Friday, April 13, 2018

Kafe Ingat Mati, Perkenalkan Konsep 'kematian' Dalam Perniagaan.

Kafe 'kematian' di Bangkok Kafe kematian' Kid Mai mahu pengunjung mengingati kematian dan menghargai kehidupan.

BANGKOK - THAILAND. Lari daripada tema kebiasaan yang mengetengahkan konsep ceria dan menenangkan, sebuah kafe di Bangkok memperkenalkan konsep 'kematian' dalam mempromosi perniagaan mereka.

'Kafe kematian' Kid Mai menampilkan dekorasi menyerupai majlis pengebumian di mana keseluruhan kafe di cat warna hitam dan dihias kalungan bunga yang biasanya dihadiahkan kepada keluarga si mati.
Imej yang berkaitan
Menu makanannya pula mempunyai nama seperti 'penuaan', 'kesakitan' dan 'kematian', untuk mendapatkan diskaun istimewa, pengunjung boleh berbaring di dalam keranda yang disediakan sambil mengambil gambar.

Pemilik kafe unik tersebut, Veeranut Rojanaprapa yang juga seorang profesor dan penyelidik sosial berkata konsep kematian dipilih untuk mengingatkan masyarakat supaya menghargai kehidupan yang singkat ini.

"Mempunyai kesedaran terhadap kematian mengurangkan perasaan tamak dan marah, kita akan mempunyai niat untuk berbuat baik," ujarnya. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ingat mati juga, adalah suatu suruhan Islam kepada penganutnya supaya sentiasa mengingati hari akhirat, tidak sekularisme. Cuma caranya amalnya berbeda menurut kepercayaan masing-masing. 

Undilah PAS parti dunia akhirat.
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
Kini DAP berselimut di bawah lambang PKR.

3 comments:

Anonymous said...

Haaaaa yang ni patut presiden cap munge pi. Moga2 dia sedar umur dah hampir satu abad

Anonymous said...

Berimanlah dengan Allah BUKAN dengan parti

Anonymous said...

Pomen muda yang baru beberapa tahun pomen BUKANLAH pilihan kita kalau kereta kita rosak. kita pasti mencari pomen yang lebih berpengalaman membaiki kereta kita.

Tidak ada soal tua atau muda, soalnya pomen muda mendatangkan lebih banyak kerosakan pada kereta kita manakala pomen tua yang berpengalaman menjadikan enjin kereta kita "power" seperti baru.

Tak kan nak pilih pomen muda....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails