HALAMAN HIBURAN
KUALA LUMPUR: Once, adakah anda terima ‘Signal’ TWICE? Kumpulan K-pop terkenal, TWICE, bakal mengadakan persembahan di Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada konsert jelajah Asia, ‘TWICE LAND, Fantasy Park’.
TWICE menguar-uarkan tentang konsert mereka, 'TWICE 2nd Tour - TWICELAND ZONE 2: Fantasy Park' menerusi satu kenyataan di akaun Twitter rasmi mereka baru-baru ini. Bertemakan fantasi, TWICE bakal membawa ‘taman fantasi’ mereka ke Malaysia pada 28 Julai ini.
Dianjurkan oleh IME, konsert tersebut akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam 8.30 malam.
Jualan tiket atas talian KSTAR (www.kstar.tv) dibuka pada 21 April bermula jam 3 petang sehingga 22 April (sehingga jam 3 petang) dengan harga tiket dijual serendah RM388. Peminat yang membeli tiket VIP akan mendapat ganjaran istimewa.
TWICE terdiri daripada sembilan anggota iaitu Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu serta dibentuk menerusi program realiti survival, Sixteen pada 2015 di bawah syarikat pengurusan JYP Entertainment.
Single pertama mereka, ‘Cheer Up’, menerima sambutan hangat dan lagu tersebut berjaya mengungguli carta-carta utama Korea seperti Naver, Melon, Mnet dan Soribada sekali gus merangkul gelaran 'Song Of The Year' pada Anugerah Muzik Mnet Asia dan Anugerah Muzik Melon 2016
Selepas 'Cheer Up', kumpulan ini terus memukau peminat mereka yang juga dikenali dengan nama fandom ‘Once’ dengan beberapa lagi lagu hit seperti ‘Knock Knock’, ‘TT’, ‘Signal’ dan yang terbaharu, ‘What Is Love’.
Lagi persembahan telanjang? Kalau lu tak mahu persembahan begini di negara umat Islam ini berterusan, sila undi parti Islam se Malaysia (PAS) dalam PRU14..
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular &sekandang dengannya, politik suku agama suku, yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR. Juga cuba menipu pengundi?
No comments:
Post a Comment