Tuesday, April 10, 2018

Himpitan Ekonomi Rakyat, Ini Jalan Selesai..




BANDAR TUN RAZAK: Menerusi Manifesto Gagasan Sejahtera, negara dan rakyat ditawarkan penyelesaian terhadap isu yang membelenggu kehidupan mereka, namun kekal memacu pembangunan.

Timbalan Ketua Muslimat PAS Malaysia, Dr Rosni Adam menyenaraikan, antaranya tawaran pendidikan percuma termasuk melupuskan hutang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perkara itu dinyatakannya pada sesi Sembang Santai Teh Tarik di Restoran Rizkhan, Taman Tenaga, di sini kelmarin.
 Hasil carian imej untuk Sembang Santai Teh Tarik
Jelas beliau, PTPTN sepatutnya menjadi bantuan kepada mereka yang memerlukan yakni penuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan kutipan hutang PTPTN juga tidak harus menjadi pendapatan negara.

Kerana itulah Gagasan Sejahtera ujarnya, akan melupuskan hutang PTPTN dan sekali gus menawarkan pendidikan percuma bagi penuntut ke IPT.

Begitu juga terang beliau, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang memberi pendapatan lebih RM32 bilion kepada negara, tetapi ianya membebankan setiap lapisan rakyat, maka komitmen Gagasan adalah memansuhkannya.

Sebaliknya jelas beliau, GST akan diganti cukai kepada golongan kaya yakni korporat dan transaksi saham yang akan menjana pendapatan lebih banyak iaitu RM52 bilion sebagai alternatif.

Tidak ketinggalan maklumnya, Manifesto Gagasan turut menawarkan untuk wanita antaranya bantuan RM2,000 bagi memulakan kerja dari rumah bagi membolehkan mereka memberi perhatian kepada keluarga.

Terangnya, hal itu kerana Gagasan memandang serius masalah meruncing masyarakat hari ini antaranya berpunca daripada ibu bapa yang sibuk bekerja hingga mengabai anak-anak. -HARAKAHDAILY 9/4/20

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

5 comments:

Anonymous said...

Kerajaan Islam sentiasa memberi bantuan dan pertimbangan kepada kebajikan rakyat dan sentiasa berfikir untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

Kerajaan kapitalis pimpinan puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi pula sentiasa berfikir cara-cara mendapatkan wang dengan memeras wang rakyat sehingga rakyat hidup segan mati tak mahu menderita sepanjang hayat kerana darah mereka dihisap oleh lintah darat yang memerintah negara.

Oleh sebab itu, marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam untuk menubuhkan kerajaan Islam dan kesejahteraan rakyat dan negara.

Anonymous said...

Di Pulau Pinang polisi DAP adalah menekan golongan marhaen untuk membeli rumah. Rata2 mereka.adalah orang melayi


Jika and menyokong PH ia akan terjadi di Selurih Malaysia

PH is DAP. PKR PAN dan Bersatu hanyalah balaci sahaja.

DAP pakai logo PKR untuk mengaburi orang melayu

http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2017/12/26/rumah-mampu-milik-di-pulau-pinang-hanya-mampu-tengok/

Rumah mampu milik di Pulau Pinang hanya mampu tengok

Harga rumah di Pulau Pinang terlalu tinggi dan di luar kemampuan majoriti rakyat Pulau Pinang. Harga rumah di Pulau Pinang hampir sama dengan harga rumah di Lembah Klang, walaupun purata pendapatan isi rumah Pulau Pinang separuh daripada purata pendapatan isi rumah di Lembah Klang.

Malahan, harga rumah mampu milik yang diperkenalkan kerajaan Pulau Pinang masih terlalu tinggi untuk majoriti rakyat Pulau Pinang. Ada yang mengatakan rumah mampu milik di Pulau Pinang bukan rumah mampu dimiliki, tetapi cuma mampu tengok atau sampai mati pun tak boleh dimiliki.

Hanya kerajaan Pulau Pinang yang mengatakan harga rumah mampu milik di Pulau Pinang bertepatan dan mampu dimiliki rakyat Pulau Pinang.

Kenapa rumah di Pulau Pinang sangat mahal?

Selain spekulasi harga tanah yang menjadikan harga tanah di Pulau Pinang meningkat dan kenaikan harga bahan binaan di pasaran, kerajaan DAP negeri sejak 2009 menaikkan kadar sumbangan wajib dan caj pembangunan baru ke atas pemaju perumahan di Pulau Pinang.

Anonymous said...

Rejim roket telah berjaya membina rumah mampu tengok saja untuk rakyat yang miskin dan rakyat sederhana.

Inilah pencapaian parti kafir harbi roket yang dibanggakan oleh khadam-khadam roket.

Baju spot said...

Asalkan sesuatu parti tidak ambil rasuah dan benar-benar dan binakan negara maka kita sokong.

Anonymous said...

SPRM telah menyiasat atau mendakwa sebilangan pemimpin dan kroni PH dan BN.

Pemimpin-pemimpin PAS pula mempunyai rekod yang bersih dari rasuah.

Maka orang yang bermoral akan menyokong dan mengundi PAS.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails