Saturday, April 21, 2018

Pembunuhan Imam Palestin, K'jaan Perlu Siasat. -PAS Kecam.


PAS mengecam pembunuhan ke atas Dr. Fadi M. Albatsh, imam Palestin yang juga pensyarah Universiti Kuala Lumpur, ketika dalam perjalanan menunaikan solat subuh di surau kawasan kediamannya hari ini.
Kita mengucapkan takziah kepada ahli keluarga almarhum dan akan membantu mengambil tanggungjawab menyelesaikan urusannya.
Kita sedih dengan pembunuhan warga Palestin yang berlaku di Malaysia. Sepatutnya kita memberi perlindungan dan jaminan keselamatan kepada mereka.
Asas bahawa berkemungkinan Mossad dan Zionis sedang berkeliaran dan menembusi sempadan negara adalah sangat mengganggu ketenteraman rakyat negara ini.
Apatah lagi sekiranya dilihat pada sejarah lalu, telah menjadi amalan Mossad untuk melakukan pembunuhan terhadap pimpinan umat Islam di seluruh pelosok dunia termasuk di negara barat, sebelumnya di Emirates, Tunisia dan Beirut. Kita percaya apa yang berlaku ini ada kaitan dan dalang di sebaliknya.
Kerajaan perlu melakukan penyiasatan terhadap pembunuhan tersebut dan mengingatkan berhati-hati dengan Israel yang mengamalkan keganasan dan dilindungi oleh kuasa-kuasa besar. Kerajaan mesti berani dan jangan takut dengan sebarang tekanan.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 4 Syaaban 1439 / 21 April 2018 – HARAKAHDAILY 21/4/2018

Lagu PAS Irama Melayu asli


3 comments:

Anonymous said...

MODUS OPERANDI MOSSAD

Kita percaya Dr Fadi telah dibunuh oleh unit Kidon dalam Mossad dengan bantuan sayanim iaitu balaci atau barua rejim pengganas Israel yang menjadi rakyat di negara kita.

Sayanim ini terdiri dari orang Yahudi yang merahsiakan keturunan Yahudi mereka dengan menyamar sebagai orang bukan Yahudi.

Sayanim ini mungkin orang Yahudi dari India dan China dan mungkin mereka menyamar sebagai orang India atau Cina dll di negara kita.

Tugas sayanim ini ialah memberi semua bentuk bantuan seperti maklumat, kewangan, pengawasan kepada agen lapangan Israel yang berpusat di kedutaan Israel di Singapura dan mungkin di kedutaan Amerika Syarikat di KL.

Pasukan pembunuh Kidon menggunakan passport negara asing supaya mereka boleh memasuki negara ini tanpa disyakki okeh pasukan keselamatan Msia.

Pasukan peninjau Israel dari unit Kidon memerhatikan kebiasaan yang dilakukan oleh Dr Fadi seperti pergi ke surau di waktu subuh.

Apabila team pembunuh Kidon tiba diMalaysia, pasukan peninjau itu digantikan oleh pasukan peninjau baru supaya pasukan peninjau lama tidak disyakki oleh pihak berkuasa dan orang ramai.

Pasukan peninjau yang baru ini akan menjadi pembantu kepada pasukan pembunuh Kidon iaitu memerhati dan melaporkan pergerakan Dr Fadi kepada pasukan pembunuh Kidon yang sedang menunggu kedatangan Dr Fadi.

Waktu subuh dipilih untuk mencegah operasi Mossad terdedah.

Selepas membunuh Dr Fadi, pasukan pembunuh Kidon dan peninjau Kidon akan keluar dari negara ini dengan segera.

Anonymous said...

Skuad pembunuh Mossad mungkin mendapat bantuan dari orang berpengaruh dan orang tempatan ?

Anonymous said...

Apa pun,,imej negara tercalar lagi,,,tidak mustahil,,peristiwa ini juga adalah rentetan siri atau episod yg sengaja dirancang pihak musuh utk mencemarkan imej negara. Bermula dgn mh307, mh17, penderaan amah2 indonesia, pembunuhan kim jong nam,,dan terbaru pembunuhan dr fadi. Pihak berkuasa diharap dapat menangkap musuh2 negara kita samada org luar atau rakyat kita sendiri yg membantu musuh luar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails