MENTERI Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman. - Foto AFP
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman dilaporkan meminta pihak berkuasa Mesir supaya tidak membenarkan mayat Dr Fadi M R Albatsh Fatma dibawa masuk ke Semenanjung Gaza.
Menurut laporan portal berita Palestin News Network, Lieberman berkata menerusi satu kenyataan kepada media tempatan, pihaknya sudah menghantar permintaan itu menggunakan kaedah konvensional dan menegaskan perkara itu tidak terletak di bawah bidang kuasanya memandangkan kawasan sempadan Rafah berada di bawah kuasa Mesir.
"Kerajaan Israel mengulangi keputusan yang pernah dibuat sebelum ini iaitu menghalang mayat pejuang Hamas dibawa masuk ke Gaza untuk dikebumikan," katanya.
"Kerajaan Israel mengulangi keputusan yang pernah dibuat sebelum ini iaitu menghalang mayat pejuang Hamas dibawa masuk ke Gaza untuk dikebumikan," katanya.
Menteri Pendidikan, Naftali Bennett, turut berkongsi pandangan yang sama, berkata pihaknya tidak akan membenarkan mayat Fadi dibawa pulang ke Gaza, kecuali pihak Hamas bersetuju untuk memulangkan dua mayat tentera dan dua rakyat Israel yang didakwa ditahan oleh Hamas.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi Sabtu, Fadi yang berasal dari bandar Jabalia di utara Gaza maut ditembak dua suspek menunggang motosikal berkuasa tinggi ketika berjalan menuju ke surau tidak jauh dari pintu masuk hadapan sebuah kondominium di Setapak, di sini.
Pihak Kedutaan Palestin dan keluarga Fadi dilaporkan dalam proses membawa pulang jenazah Fadi ke Gaza untuk dikebumikan dan kini menunggu kelulusan daripada kerajaan Mesir.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah pihak Malaysia ada terlibat membantu haramjadah Israel meminta Mesir mengalang kemasukan jenazah As-Syahid Dr Fadi itu? Begitu biadapnya Israel hingga menceroboh masuk campurtangan dalam negara orang lain!
Lihat sebelum ini..
- Bohong! As-Syahid Fadi Yang Ditembak Semalam, Buka...
- Hamas Laksana Hukum Mati 3 Warga Palestin Disabit ...( Lihat mengenai Hamas &Ismail Haniyeh)
Lihat juga..
1 comment:
Biarlah jenazah syuhada As Syahid Dr Fadi makamkan diMalaysia. tanda sokongan perjuangan menentang rejim yahudi
Post a Comment