan al-Quran kepada lembu.
Lapor Astro Awani, cadangan tersebut mahu dilakukan dengan harapan daging lembu tersebut akan bermutu tinggi sekaligus menjadi pengeluar daging lembu yang bertaraf tinggi seperti “Kobe” yang terkenal akan kelembutan dan berharga tinggi di pasaran.
Exco Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kerajaan sedang bertindak dalam Pelan Pembangunan Sistem Lembu Pedaging Hibrid atau dikenali sebagai pelan Naim Beef.
“Program Naim Beef ini merupakan program penyusunan sistem petani mengikut sistem dirancang ke arah mengeluarkan daging yang baik.
“Antara ciri-ciri untuk daging hebat lembu ini perlu dijinakan,” katanya selepas majlis perasmian Karnival Antarabangsa Bio Kelantan 2018 di Kelantan Trade Centre (KTC), disini petang semalam.
Menurutnya lagi, sehingga kini Kelantan mempunyai lebih 19 ribu penternak lembu dan kebanyakan penternak lembu di Kelantan mahir berurusan dengan ternakan mereka sehingga lembu menjadi lebih jinak.
Tambahan pula, Kelantan muncul sebagai negeri pertama mengeksport lembu Sado dari baka Charoleis yang bernilai tinggi dan merupakan negeri kedua tertinggi mengeksport lembu ke luar negara.
Lembu Sado yang diimport dan di bawa masuk dari benua Eropah mampu di jual dengan harga antara RM12,000 – RM15,000 seekor. – MYNEWSHUB. CC/MIZE
Lihat juga..
2 comments:
Menulis komen merapu berunsur fitnah adalah kebiasaan barua-barua ternakan roket seperti kluangay dan azreengay.
Barua ini telah menulis perkataan lembu, bodoh macam lembu , binatang, agen cia, sumpah jadi abu dll.
Ini menunjukkan barua-barua ini tidak bermoral kerana makan dedak cap roket dari sumber haram seperti skandal kertas kerja, skandal terowong, skandal banglo terlajak diskaun.
Biasalah barua seperti Azreen berpura-pura marah apabila dilabel barua. Samalah seperti pencuri berpura-pura marah dilabel pencuri.
Kita amat memahami situasi ini seban barua tidak akan mengaku berak di tengah jalan walaupun itu tahi barua sekali pun.
Post a Comment