Terbaharu isu melibatkan homoseksual dan pedofilia sekali lagi membuka mata ramai pihak apabila tersebarnya beberapa paparan skrin perbualan beberapa ahli Group Anak Ikan di Facebook yang sepatutnya membimbangkan ibu bapa di luar sana.
Menerusi gambar yang tular itu, seorang pengguna laman sosial tersebut yang menggunakan nama Hakimi Captainzr Hafizi membuat perkongsian dalam group berkenaan mendakwa dirinya mahu ‘menuai’ seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.
“Dapat emergency call dari budak ini. Minta balik Kuantan cepat. Mungkin dia yakin dah boleh dituai kot. Yeahhh, tunggu abang,” tulisnya.
Lebih mengerikan, ahli-ahli lain dalam group tersebut tampil meninggalkan komen mendedahkan mereka juga mempunyai anak ikan berusia 14 tahun dan seringkali melakukan seks songsang.
Malah mereka turut bangga berkongsi gambar ‘anak ikan’ mereka yang jelas masih di bawah umur untuk tatapan ahli group yang lain biarpun ada yang menegur tindakan mereka.
Semakan di laman Facebook mendapati, Hakimi Captainzr Hafizi telah menyahaktifkan akaunnya di laman sosial berkenaan. Netizen kini telah beralih arah kepada salah seorang lagi pengguna Facebook yang meninggalkan komen pada entri Hakimi yang dikenali sebagai Amirul Hafifi.
Tinjauan ke laman Facebook Amirul Hafifi mendapati suatu perkara yang semamngnya mengkhuatirkan sesiapa yang melihatnya Ternyata individu tersebut langsung tidak cuba menyembunyikan kecenderungan seksualnya dan sekiranya dilihat daripada senarai rakan Facebooknya, rata-rata merupakan anak-anak kecil lelaki di bawah umur.
Perkara ini jelas menunjukkan sisi buruk media sosial zaman ini apabila sebuah laman sosial seperti Facebook digunakan untuk mendapatkan mangsa-mangsa aktiviti terkutuk pedofilia.
https://www.google.com/amp/s/www.ismaweb.net/2014/07/12/dr-mujahid-penghalang-atau-pembela-lgbt/amp/
ReplyDeleteDr Mujahid: Penghalang atau pembela LGBT?
Datuk Dr Mujahid,
Tidak mengiktiraf sesuatu kelompok tetapi melindungi hak kelompok berkenaan? Tidakkah pelik bin ajaib bunyinya. Apakah erti tidak diiktiraf? Bukankah ia bererti bercanggah dengan peraturan negara? LGBT tidak diiktiraf di Malaysia. Mengamalkan LGBT adalah salah di sisi undang-undang Malaysia. Pengamal LGBT ialah pesalah. Lalu bagaimana mungkin pesalah LBGT boleh hidup aman dengan mengamalkan LGBT dan bekerja di Malaysia? Malah, dijamin haknya untuk bekerja serta tidak boleh didiskriminasikan dalam pekerjaan?
Kita tidak mengiktiraf negara haram Israel, tetapi kita melindungi hak orang Israel untuk duduk dan bekerja di wilayah Palestin yang dijajah Israel?
Sebelum berbicara soal diskriminasi pekerjaan, terlebih dahulu perlu dibicarakan status pengamal LGBT di Malaysia. Pengamal LGBT tidak perlu malah tidak boleh dibenarkan hidup bebas di Malaysia. Mengamalkan LGBT ialah kesalahan di sisi undang-undang Malaysia. Pengamalnya mesti dikenakan tindakan undang-undang.
Sebagai majikan, adakah anda mahu memberikan pekerjaan kepada pengamal LGBT yang pastinya dikenakan tindakan undang-undang? Adakah anda mengamalkan diskriminasi jika anda tidak mahu memberikan pekerjaan kepada pesalah undang-undang?
Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi untuk melindungi hak golongan LGBT untuk tidak didiskriminasikan dalam bidang pekerjaan adalah tidak perlu kerana kewujudan golongan LGBT itu sendiri adalah tidak perlu, malah mengamalkan LGBT adalah tidak dibenarkan di sisi undang-undang negara.
JIKA TUN MAHATHIR PATUT KEMBALI JADI DOKTOR, APA PULA YANG SEPATUTNYA BUAT NAJIB DAN HADI SENDIRI?
ReplyDeleteKenyataan Presiden Pas, Hadi Awang yang menyatakan Tun Mahathir Mohamad lebih patut menjadi doktor di klinik 1Malaysia berbanding menjadi calon di Langkawi, secara tidak langsung memperlihatkan bahawa Pas mahu Najib Razak terus menang dalam pilihanraya 9 Mei depan ini.
Kata-kata beliau itu adalah gambaran ketakutan dan keengganannya menerima kemunculan semula Tun Mahathir bertanding dalam pilihanraya, menjadi Perdana Menteri dan seterusnya berusaha menyelamatkan rakyat dan negara daripada "kerosakan" yang diakibatkan oleh Najib selama ini.
Hakikatnya, kesediaan Tun Mahathir bertanding dan aktif semula dalam politik bukanlah perkara baru, sebaliknya ia sudah pun diketahui umum sejak dua atau tiga tahun yang lalu lagi.
Cumanya, apabila semalam nama beliau disahkan akan bertanding di Langkawi, ia adalah bukti betapa Pengerusi Pakatan Harapan itu benar-benar serius untuk menyingkirkan Najib dan menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.
Kenapa baru sekarang Hadi risau dengan kembalinya semula Tun Mahathir serta menyarankannya menjadi doktor di klinik 1Malaysia saja?
Bukankah Tun Mahathir pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum ini, maka apa yang hairannya jika beliau kembali semula ke jawatan itu?
Lagi pula, selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir telah terbukti cemerlang memajukan negara dan menaikkan imej Malaysia di mata dunia, bukannya seperti Hadi yang gagal waima cuma sepenggal sebagai Menteri Besar Terengganu.
Dengan rekod cemerlangnya itu dan keinginan Tun Mahathir cuma untuk menyelamatkan negara, mengapakah Hadi begitu takut dengan kembalinya semula beliau menjadi Perdana Menteri?
Adakah dengan menunjukkan ketakutan kepada kembalinya Tun Mahathir itu bermakna Hadi lebih mahu Najib terus dikekalkan lagi?
Tetapi, kenapa Hadi tidak berterus-terang saja dengan menyatakan sokongan terbukanya kepada Najib?
Untuk apa Hadi berselindung dengan mengatakan lebih baik Tun Mahathir kembali menjadi doktor saja daripada bertanding dalam pilihanray, walhal maksudnya begitu mudah difahami sebagai suatu sokongan kepada Najib?
Tapi Anwar Ibrahim kata dia seorang korup, mementingkan kroni
Delete