Tuesday, April 10, 2018

Dr Tan Seng Giaw Digugurkan. Apa Katanya?


SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng (enam dari kiri) bersama sebahagian kepimpinan tertinggi DAP bergambar pada Majlis Pengumuman Calon DAP untuk Wilayah Persekutuan sempena Pilihanraya Umum ke 14 di Dewan Sivik MBPJ. - Foto Luqman Hakim Zubir


PETALING JAYA: Orang kuat DAP, Dr Tan Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen lapan penggal di Parlimen Kepong digugurkan parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tempat Seng Giaw diganti oleh Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng.


Sehubungan itu, katanya, Hannah Yeoh di Parlimen Segambut manakala Tan Kok Wai, Fong Kui Lun dan Teresa Kok kekal di Parlimen Cheras, Bukit Bintang dan Seputeh.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Calon DAP untuk Wilayah Persekutuan sempena PRU-14 di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Sementara itu, Seng Giaw ketika diminta mengulas penggugurannya itu berkata beliau maklum mengenai perkara itu dan menerima keputusan parti.
“Saya terima keputusan parti dan akan terus berkhidmat untuk (kawasan) Kepong," katanya ketika dihubungi malam ini.


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

1 comment:

Anonymous said...

Pemecatan pemimpin-pemimpin DA-Pig dan pengguguran nama mereka dalam PRU14 dan penindasan ke atas DUN dan MP sekutu DA-Pig kerana menentang lim gonna end jelas membuktikan DA-Pig diperintah oleh dinasti diktator.

Anda boleh bayangkan keburukan yang akan berlaku jika negara kita diperintah oleh diktator DA-Pig dan khadam-khadam sekular liberalnya yang bersikap anti-Islam.

Oleh sebab itu, marilah kita semua umat Islam menyokong dan mengundi parti Islam PAS yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin Islam yang mempunyai rekod yang bersih dari rasuah dll untuk menyelamatkan negara ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails