Difahamkan, penduduk kampung di negeri Arunachal Pradesh telah menggunakan 'hukuman' seperti itu ke atas perogol sebelum ini. - Foto Daily Mail
NEW DELHI: Dua lelaki yang didakwa memperkosa remaja berusia 17 tahun diarak dalam keadaan berbogel dengan kedua tangan mereka terikat di belakang selain turut ditampar oleh penduduk wanita.
Mereka dipaksa berjalan di sepanjang jalan Yingkiong di timur laut India tanpa seurat benang sebelum diserahkan kepada polis.
"Orang awam yang berang dengan kedua-dua lelaki tersebut bertindak 'menghukum' mereka," kata Timbalan Inspektor Jeneral, John Neihlaia.
Menurutnya, mangsa bersetuju untuk keluar bersama salah seorang suspek selepas mengenalinya di media sosial.
"Dia dirogol oleh lelaki tersebut bersama tiga rakannya. Mangsa kemudiannya dihantar pulang pada jam 2 pagi (waktu tempatan) dan dia melaporkan perkara itu kepada polis pada keesokan harinya.
"Ahli keluarga dan jiran remaja perempuan itu bagaimanapun bertindak awal menangkap kedua-dua lelaki terbabit. Kami masih memburu dua lagi suspek dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an," ujarnya.
Difahamkan, penduduk kampung di negeri Arunachal Pradesh telah menggunakan 'hukuman' seperti itu ke atas perogol sebelum ini. Bulan lalu, seorang lelaki yang memperkosa budak perempuan berumur lapan tahun turut diarak di sepanjang bandar Daporijo. - Sumber Daily Mail
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mendidikkah hukuman di India begini? Mana baik dengan hukum jenayah dalam perundangan Islam dari sudut pendidikan?
Lihat Sebelum ini..
No comments:
Post a Comment