Wednesday, April 18, 2018
PAN: Ahli 1,458 Nak Tanding 40 DUN K'tan. Mampukah?
1. Antara makanan harian pemimpin dan penyokong PAN ialah FITNAH.
Apa jua yang PAS buat semuanya serba tak kena pada pandangan mereka. Mari kita lihat bagaimana PAN ini berpolitik gaya Pak Pandir.?
a)PAS mengumumkan 40 kerusi sasaran utama untuk dimenangi pada PRU 14. Lantas, PAN pun mempertikaikan PAS dengan berkata "PAS menipu rakyat, nak 40 kerusi je, bukan boleh memerintah negara pun".
b) PAS mengumumkan akan bertanding lebih daripada 130 kerusi pada PRU 14. Lantas, PAN pun bersuara dengan berkata "PAS bertanding banyak-banyak ini bukan hendak menang, PAS mahu menjadi spoiler pengacau kepada PH supaya BN menang mudah".
c) Terbaru, PAS mengumumkan akan bertanding sebanyak 160 kerusi pada PRU 14. Lantas, PAN bersuara lagi, kali ini dengan cereka fitnah pula. Ia mempertikaikan daripada mana sumber wang RM 34.4 juta diperoleh untuk PAS bertanding sebanyak itu?PAN menuduh PAS menerima dana sebanyak itu daripada UMNO.
2. Oleh kerana PAN ini hanya berlagak sahaja profesional tetapi BODOH bab ilmu matematik. Mari kita bantu PAN belajar ilmu hisab. Ahli PAS berjumlah 1 juta orang. Sekiranya setiap ahli PAS ini menyumbang minima RM 35.00 seorang, berapakah jumlah wang PAS perolehi daripada ahli.?
Sifirnya begini ye;
1,000,000 ahli x RM 35.00= RM 35, 000,000
Bukankah jumlahnya akan menjadi RM 35 juta.? Ia sudah pun melebihi jumlah RM34.4 juta yang didakwa oleh PAN. Adakah setiap ahli PAS hanya menyumbang RM 35 untuk PRU kali ini.?
3. Selain pada itu, antara bukti PAN berpolitik gaya Pak Pandir ialah mereka mempunyai kelebihan mengetahui perkara sulit dan ghaib. Aneh sekali bagaimana PAN boleh mengetahui transaksi keluar masuk duit akaun PAS.? Adakah pemimpin PAN ini ramai yang memelihara Jin Kuasa 10 yang membolehkan mereka mempunyai kelebihan tahu akaun bank orang lain.?
4. Mereka dengan sewenangnya menuduh PAS menerima dana 90 juta, kemudian menuduh lagi PAS dapat 2.5 juta pula daripada UMNO. Apabila diminta bukti, mereka gagal mengemukakan apa-apa bukti. Apa yang mereka mampu buat hanyalah mencabar mangsa yang difitnah mengemukakan saman.
Inilah politik gaya Pak Pandir namanya. Melempar fitnah begitu berani, tetapi apabila diminta bukti jadi pengecut pula, takut dipenjara kerana adanya Akta BAFIA katanya.
5. PAN ini kelihatan begitu prihatin dengan segala hal ehwal PAS walaupun mereka bukan lagi ahli PAS. Sepatutnya, PAN bertanya kepada Tetuan DAP kesayangan mereka. Bila mahu saman si Razali yang mendedahkan bahawa DAP terima dana Israel sebanyak RM 1.2 billion.?
Janji mahu saman sejak tahun 2015, sekarang sudah tahun 2018. Kalau mengikut politik gaya Pak Pandir, dakwaan ini adalah benar kerana DAP sehingga sekarang gagal menyaman orang yang menuduhnya.
6. PAN sudah dalam keadaan bangkrap idea dan wawasan maka fitnahlah jadi makanan dan zikir harian. Nasibnya kini hanya membilang hari detik pengakhiran bagaikan "hidup segan mati tak mahu".
Dalam pembahagian kerusi PH, PAN berada tercorot di belakang kerana hanya memperolehi sisa lebihan parti lain sahaja. Kewujudannya ada tidak menambah, tiada tidak mengurang kerana PAN "sudah melukut di tepian gantang".
7. Inilah padahnya berpolitik gaya Pak Pandir, ulamak mereka hina dan perlekehkan kerana menyusahkan perjalanan mahu menggapai impian kemenangan. Lalu, dijulang tinggi pula Tun M, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang menjadi penunjuk jalan kepada PAN yang sudah tersesat jalan.
Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
17 April 2018
Lihat..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Mampu atau Lemah dinilai selepas pilihanraya, jangan kamu bongkak sangat !
Jika bilangan ahli dan cawangan parti kuali bokeh dikira dengan jari,kita tidak akan terkejut jika calon kuali hilang wang deposit sebab orang cintakan Islam akan menolak parti kuali yang menjadi khadam parti kafir harbi roket yang telah menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.
Pembetulan:
Jika bilangam ahli dan cawangan parti kuali boleh dikira dengan jari, .....
Tiada perbezaan antara khadam parti kafir harbi roket dan khadam syaitan sebab khadam-khadam ini menentang perjuangan Islam yang dibawa oleh parti Islam pimpinan ulama Islam.
Post a Comment