Sunday, April 01, 2018

DAP Mahu Ketuai Johor (Sheikh Omar Ali Calon MB) & Perak Pula – Dr Kamarul




Dalam wawancara beliau dengan portal berita Malaysia Kini pada 27 Mac lalu, Pengerusi Pakatan Harapan Perak yang juga Pengerusi PPBM Perak, Ahmad Faizal Azumu, merayu kepada DAP supaya tidak meletakkan calon Melayu di mana-mana kerusi DUN Perak.
Kata Ahmad Faizal kepada DAP, kalau mahu menang, kalau mahu undi Melayu, jangan letakkan calon Melayu di mana-mana kerusi DUN kerana jika itu dilakukan ia akan menghantar isyarat kepada pengundi Melayu bahawa DAP mahu ketuai kerajaan negeri.
Masalah yang dibangkitkan oleh Ahmad Faizal ini tidak terhad kepada Perak sahaja malah di negeri-negeri lain seperti Johor juga yang menyaksikan DAP muncul pemenang terbesar antara semua parti pembangkang bagi kerusi DUN Johor di dalam PRU 13, iaitu 13.
Apatah lagi bila Pengerusi DAP Johor merangkap Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong, telah mengumumkan di dalam Konvensyen DAP Johor pada 11 Oktober 2015 lagi bahawa DAP perlu melengkapkan diri sebagai bakal pewaris Kerajaan Johor.
Jika dilihat kepada senarai nama kesemua 13 calon DUN DAP di Johor yang kesemuanya mencapai kemenangan di dalam PRU 13, maka akan didapati bahawa kesemuanya adalah bukan Melayu bukan Islam, dan tidak ada seorang pun adalah Melayu Islam.
12 daripada 13 ADUN DAP Johor ini adalah berbangsa Cina, iaitu ADUN N2 Jementah, Tan Chen Choon; ADUN N6 Bekok, Lim Eng Guan; ADUN N10 Tangkak, Ee Chin Li; ADUN N12 Bentayan, Chua Wee Beng; ADUN N19 Yong Peng, Chew Peck Choo; ADUN N23 Penggaram, Gan Peck Cheng; ADUN N28 Mengkibol, Tan Hong Pin; ADUN N42 Johor Jaya, Liow Cai Tung; ADUN N45 Stulang, Chen Kah Eng; ADUN N46 Pengkalan Rinting, Cheo Yee How; ADUN N48 Skudai, Boo Cheng Hau; ADUN N52 Senai, Wong Shu Qi; dan ADUN N55 Pekan Nenas, Yeo Tung Siong.
1 daripada 13 ADUN DAP Johor ini pula adalah berbangsa India, iaitu ADUN N30 Paloh, Shanker A/L Rengganathan.
Semalam, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, mengumumkan seorang Melayu Islam, bekas ahli PAS yang menyertai DAP pada 20 Jun 2015 dengan diberikan jawatan Pegawai Khas Kepada Pengerusi DAP Johor, iaitu Sheikh Omar Ali, sebagai calon DUN N30 Paloh dari DAP.
Sekali gus isyarat yang dihantar kepada pengundi Melayu Johor, seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Perak, ialah bahawa DAP mahu ketuai kerajaan negeri di Johor, dengan persepsi bahawa Sheikh Omar Ali adalah calon Menteri Besar Johor dari DAP.
Sheikh Omar Ali inilah yang dalam wawancara dengan lidah rasmi DAP, Roket Kini, pada 8 September 2015 membataskan urusan beragama kepada soal peribadi individu dengan menyebut, “Bagi DAP, urusan beragama adalah bersabit seorang hamba dengan Tuhannya”.
Kita lihat sahaja sejauh manakah benarnya telahan Pengerusi Pakatan Harapan Perak bahawa tindakan DAP meletakkan calon Melayu di mana-mana kerusi DUN di Perak, yang terpakai juga di negeri lain, akan menyebabkan pengundi Melayu tidak mengundi Pakatan Harapan.
Awal-awal lagi DAP dah tak hormat pandangan PPBM nampaknya.
Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

1 comment:

  1. Marilah kita menolak DAP dan parti lain menjadi sekutu DAP. DAP adalah anti Islam manakala PKR, PAN dan Bersatu adalah khadam DAP

    http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/691126-10-bukti-dap-anti-islam-menurut-ridhuan-tee.html

    10 Bukti DAP Anti-Islam Menurut Ridhuan Tee

    KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.

    Yang pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak.



    Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’.

    Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat.

    Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, 



    Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. 



    Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. 

Ketujuh,

    DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM.


    Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud.

    Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu.

    Ke-10 DAP menentang ustaz dan ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak,

    

“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.



    “Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,” katanya dalam satu kenyataan.

    ReplyDelete