Monday, April 02, 2018

Kesal, Selamat Hari Lahir GST! -Dr Azman Ibrahim.


Hasil carian imej untuk gst
SELAMAT hari lahir GST. Maaflah, lewat sikit ucap selamat ulang tahun kelahiran ketiga kamu. Bil internet kena potong. Nak bayar bil, kenatopup lagi sejak kamu lahir.
Maaf juga kerana tak dapat nak bagi hadiah kek hari lahir. Nak hadiah kek guane, sejak kamu lahir tiga tahun lalu, kami nak beli beras pun timbang kilo. Tak mampu lagi nak beli sekampit lima kilo. Kek pisang bolehlah rasa jarang-jarang. Itu pun cicah dengan air sejuk saja.
Saya tumpang simpati kerana lantaran selepas kelahiran kamu, ayah kamu bernama Najib semakin dibenci orang. Inikah yang dikatakan orang kelahiran yang membawa sial?
Eh! Kamu tahu tak, seorang bapak saudara kamu dari Pagoh, kalau tak silap namanya Muhyiddin dah lari dari rumah. Apa punya bapak saudara, dia dah tak mengaku kamu ini anak sedara dia. Dulu dialah yang bersyarah merata-riti berbangga dengan kelahiran kamu. Baru-baru ini dia tuduh kamu anak haram milik orang lain. Malangnya kamu ada bapak saudara seperti dia.
Apa nama tu seorang lagi bapak saudara kamu yang masak nasik goreng tapi api dapur tak nyala. Kalau tak silap dia orang Pontian. Dia pun dulu bersemangat membela kamu. Kata dia, bila kamu lahir, harga barang akan jadi murah. Wah! Atas bawah kiri kanan belakang depan dia kena bantai. Sekarang dah agak susah nak baca kenyataan dia. Saya kesunyian sebab kalau dia bercakap, adalah sikit hiburan.
Apa pun dalam usia kamu tiga tahun, kamu belum mumaiyiz lagi. Masih berak kencing merata. Rakyat Malaysia rata-rata berdoa semoga hayat kamu tak panjang. Mungkinkah sambutan ulang tahun ketiga ini ialah sambutan ulang tahun terakhir kamu. Wallahua'lam. Jangan sampai anak cucu kami kencing di pusara kamu nanti.
DR AZMAN IBRAHIM  
Ahli Jawatankuasa Kerja 
PAS Pusat - HARAKAHDAILY 1/4/2018



Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

3 comments:

Anonymous said...

Pas ada buat cadangan ganti gst tapi kerajaan mana nak guna sebab pas cuma pembangkang

Anonymous said...

Percayalah kerajaan skan tiru cadangan dr pembangkan tapi lmbt sikit.

Anonymous said...

GST dimulakan sebaik saja isu 1MDB terbongkar dan harga minyak dunia merundum.

Jika dulu kerajaan boleh beroperasi tanpa GST , mengapa sekarang tiba-tiba GST menjadi penting untuk survival kerajaan seolah-olah tanpa GST kerajaan akan lingkup? Salah tadbir, salah laku, pecah amanah, pembaziran, dll?

Rakyat yang hidup miskin dan sederhana menderita sebaik sahaja GST dilaksanakan kerana kos dan harga semua barangan dan perkhidmatan meningkat secara mengejut.

Rakyat yang miskin dan sederhana menjadi lebih miskin di waktu pemimpin Be End hidup mewah.

Kita sebenarnya telah nenentang GST sebelum GST dicadangkan oleh Be End sebab kita telah melihat keburukan GST ke atas rakyat di mana semua cukai diperingkat pengeluar, pemborong dan perincit ditanggung oleh rakyat 100%.

Oleh sebab itu marilah kita semua umat Islam menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU untuk membela rakyat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails