BANGI, 28 Rejab 1439H, Ahad – Netizen mengutuk majlis kutipan dana Pilihan Raya Umum (PRU) anjuran Pakatan Harapan semalam, di Golden Empire Palace Restoran Tanjung Lumpur, Kuantan yang disifatkan sebagai tidak menghormati keberadaan umat Islam.
Ia susulan hidangan arak dan makanan tidak halal secara terbuka kepada orang bukan Islam, dipercayai bercampur dengan orang Islam juga dalam majlis itu. Rata-rata netizen mengkritik dan meluahkan rasa kecewa kerana berpendapat majlis seumpama itu tidak sepatutnya menghidangkan arak.
“Maaf, kalau betul orang DAP, mereka sepatutnya hormat kepada orang Islam, dan mereka tak patut minum arak pada majlis kutipan dana sebegitu.
“Kalau dalam majlis macam itu pun mereka tak boleh hormat, macam mana kalau dah berkuasa nanti? Cuba bayangkan dengan ikhlas…nasib agama kita selepas ini,” tulis Azrin Desa.
Nazrul Nazir pula mempersoal tempat kutipan dana yang dibuat di restoran yang menyediakan arak. Katanya, masih banyak kedai makan, mahupun restoran lain sekitar Kuantan boleh digunakan untuk pengumuman calon.
“Walaupun dipisahkan tempat non Muslim di luar dewan, dan Muslim di dalam dewan, pimpinan PH Melayu masih berada di dalam dewan yang menyediakan arak. Apakah mereka reda dengan arak yang dihidangkan dalam dewan yang mereka ada bersama?
“Duit yang didermakan, disumbang dan digunakan untuk jamuan, bagaimana statusnya? Adakah tidak termasuk duit orang Islam di meja yang ada arak? Apa hukumnya? Mana pergi suara PAN dan PKR sebagai parti Islam dalam PH?,” soalnya.
Sementara itu, Abidin Sharif berkata, tidak dinafikan majlis arak boleh melibatkan pimpinan parti dalam Pakatan Harapan.
“Memang inilah pengalaman saya dulu, bila menghadiri jamuan Pakatan Rakyat yang dianjurkan oleh DAP. Itulah kali pertama dan kali terakhir saya hadir dalam majlis mereka. Elok sangat PAS keluar PR,” katanya.
Man Kamis pula berkata, majlis Harapan ni tidak akan mendapat keberkatan, lebih-lebih adanya benda haram.
“Kalau majlis tu bercampur haram takkan adanya keberkatan. Lainlah kalau semua bukan Islam. Lantak lah nak buat apa. Ini baru nak umum calon. Rasanya kalau menang, dah tak boleh bayang apa mereka akan buat,” katanya.
Sebaliknya, Ahli Parlimen PKR, Fuziah Salleh dalam status di Facebooknya mempertahan majlis itu, kononnya ia memisahkan tempat duduk antara orang Islam dan bukan Islam. Katanya, penyediaan makanan kawasan tidak halal diletakkan di dalam dewan, manakala kawasan makanan halal berada di luar dewan.
Namun, netizen beranggapan ia tetap tidak sepatutnya berlaku.
“Fuziah, awak tak penah dengar hadis nabi ke? Walau pun awak tak minum tapi tolong bawak, tolong hidang, tolong sedia sama aje dosanya.
“Awak nak hormat non Muslim, tapi awak tak hormat larangan Allah dan orang Muslim yang ada dalam majlis tu. Ini bukan masalah iman kuat atau tak. Ini masalah cetek pengetahuan agama,” tulis AR Fazal Redza. (Ismaweb)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah bedanya antara parti Allah dengan parti syaitan. Parti syaitan memang wajar disirami arak air kencing syaitan. Adakah pengunjung semuanya terdiri dari syaitan-syaitan, walaupun berupa manusia?
Kerana itulah tiap orang Islam wajib mengundi parti Islam, dan menolak parti sekular. Sepatutnya pilih parti ini..
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan parti sekular, yang tiada kaitan dengan akhirat, politik suku agama suku. Bukan seperti DAP dan kuncu-kuncu sekularnya yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR..
3 comments:
http://v2.ismaweb.net/2014/10/khalid-samad-pesta-arak-oktoberfest-tidak-boleh-dihalang/
Khalid Samad: Pesta Arak ‘Oktoberfest’ Tidak Boleh Dihalang
BANGI, 2 Okt – Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.
Sekalipun, arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi ummat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.
“Islam mengiktiraf bahawa arak tidak merupakan sesuatu yang haram mengikut ajaran agama mereka.
Bermula minggu lalu, ISMAweb telah menerbitkan beberapa artikel yang mempersoal penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ yang berasal dari Munich, Jerman. Budaya negatif ini mula dibawa masuk ke Malaysia dan dipromosi secara terang-terangan.
https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/pan-kesal-cukai-arak-naik-bakal-beban-peminum/
PAN Kesal Cukai Arak Naik Bakal Beban Peminum
ENTAH di mana silapnya ‘kecerdikan’, seorang wakil PAN hari ini mengatakan cukai minuman keras tidak sepatutnya dinaikkan kerana dikhuatiri membebankan golongan bukan Muslim.
Ahli Parlimen PAN Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud mengatakan perkara demikian ketika membahaskan Bajet 2017 yang diadakan di Dewan Rakyat Hari ini.
“Saya melihat cukai terhadap rokok sedang meningkat. Bagi alkohol pula, ia dibenar untuk bukan Muslim, jadi jika kita naik cukainya ia akan membebankan mereka,†katanya yang dipetik Free Malaysian Today.
“Saya mencadangkan bagi tempoh jangka panjang, minuman beralkohol dan produk tembakau dijual berasingan di premis tertentu,â€Â tambahnya lagi.
Menurutnya, cadangan tersebut adalah bagi memudahkan penguat kuasa menjalankan pemantauan jika kedai menjual minuman keras bukan berada di kawasan majoriti Islam.
Dari sudut normanya, benar, peningkatan cukai minuman keras sememangnya akan membebankan golongan peminum arak yang terdiri daripada golongan bukan Muslim.
Namun jika difikir lebih jauh, cadangannya itu sebenarnya secara tidak langsung memudahkan orang Islam membeli arak dengan harga standard yang murah di pasaran.
Maka golongan belia yang sekadar ingin ‘cuba-cuba’ membeli arak berkemungkinan menjadi peminum tegar disebabkan harganya yang tidak lagi ‘dibebankan’ dengan cukai sedia.
Terdahulu, Siti Mariah dalam ucapannya meminta kerajaan menjelaskan jumlah diterima daripada “cukai dosaâ€, iaitu termasuk cukai dan duti eksais daripada alkohol, tembakau dan perjudian. – MYNEWSHUB.CC
Wah betapa bodoh sombong pemimpi(n)-pemimpi(n) pakatan sekular-
liberal-kafir harbi meletakkan botol arak lebih tinggi dari ajaran Islam.
Maka tidak hairanlah kita melihat mereka dan balaci mereka sibuk menentang, memburuk-burukkan dan menghina RUU355 dan Hudud dll.
Belum menang PRU pun puak sekular liberal dan kafir harbi ini sudah dedahkan tembelang sekular liberal dan kafir harbi mereka.
Belum memerintah negara pun, mereka sudah berani menentang, menghina dan memfitnah ajaran Islam dab menafikan hakunat Islam.
Jika mereka perintah negara ini, apa akan berlaku kepada agama Islam dan umat Islam? Lu fikirlah sendiri.
Post a Comment