BAGI rakyat Pulau Pinang khasnya pengundi di kerusi Parlimen Bagan, mereka tentunya maklum dengan janji wakil rakyatnya, Lim Guan Eng konon mahu hapus tol laluan Sungai Nyior pada 2008.
Itu kisah lama ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 dan sehingga hari ini, tol di lebuh raya itu yang merupakan sebahagian Jalan Lingkaran Luar Butterworth (BORR), bukannya dimansuhkan malah naik lagi lebih 100 peratus.
Selepas menang lagi PRU ke-13 pada 2013, Ketua Menteri itu membiarkan sahaja penduduk menanggung azab apabila kadar tol meningkat daripada hanya 50 sen ketika era Barisan Nasional (BN) kepada RM1.20 mulai 2015.
Justeru apabila Setiausaha Agung DAP itu menerusi akaun sosial Facebook rasminya pada Jumaat menulis konon mahu hapus tol Jambatan Pulau Pinang jika masih menang PRU ke-14, ramai netizen ketawa terbahak-bahak!
Apakah Pakatan Harapan (PH) cuba sekali lagi memperbodohkan rakyat Pulau Pinang dengan janji kelakar tersebut semata-mata kerana takut dengan manifesto BN negeri itu mahu mansuh tol motosikal di dua jambatan berkenaan.
“Undi BN, hanya tol motosikal Jambatan Pulau Pinang pertama dimansuhkan. Undi Pakatan Harapan, selepas kita mengambil alih Putrajaya, semua tol Jambatan Pulau Pinang dimansuhkan,” kata Guan Eng dengan nada angkuh.
Hakikatnya semua maklum, manifesto PH yang diumumkan baru-baru ini tidak pun mahu menghapuskan tol lebuh raya kerana didakwa konon masih lagi murah di dunia, bahkan mereka buat pusingan U untuk terus kekalkannya.
Ini berbeza dengan pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang sejak mengambil alih pentadbiran negara pada 2009, lapan plaza tol sudah berjaya dimansuhkan dengan paling baharu, empat lagi mulai 1 Januari lalu.
BN juga memastikan tol Lebuh Raya Utara-Selatan yang dianggap nadi Semenanjung Malaysia tidak naik setiap lima tahun sebagai mana dilakukan ketika era Tun Dr. Mahathir Mohamad dahulu hingga menyusahkan rakyat.
Malahan lebuh raya baharu, Pan Borneo menyambungkan Sabah dan Sarawak yang dibina juga bebas tol selain lebuh raya hubungan tengah antara Pahang dan Kelantan juga tiada kutipan tol apabila siap dibina kelak.
Sebaliknya, tiga lebuh raya baharu di Lembah Klang yang dibina dengan kerajaan negeri pimpinan PKR ada kepentingan dijangka mengenakan tol di samping projek mega terowong dasar laut Pulau Pinang yang kontroversi.
Inilah realiti dan semua maklum janji PH tidak boleh dipercayai seperti mana dinyatakan Mahathir sendiri kerana mereka tahu, ia adalah pembohongan semata-mata.
BN pun sama, tahan pelaksanaan lebuhraya timur barat, sekat royalti minyak Kelantan, tolak perundangan Islam hudud yang diamanahkan pengundi Kelantan kepada PAS. Dan lain-lain durjana lagi.
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini.
PAS, sebuah parti politik Islam di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga ke akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
Kini DAP memakai selimut PKR pula.
Kini DAP memakai selimut PKR pula.
ReplyDeleteDAP nak hapus tol jambatan ? Ha ha ha ha ha ha ha
Adakah ini lawak abad ke21 yg mengalahkan raja lawak ?
Ha ha ha ha ha
Penang..last last orang melayu ...bagaikan daun pohon sedang melayu dan gugur di pusara...kesian melayu pulau pinang...ditindas pemerintah kafir Dan munafik..
ReplyDelete