Friday, April 27, 2018

Malunya, Calon DAP Terpaksa Bersembunyi Di Balik PAN Di K'tan



Sebelum ini banyak diperkatakan bahawa parti AMANAH (Pan) ini adalah parti macai DAP yang akan menjadi pak turut sahaja dengan apa arahan daripada DAP. Mereka tidak ingkar malah akan sokong kerana mereka bergerak dengan bantuan kewangan DAP.

Malah untuk bertanding pun sebelum mereka berbincang dengan majlis muafakatan Harapan mereka yakni DAP - AMANAH akan berbincang dahulu untuk menentukan hala tuju mereka.

Terkini...

Buat pertama kali dalam sejarah perjuangan DAP selama 52 tahun, DAP berjaya meletakkan calon Orang Asli untuk bertanding dalam pilihanraya umum kali ini di Kelantan.
.
Nasir Dollah, 31 tahun bakal dicalonkan di DUN N.45 Galas, Kelantan, bagi mewakili suara orang Temiar di Gua Musang.

Nasir adalah antara 230 individu masyarakat Orang Asli Temiar yang menyertai DAP hujung Februari lalu dii Kampung Orang Asli Parik, Kuala Betis, Gua Musang.

Bayangkan dengan hanya 230 ahli sahaja DAP boleh ambil satu DUN parti AMANAH (PAN). Mana maruah pendokong parti AMANAH (PAN).


Mereka bising apabila PAS memberi ruang calon kepada bukan Islam. Tapi pimpinan mereka menipu ahli-ahlinya dengan tidak memaklumkan bahawa Nasir itu adalah calon DAP.

Ahli AMANAH memang di bodohkan oleh Husam.
kesian...
Selepas ni bawa DAP untuk cukur jambul anak-anak pendokong parti AMANAH..


Sekarang nak undi senang aje pilih antara 3
 Anda tak perlu fikir panjang untuk pergi mengundi 9 Mei ini. Anda hanya perl pilih 3 iaitu 

  • PENCURI DUIT RAKYAT. 
  • Satu Lagi BEKAS PEROMPAK WANG RAKYAT juga kini kononnya nak tangkap anak muridnya bekas perompak. 
  • Atau pilih aje parti yang nak bawa Islam sebagai penyelesaian masalah. Walaupun kumpulan ini daif tapi iktizam mereka cukup tinggi. 
Islam adalah pilihan terbaik kerana disana ada keredhaan Allah.. 

IKLAN
Tawaran Gunting Rambut Lelaki Harga Potongan Sekitar Cheras..
Foto Gunting Krew.
BARBER SHOP 91'Kedai Gunting rambut lelaki kami baru dibuka.. Hari Ini.. Sila kunjungi, 10 pagi hingga 10 malam tiap hari hingga sebulan..
Harga Promosi
-dewasa RM7:00
-kanak-kanak5:00


Sila kunjungi segera!
Bandar Damai Perdana. No 10 Ground Floor, 
Jalan Damai Perdana,5/1B,56000,Cheras, KL.
https://www.facebook.com/gunting.krew?hc_ref=ARTMPWKnBAfryEQBto

1 comment:

  1. Masihkan anda semua mengingati movie yang bertajuk Alien di mana makhluk asing yang ganas telah menjadikan badan manusia sebagai perumah (host) untuk membiakkan spesies alien untuk menguasai bumi?

    Dan sekarang dalam kehidupan sebenar, alien roket sedang menggunakan parti PANdir sebagai perumah untuk membiakkan spesies alien roket dan meluaskan pengaruh dan kuasanya dengan menjadikan sebilangan Melayu yang naif sebagai mangsanya untuk mencapai matlamat roket untuk menguasai negara kita.

    ReplyDelete