Badan pemikir AS Majlis Hubungan Luar (CFR) menjangkakan Malaysia akan menjadi negara yang lebih "menindas" sekiranya Datuk Seri Najib Razak dan BN menang lagi dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Jika Najib dan pakatannya menang dalam pilihan raya ini - terutama jika menang dengan majoriti besar - mereka akan memerintah Malaysia dalam era yang lebih menindas.
"Najib menggunakan kuasanya secara menindas pada penggal sebelumnya, jika diberi satu lagi penggal dia boleh mengubah Malaysia ke arah negara seperti Turki atau negara lain yang lebih autoritarian," kata Joshua Kurlantzick, pegawai CFR untuk Asia Tenggara dalam tulisan di blog.
Kurlantzick juga percaya kemenangan besar BN tidak menjamin pengukuhan golongan konservatif dan Islamis di Malaysia.
"Jika Najib tidak menang besar, PAS tidak begitu berupaya membuat tuntutan daripada kerajaan baru.
"Namun jika Najib tidak menang besar, dan perpecahan PAS dari pembangkang menjadikan faktor kemenangan Najib, PAS dan sekutu Islamisnya akan boleh membuat tuntutan daripada kerajaan baru," katanya.
Menurut Kurlantzick lagi, sekiranya pakatan pembangkang yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad menang dalam PRU kali ini, ia akan menjadi kejutan besar, terutamanya apabila pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim masih di penjara.
Tambahnya, meskipun pembangkang mendapat sokongan pada 2013, ketidakpuasan hari rakyat dengan skandal 1MDB, selain dakwaan rasuah dalam kerajaan, serta kos hidup yang tinggi, Najib dan BN masih dijangka akan menang.
"Mahathir masih tidak begitu dipercayai oleh segelintir pihak dalam pembangkang, dan dia tidak mampu memotivasikan pakatan pembangkang sebagaimana Anwar pernah lakukan.
"Kerajaan Najib pula telah menggunakan bajet pra-pilihan raya yang besar untuk menarik pengundi, yang dianggap perkara biasa di Malaysia.
"Di bawah peraturan pilihan raya baru, lebih banyak kawasan yang terlibat berbanding pilihan raya lalu, yang mencairkan lagi sokongan pengundi bandar yang cenderung menyokong pembangkang," katanya.
Lihat juga..
No comments:
Post a Comment