JOHOR BAHRU 27 April - Ceramah dan sesi pengenalan calon gabungan pembangkang PKR Zon Selatan malam tadi hambar apabila hanya dihadiri kira-kira 200 orang. Malah, majlis yang sepatutnya bermula pukul 8.30 malam hanya dapat dimulakan sejam kemudian sementara menanti ketibaan orang ramai.
Sehingga majlis berakhir kira-kira pukul 11 malam, hanya lima calon Zon Selatan yang hadir terdiri daripada Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub, calon Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Nasir, calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas, Datuk Osman Sapian, Datuk Seri Che Zakaria Mohd. Salleh (Permas) dan Mazlan Bujang (Puteri Wangsa) yang hadir.
Calon yang ditunggu-tunggu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Iskandar Puteri (dahulu Gelang Patah) bagaimanapun tidak kelihatan.
Seperti dijangka, intipati ceramah kesemua calon hanya berkisarkan isu kitar semula mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta kos sara hidup.
Salahuddin turut cuba menyemai rasa benci rakyat terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan mengaitkan calon Parlimen Pasir Gudang dan DUN Permas itu dengan isu rasuah.
Salahuddin turut mempertikai Mohamed Khaled yang bertanding di dua kerusi, DUN dan Parlimen sedangkan dia sendiri turut bertanding di kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). - UTUSAN ONLINE
Anda tak perlu fikir panjang untuk pergi mengundi 9 Mei ini. Anda hanya perl pilih 3 iaitu
- PENCURI DUIT RAKYAT.
- Satu Lagi BEKAS PEROMPAK WANG RAKYAT juga kini kononnya nak tangkap anak muridnya bekas perompak.
- Atau pilih aje parti yang nak bawa Islam sebagai penyelesaian masalah. Walaupun kumpulan ini daif tapi iktizam mereka cukup tinggi.
Tawaran Gunting Rambut Lelaki Harga Potongan Sekitar Cheras.. Klik di sini!
KOTA BHARU: Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Nor Azariza Mohd Alawi yang namanya terkenal selepas mengeluarkan kenyataan bahawa tidak mustahil 'malaikat' boleh membantu kemenangan Pas dengan turun mengundi antara yang tidak tercalon dalam senarai pengumuman calon Pas Kelantan malam tadi.
ReplyDeleteSelain beliau, penyandang kerusi Parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaki Atiqullah dan penyandang kerusi DUN Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, turut tidak tersenarai.
Penyandang kerusi Parlimen Pasir Puteh, Nik Mazian Nik Mohamed turut digugurkan dan diganti dengan calon import Pas, iaitu Timbalan Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Zawawi Salleh yang akan berdepan dengan Timbalan Menteri Dijabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Penerangan Parti Peribumi Bersatu Malaysia, Datuk Kamaruddin Mohd Nor.
celahgelegar at 11:21 PM
Kasihannya ceramah pakatan wayang roket tidak mendapat sambutan orang ramai dalam PRU14. Ceramah pong pang pong pang, habuk pun tarak.
ReplyDeleteOrang bermoral tidak suka mendengar ceramah pakatan wayang roket berunsur fitnah dan mereka akan menjauhi pakatan wayang roket seperti orang menjauhi penyakit taun.
Ini adalah tanda-tanda pakatan wayang roket akan lingkup dalam PRU14.