Monday, April 23, 2018

Hamas Laksana Hukum Mati 3 Warga Palestin Disabit Membunuh. -Berita AP

 PRESIDEN Palestin, Mahmoud Abbas. - Foto AP
GAZA: Pemerintah Gaza, Hamas melaksanakan hukuman mati terhadap tiga warga Palestin yang disabitkan atas tuduhan membunuh walaupun tanpa kelulusan Presiden Palestin Mahmoud Abbas.
Menteri Dalam Negeri berkata pelaksanaan hukuman itu dibuat hari ini di penjara tengah selepas keluarga mangsa jenayah menolak kemungkinan pengampunan terakhir.

Ia adalah kali pertama Hamas melaksanakan hukuman mati sejak satu kerajaan penyatuan ditubuhkan di Tebing Barat dan Gaza hasil satu persetujuan dengan parti Fatah pada 2014.
Namun begitu, Hamas kekal sebagai pihak berkuasa de facto di Gaza, sekali gus mengekang kerajaan Fatah daripada memperluaskan kawalan di wilayah itu. - AP
Hasil carian imej untuk ismail Haniyeh
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Benarkah berita AP ini? Ini, seorang lagi pemimpin Islam Palestin, Ismail Haniyeh.
Ismail Haniyeh
إسماعيل هنية
إسماعيل هنية.jpg
Perdana Menteri Palestin ke-3
Dalam jawatan
29 Mac 2006 – 2 Jun 2014
Didahului olehAhmed Qurei
Digantikan olehSalam Fayyad
Butiran peribadi
Lahir29 Januari 1963
Al-Shati, Semenanjung Gaza
Parti politikHamas
Ismail Haniyeh (kadang-kadang dieja Ismail Haniya), lahir pada Januari 1963, (Bahasa Arab: إسماعيل هنية) adalah pemimpin politik utama kumpulan / parti Hamas dan Perdana Menteri Semenanjung Gaza yang terkini dan pertama. Selepas Hamas merampas Gaza daripada Fatah pada 14 Jun 2007, beliau telah dipecat oleh Presiden Mahmoud Abbas. Sebenarnya Mahmoud Abbbas selaku Presiden Palestin, tiada ada kuasa membubarkan kabinet Ismail Haniyeh. Oleh kerana itu Ismail Haniyeh menolak pembubaran dan pemecatan itu kerana tidak perlembagaan.
Haniyeh dilantik sebagai Perdana Menteri pada 16 Februari 2006 berikutan Hamas diubah dan dibentuk semula pada selepas Hamas menang dalam Pilihan raya legislatif Palestin 25 Januari 2006. Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 29 Mac 2006. Kemudian beliau meletak jawatan pada 15 Februari 2007 untuk membentuk kerajaan perpaduan antara Hamas dan Fatah. Beliau sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 18 Mac 2007.
Haniyeh lahir di kem pelarian Al-Shati di Genting Gaza. Pada 1948 ibu bapanya melarikan diri selepas serangan-serangan bom Israel dan tempat itu kini dikenali sebagaiAshkelon di Israel. Pada 1987, Ismail mendapat ijazah kesusasteraan Arab dari Universiti Islam Gaza. Pada 1989 dia dikurung selama 3 tahun oleh pihak keselamatan Israel dan dibebaskan pada 1992. Selepasa itu diusir oleh Lubnan. Dia pulang ke Gaza dan dilantik sebagai dekan Universiti Islam.
Selepas pemimpin rohaniah Syeikh Ahmed Yassin dibebaskan pada 1997, Haniyeh dilantik menjadi pengerusi Hamas. Tapi Israel mensasarkannya sebagai orang yang bertanggungjawab membunuh rakyat Israel. Pada 2003 dia cedera di tangan selepas tentera udara Israel melepas tembakan di Baitulmuqaddis

Serangan Israel ini berikutan tindakan pejuang Hamas meletupkan diri (bom syahid) dan mencederakan warganegara Israel. Pengaruhnya semakin meningkat selepas Kebangkitan Intifada terutama kerana hubungan erat dengan Syeikh Ahmed Yassin dan ramai pemimpin Hamas dibunuh oleh pihak keselamatan Israel. Pada Disember 2005, Haniyeh telah dilantik mengetuai parti Hamas dan Januari 2006 memenangi pilihan raya Palestin.

Pada 16 Februari 2006, Hamas mencadangkan Ismail Haniyeh sebagai Perdana Menteri Palestin. Pada 30 Jun 2006 kerajaan Israel mengancam membunuh Haniyeh jika militan Hamas tidak membebaskan Gilad Shalit. Gilad Shalit ialah tentera Israel yang telah menceroboh dan mengintip di kawasan Gaza. Gilad tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pada 20 Oktober 2006 Ismail Haniyeh mahu Fatah dan Hamas bersatu dan tidak bertempur sesama sendiri. Malam itu, Ismail terselamat dari serangan ketika sedang dalam konvoi untuk menemui Mahmoud Abbas di Gaza. Serangan itu bukan satu pakatan bunuh, sebaliknya seorang anggota Fatah yang mengamuk selepas bertelingkah dengan Hamas. Pada 14 Disember 2006, Ismail Haniyeh dilarang masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah, Mesir. Beliau dilarang masuk oleh Menteri Pertahanan Israel Amir PeretzAnak sulung Haniyeh cedera ketika melintasi sempadan.

Haniyeh &Kebiadaban Israel
Israel menilai Ismail Haniyeh sebagai bahaya kerana tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Ismail Haniyeh juga enggan mematuhi syarat meletakkan senjata. Oleh itu langkah de facto sekatan ekonomi dilakukan. Kerajaan Israel enggan menyerahkan lebih USD600 juta wang cukai milik sah warga Palestin di Gaza.

Ismail Haniyeh menjawab beliau dilantik secara demokrasi oleh warga Palestin dan Israel tidak boleh menekannya. Israel tidak sepatutnya memberi layanan berbeza. Peruntukan wang cukai itu adalah hak sah rakyat Palestin, bukan sedekah daripada Israel. Amerika juga menganggap Hamas sebagai organisasi pengganas. Amerika mengarahkan 50 juta dolar tidak dikeluarkan dari bank-bank asing untuk membantu kerajaan Hamas di Palestin. 

Menteri Ekonomi Palestin Mazen Sonokrot bersetuju memulangkan semula bantuan Amerika. Ismail Haniyeh berkata,
"Pihak Barat sentiasa saja menggunakan wang bantuan kemanusiaan untuk menekan kembali penduduk Palestin yang dibantu."

Hamas mahu Israel.. 
  • terlebih dahulu mengiktiraf negara Palestin sebagaimana peta 1967,
  • membebaskan banduan di penjara Israel
  • mengiktiraf hak pelarian untuk pulang ke Palestin. 
Jika tidak mereka akan terus berjihad sehingga Baitulmuqaddis dibebaskan. Malangnya Israel terus menghalang penduduk Israel untuk terus bekerja di tanah mereka, merampas tanah mereka dan melakukan pembunuhan demi pembunuhan.

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails