SUKAN
PRESTASI mengagumkan yang ditunjukkan pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah pada musim ini nyata memberikan impak yang besar kepada seluruh penyokong bola sepak secara amnya.
Kejayaan yang dikecapi pemain asal Mesir dan beragama Islam itu sejak kebelakangan ini turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Melalui postingnya di laman Facebook, Dr. Zulkifli berkata beliau semakin tertarik untuk mendekati dan mengambil tahu mengenai Salah selepas lirik lagu I’ll Be Muslim Too yang dinyanyikan penyokong Liverpool.
Jelas Dr. Zulkifli, pada mulanya dia menganggap Salah hanyalah seperti pemain-pemain Muslim lain yang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL), namun lagu tersebut menarik perhatiannya terhadap pemain itu.
“Jika ada kelapangan, adakalanya saya menyelak helaian belakang akhbar untuk mengikuti perkembangan sukan bola sepak. Sukan yang menyatukan pelbagai bangsa, agama dan negara atas satu semangat kesukanan.
“Antara personaliti yang menarik minat saya kini adalah bintang Liverpool, Mohamed Salah. Pada mulanya, saya menganggap beliau hanya sebagaimana pemain Muslim lain dalam Liga Perdana Inggeris seperti Paul Labile Pogba (Manchester United), Ismail Bennacer (bekas pemain Arsenal), Mesut Özil, Granit Xhaka (Arsenal) dan lain-lain.
“Namun, lirik lagu I”ll be Muslim Too yang dinyanyi penyokong Liverpool untuk Mohamed Salah menyebabkan saya semakin tertarik untuk mendekati beliau,”tulisnya.
kejayaan Salah yang menjaringkan 43 gol musim ini, Dr. Zulkifli berpendapat sikap salah yang sentiasa mengutamakan agama juga memainkan peranan dalam prestasi memukau yang ditonjolkan.
Tulis Mufti lagi, melihat kepada latar belakang hidup pemain Liverpool itu, disiplin menjaga solat serta menjaga hubungan dengan Allah telah berjaya mengubah hidup Salah yang kini menjadi idola kanak-kanak seluruh dunia.
“Kejayaan demi kejayaan yang dirangkulnya jika dilihat daripada perspektif yang lebih luas, bukan sahaja kerana kelincahan beliau tetapi juga adalah kerana sikap beliau yang begitu menjaga solat dan hubungannya dengan Allah SWT.
“Melihat kepada latarbelakang hidupnya, benarlah disiplin solat telah berjaya mengubah hidupnya menjadi apa yang anda lihat hari ini,” katanya di laman Facebook miliknya.
Malah, Dr. Zulkifli menyifatkan tidak mustahil Salah akan mengecapi kejayaan yang lebih bermakna di masa hadapan sekiranya pemain itu terus memelihara hak Allah SWT sebagai Tuhan dan melaksanakan tuntutannya sebagai hamba-Nya.
“Yakinlah, kejayaan yang hakiki jua bersama dengan hamba-hamba-Nya yang memelihara solat. Sebenarnya, itulah juga yang ingin disampaikan oleh Salah kepada semua penyokong Liverpool yang beragama Islam.
“Kita akan berjaya dengan mengutamakan-Nya dalam semua perkara. Solatlah walau di mana jua kita berada,” akhiri Dr. Zulkifli.
Untuk makluman, Salah baru-baru ini mencipta sejarah apabila menjadi pemain Mesir pertama dinobatkan sebagai dinamakan Pemain Terbaik Tahunan, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional England (PFA) selepas eksploitasinya bersama Liverpool musim ini.
Dia menerima anugerah berkenaan selepas berjaya membantu pasukannya sengan menjaringkan lebih 40 gol dalam semua kejohanan sejak menyertai Liverpool dari AS Roma.
Selain itu, Salah juga berjaya membawa Liverpool ke separuh akhir kejohanan Liga Juara-Juara Eropah dan kini sudah meletakkan sebelah kaki di pusingan akhir setelah menewaskan kelab lama Salah AS Roma tempoh hari.
Pemain berusia 25 tahun itu dipilih memenangi anugerah tersebut menwaskan lima lagi pemain yang disenarai pendek yang antaranya terdiri daripada pemain Manchester City, Kevin De Bruyne, Leroy Sane dan David Silva.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Seorang lelaki Muslim menjadi contoh yang baik untuk diikuti manusia.
Kita tengok apa orang tu buat dan kita nilai apa dia cakap.
DeleteKalau PH tu ada kes Banglo terlajak diskaun, penang tunnel, ada rumah walt disney kat selangor n kes pasir. Mereka ini juga menjerit2 korupsi. Jadi tak payah undi PH
Mohammad Salah Ghaly..bakatnya terserlah sejak kecil..di perkampugan Mesir..dibawa ke Chelsea sebagai 'anak kucing'...di pinjamkan ke Fiorentina..dan Roma sebagai 'bapa kucing'..dan kini dibeli oleh Liverpool serta dididik oleh JK ..menjadi 'seekor singa'..nilainya mencecah 200juta euro..atau 1 billion.tentang peribadi dan teguh agamanya..tidak payah dipertikai..
ReplyDelete