▼
Wednesday, April 18, 2018
Pencabar A/Hadi P/Marang, Tiba-tiba Tarik Diri, Kerana Rasa Bersalah, Tipu..
Ketua Amanah Kawasan Marang, Miqdad Zakaria menarik diri daripada mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kerusi Parlimen Marang. Entah mungkin datang perasaan bersalah kerana menipu mengatakan dia anak saudara Presiden PAS.
AMANAH (PAN) ni kalau tak menipu bukan nama parti AMANAH. Lebai tak tahu kenapa ahli-ahli mereka bodoh tak boleh berfikir bahawa Miqdad ini adalah anak saudara kepada isteri Presiden PAS bukan Presiden PAS.
Nasib baik Presiden PAS ada 2 isteri kalau ada 4 isteri makin ramai lagi yang akan jadi mangsa puak-puak AMANAH(PAN) untuk menghasut supaya menyertai PAN dan lawan PAS sebagai hari-hari buat cerita itu dan ini tentang Nik Omar anak Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Ahli-ahli PAS hendaklah bersabar dan memohon kepada ALlah s.w.t. atas tipudaya dan fitnah parti AMANAH (PAN) serta puak HARAPAN. Insya-Allah kita akan lihat mereka akan hancur berkecai hanya tunggu masa dan ujian kepada kita hendaklah kita sempurnakan dengan solat dan sabar.
SEMUA BENDA2 FAKE PAN
ReplyDeleteA. 10 ADUN KELANTAN KELUAR - FAKE
B. NIK OMAR MASUK PAN - FAKE
C. BUKTI AUDIO TAKDA FOTO N GAMBAR - FAKE
D. UG -FAKE
E. SUMBU JIMAT MINYAK -FAKE
F. DISEGANI KOMPONEM PH -FAKE
G. JANJI TAAT SETIA -FAKE
ADUSSSS BANYAK SANGAT FAKE
FAKE YOU LAHHHH
Pemimpin dan ahli parti PANdir mendakwa konon parti adalah parti 'Islam' tetapi tindakan pemimpin PANdir menjadi khadam kafir harbi roket dan bersekongkol menentang dan menghina ajaran Islam dan mengkhianati perjuangan Islam yang dibawa oleh parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.
ReplyDeleteSejarah membuktikan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah bersekutu atau bersekongkol dengan kafir harbi (musuh Islam).
Maka jelaslah pemimpin PANdir adalah panipu.
Dia lagi suka bersengkongkol dengan DAP yg hina Islam
ReplyDeletehttps://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/
DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee
Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi.
Kita bukan rasis kaum kerana ajaran Islam adalah universal.
Saya pun keturunan Cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.
DAP BAIK… PKR BAIK… PH BAIK…
ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK
Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?
Mereka serang PAS tanpa letih. Mereka tegar fitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu lagi bersama dengan DAP. Mereka berasa DAP penting demi tawan Putrajaya.
Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.
Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.
Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah mereka hendak keliru atau dikelirukan?
Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.
Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.
Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.
Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.
Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.
Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.
Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.
Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.
Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.
Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.
Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.
Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.
TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible – Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi isu – Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad – Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18 tahun – Penyokong DAP
Semua isu ini disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dalam PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan tetap sokong DAP lalu menghina PAS.
Walaupun hakikatnya mereka nampak DAP sebenarnya adalah musuh Islam yang nyata!!!! – Prof. Dr. Ridhuan Tee
Kita tak mau benda ni terjadi di Kelantan atau terengganu. Tolak PAN, PKR, Bersatu dan DAP
ReplyDeletehttp://v2.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/
“DAP Akan Sambut Kemenangan PAN Dengan Arak Carlsberg, Tiger”
BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.
Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.
Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).
Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.
Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.
“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.
Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.
“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.
“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.