Thursday, April 05, 2018

PH Gagal Satu Logo, Bukti DAP Berkuasa ‘Veto’ – Dr Kamarul



27 Februari lalu Tun Dr Mahathir mengumumkan bahawa Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan hari itu memutuskan bahawa semua empat parti dalam Pakatan Harapan akan menggunakan logo sama dari salah satu logo parti di dalam PRU 14.


6 Mac lalu pula Tun Dr Mahathir mengumumkan bahawa Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan hari itu memberi tempoh seminggu kepada semua empat parti dalam Pakatan Harapan untuk menentukan logo sama yang akan digunakan di dalam PRU 14.

Khabar terbaru adalah Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini, 3 April, akan mengumumkan logo sama ini di mana kononnya Pakatan Harapan akan menggunakan logo PKR tetapi DAP akan diberikan pengecualian khas untuk menggunakan logonya sendiri.

Jika benar DAP akan diberikan pengecualian khas untuk menggunakan logonya sendiri maka makin terbuktilah dominasi DAP di dalam Pakatan Harapan sehingga ia boleh membatalkan keputusan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 27 Februari lalu.

Apa yang nyata ialah, berdasarkan perkara ini dan beberapa perkara lain seperti kenyataan Datuk Seri Dr Wan Azizah semalam bahawa Tun Dr Mahathir juga turut terikat dengan Manifesto Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir telah hilang kawalan ke atas Pakatan Harapan.

Sudahlah tempoh seminggu daripada 6 Mac, iaitu 13 Mac, yang diumumkan oleh Tun Dr Mahathir untuk menentukan logo sama ini telah jauh dilangkaui, pada akhirnya, jika benar ia begitu, ia mundur ke belakang dengan memberikan pengecualian kepada DAP pula.

Sama-sama kita tunggu kebenaran spekulasi ini nanti, tetapi, jika benar ia begitu, terpaksalah kita akui kehebatan DAP berpolitik sehingga ia boleh membuatkan Tun Dr Mahathir yang saban hari melaungkan keperluan menggunakan logo sama ini terus tunduk kepadanya.

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

6 comments:

Anonymous said...

https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/congak-kerusi-ph-dap-bakal-jadi-pm-selepas-pru-14/

Congak Kerusi PH: DAP Bakal Jadi PM Selepas PRU-14?

ATAS kertas, konon ada nama Melayu duduk sebagai Presiden, Pengerusi dan Ketua Umum, tetapi ketua sebenar dalam pembangkang tidak dimasukkan, hanya menjadi King Maker dari belakang.
Sekali lagi atas kertas itu cuma nampak nama Melayu tetapi isi penuh nama DAP. Itulah Pakatan Harapan (PH), blok yang diketuai dan dipimpin DAP sepenuhnya. Barisan kabinet bayangan pun penuh dengan nama tokoh DAP.

Belum pun Pilihan Raya Umum (PRU), Melayu yang ada dalam PH sudah pun dipermainkan DAP. Sedar atau tidak, kejadian di Negeri Sembilan pada minggu lepas adalah contoh bagaimana DAP berjaya mempermainkan Melayu.

Pada Konvensyen PH negeri itu, mereka jadi kecoh. Laungan ‘boikot’, ‘mana hak kami’ dan ‘tak adil’ diluahkan oleh mereka sendiri terhadap Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PPBM, Mukhriz Mahathir.

Lihatlah sendirilah bagaimana DAP mentadbir Pulau Pinang sebagai sebuah kerajaan. Penuh dengan skandal dan penyelewengan. Tanah digadai, tanah runtuh kerap berlaku. Banjir sampai lebih seratus kali dalam setahun.

Duit konon untuk kajian projek terowong dasar laut yang berjuta-juta ringgit lesap entah ke mana. Luluskan kilang haram, sampai mati orang kampung kemudian mereka dijamu kerajaan DAP makan durian untuk ‘tutup mulut’.

Mahukah rakyat Negeri Sembilan, Perak dan Johor lihat apa terjadi di Pulau Pinang ini berlaku di negeri mereka? Janji ditabur masa mengundi tidak dibuat.

Sama juga formula agihan kerusi PH di peringkat pusat, DAP konon hanya bertanding 35 kerusi, walhal semuanya di tempat selamat DAP sendiri. Tidak satu pun kerusi selamat DAP diberikan kepada calon PAN, PKR atau PPBM.

Semasa Konvensyen PH Kebangsaan, DAP hanya umum kerusi bertanding untuk Semenanjung Malaysia sahaja yang berjumlah 165 kerusi, padahal ia belum termasuk 57 kerusi lagi masing-masing di Sabah dan Sarawak.

Jika dikira balik satu persatu, baki 57 kerusi di Sabah dan Sarawak bakal habis dikuasai DAP. Oleh itu secara congak balik keseluruhannya, agihan kerusi blok pembangkang empat parti tersebut sebenarnya adalah seperti berikut:

(a) DAP = 92 kerusi
(b) PKR = 51 kerusi
(c) PPBM = 52 kerusi
(d) PAN = 27 kerusi

Jumlahnya adalah 222 kerusi. Siapakah yang akan menang banyak kalau rakyat Malaysia mengundi pembangkang? Sudah tentu DAP menang besar. Kalau pembangkang ‘rampas’ Putrajaya, DAP yang akan jadi paling berkuasa.

Ingat balik apa yang Hew Kuan Yau, tokoh ikon ‘Superman DAP’ pernah dengan biadab dan angkuh cakap besar: “Ini game terakhir untuk ‘screw’ si Mahathir. Lim Kit Siang pula masih ada masa untuk banyak game lagi.

Anonymous said...

https://www.mynewshub.cc/hangat/insafi-kisah-nasib-umat-melayu-islam-di-singapura/

Insafi Kisah Nasib Umat Melayu Islam Di Singapura

Awal tahun ini secara kebetulan, masyarakat Melayu di Pulau Pinang ‘gempar’ dengan tindakan beberapa masjid diarah tidak lagi melaungkan azan dengan pembesar suara kerana dianggap mengganggu penduduk bukan Islam.

Ada juga melihat langkah kecil itu menyerupai apa yang pernah dilakukan PAP, parti pemerintah di Singapura dan pengasas DAP di Malaysia; langsung mengharamkan azan di luar bangunan masjid sejak 1974 atas alasan sama.

Bagi memahami senario di Singapura, penulis memetik beberapa laporan daripada pelbagai sumber sahih agar ia boleh dijadikan pengajaran mengenai nasib umat Melayu di Malaysia jika DAP berkuasa memerintah negara ini.

sg1

Sekadar rekod, menurut perlembagaan DAP sendiri, jelas dinyatakan akan menghapuskan segala hak istimewa bumiputera dan terbaharu mengurangkan secara drastik jumlah kakitangan awam Melayu apabila berkuasa kelak.

Di Singapura, perkara ini sudah berlaku dengan alasan masyarakat Melayu adalah minoriti, maka pengambilan penjawat kerajaan mesti mengikut nisbah penduduk; termasuk penempatan di kawasan perumahan awam.

Bayangkanlah jika sesebuah flat ada ramai penghuni Melayu, tidak kira ahli keluarga atau saudara mara sendiri; mereka akan dipindah semula ke tempat lain bagi memastikan jumlah penduduk mesti ikut nisbah penduduk.

Dengan cara itu, langsung tiada kawasan di Singapura yang mempunyai majoriti Melayu, sekali gus memecahkan undi politik mereka setiap kali proses pilihan raya kebangsaan. Keadaan ini sudah pun berlaku di Pulau Pinang.

Paling sedih, isu nisbah di Singapura turut melibatkan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi walaupun kononnya pemerintah republik itu mendakwa mereka mengamalkan prinsip meritokrasi pendidikan awam.

sg3

Contohnya daripada 100 penuntut baharu, hanya empat anak Melayu diterima masuk berdasarkan kuota iaitu nisbah penduduk Melayu konon cuma empat peratus, walaupun ramai anak Melayu cemerlang dalam peperiksaan.

Empat pelajar ini akan diberi kursus yang ditentukan sendiri oleh pihak universiti dan pastinya paling susah lulus, tetapi jika ingin menukar bidang pengajian, ia dilarang dan jika ingkar dibuang terus daripada universiti itu.

Sebaliknya jika terus belajar dan gagal satu kertas ujian, pelajar Melayu akan diberhentikan pengajian, ironi jika lulus pun, mereka akan ditekan dengan yuran mahal kerana tiada biasiswa untuk pelajar Melayu di Singapura!

Begitu juga halnya dalam perniagaan. jika ada bisnes sendiri dan berpotensi baik, pihak pemerintah akan mewajibkan usahawan Melayu itu menerima seorang Cina Singapura masuk sebagai ahli lembaga pengarah.

Sekiranya tidak bersetuju, mereka akan berhadapan lesen perniagaan tidak lagi disambung dan diarah tutup. Lazimnya orang Melayu yang ingin berniaga di Singapura harus menerima tempat yang ditetapkan pihak kerajaan.

sg2

Lokasi strategik dikuasai oleh Cina manakala Melayu perlu di luar dari kawasan tersebut ditambah pula dengan kadar sewaan tinggi kerana PAP begitu skeptikal dengan Melayu dan sering kali dikait sebagai kaum bermasalah.

Ini menyebabkan ramai anak Melayu dicekup ke dalam pusat tahanan melalui penguatkuasaan ISA! Jika empat banduan Melayu sudah selesai menjalani hukuman, empat Melayu lain akan ganti isi tempat atas pelbagai tuduhan.

Hal ini mengakibatkan mereka susah mendapat pekerjaan dan terpaksa bekerja dengan gaji kecil sehingga ke usia tua manakala yang serik, akan ‘bawa diri’ dengan berhijrah ke Malaysia serta memohon kerakyatan di negara ini.

Diskriminasi turut diamalkan dalam perkhidmatan tentera dan polis apabila anak Melayu sukar memasuki perjawatan strategik sebaliknya hanya ditempatkan dalam pasukan pertahanan awam yang kurang berisiko.

Banyak lagi tekanan diskriminasi yang tidak perlu diceritakan kerana amat sensitif, tetapi malang Melayu di Malaysia ada masih tidak sedar diri akan nikmat berkerajaan sendiri dan rela menjadi ‘hamba boneka’ DAP.

Anonymous said...

Di Jakarta aDa Ahok yg menghina Islam. Di Malaysia ada DAP yg menghina Islam. Malamgnya golongan melayu liberal Sekular dalam PAN, PKR dan Bersatu menyanjung DAP yg anti Islam lebih dari mereka menyanjung bapa mereka sendiri

utama-sensasi/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/

DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee

Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi.
Kita bukan rasis kaum kerana ajaran Islam adalah universal.

Saya pun keturunan Cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.

DAP BAIK… PKR BAIK… PH BAIK…

ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?

Mereka serang PAS tanpa letih. Mereka tegar fitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu lagi bersama dengan DAP. Mereka berasa DAP penting demi tawan Putrajaya.

Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.

Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.

Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah mereka hendak keliru atau dikelirukan?

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible – Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi isu – Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad – Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18 tahun – Penyokong DAP

Semua isu ini disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dalam PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan tetap sokong DAP lalu menghina PAS.

Walaupun hakikatnya mereka nampak DAP sebenarnya adalah musuh Islam yang nyata!!!! – Prof. Dr. Ridhuan Tee

Anonymous said...

Wahai anak bangsa!!!!!!!!!!! terbuktilah Pakatan Harapan hanya merugikan agama, nusa dan bangsa


Wahai Anak Bangsa!!! Untuk PRU14 kekalkan semangat ABCD (Asal Bukan Condong DAP). Katakan Tidak Pada PH demi agama nusa dan bangsa. Katakan tidak kepada PH demi kesjahteraan kita semua

Anonymous said...

Kita umat Islam telah melihat bagaimana pakatan sekular-liberal-kafir harbi menentang, memusuhi, memfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

Maka kita akan sokong dan undi PAS dalam PRU 14 untuk membela agama Islam dan hak umat Islam.

Anonymous said...

Bilangan peruntukan kerusi terbanyak kepada parti kafir harbi roket jelas menunjukkan siapa boss sebenar Pakatan Wayang.

Pelbagai jawatan yang dipegang oleh ahli parti bukan roket menunjukkan mereka ini adalah boneka kepada boss sebenar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails