Monday, April 23, 2018

Jangan Ugut Kak Wan. Otai Reformis Bidas 'Kartel': PKR Makin Berkocak!



PKR semakin berkocak.

Selepas spekulasi Tian Chua keluar parti tidak menjadi kenyataan, Otai Reformis pula tampil membidas Ketua Wanita Zudaida Kamaruddin, Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali, dan pasukan 'Kartel'.

“Pemilihan calon bagi DUN negeri dan parlimen yang diputuskan oleh presiden parti tidak perlu dipertikaikan lagi, khususnya dari kumpulan pendesak ketua wanita dan pasukan timbalan presiden yang dilabelkan Kartel.

“Otai Reformis 1998 dan aktivis-aktivis parti PKR menentang keras ugutan dan penentangan terhadap keputusan presiden.
“Dasar pemilihan calon telah ditetapkan KPI yang digariskan telah diambil kira serta pengorbanan calon pada tahun tahun sebelumnya diambil kira,” kata setiausaha kumpulan veteran aktivis reformasi 1998 itu, Shaiful Ariffin.


Dalam kenyataan petang ini, Shaiful (atas) berkata Datuk Seri Wan Azizah Ismail telah membenarkan semua saluran sedia ada untuk mengemukakan senarai calon.

“Fakta fakta calon disaring ,disemak uji, diverifikasi dan diberi penilaiaan seadil-adilnya oleh jawatankuasa pemilihan maka tidak Perlu adanya tentangan atau ugutan di peringkat ini.
“Politik itu murni jika kita mengikhlaskan tindakan kita kerana Allah, bangsa dan negara,” katanya.
Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Shaiful mengesahkan istilah 'Kartel' itu merujuk kepada Azmin dan Zuraida.

Diminta menjelaskan maksud ugutan itu, Shaiful menjelaskan terdapat ugutan peribadi yang tidak perlu dijelaskan.


“Nampaknya ada ugutan nak keluar parti, tapi saya dengar ada rumours daripada Tian Chua, tapi saya tengok kenyataan media tak sebegitu.

“Ada ugutan peribadi yang tak payah payah dimaklumkan. Biasalah ada ugutan keluar parti.

“Ada yang nak boikot,” katanya.

Ditanya berkaitan pertemuan Zuraida dan Azizah, Shaiful berkata terdapat perbincangan ringkas tetapi belum jelas apa isinya.



Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails