Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan menyeru anggotanya yang tidak dipilih sebagai calon pilihan raya umum ke-14 (PRU14) berlapang dada dan istiqamah menerima keputusan kepimpinan tertinggi.
Pengarah Komunikasi PKR Negeri, Mohd Sukirman Mustafa berkata, mereka yang tidak dicalonkan bukanlah tidak layak, namun masih ada tugasan lain yang perlu dilaksanakan dalam parti selepas ini.
Katanya, semua pihak terutamanya penyokong parti itu perlu terus istiqamah dan meneruskan perjuangan parti demi kebaikan rakyat.
"Saya menyeru semua ahli dan penyokong PKR, teruskan bersama kami. Ini merupakan pilihan raya paling genting.
"Semua pihak perlu ketepikan perbezaan dan perlu berlapang dada dengan segala keputusan pemilihan calon yang dibuat," kata Sukirman (gambar) dalam kenyataan di Kota Bharu, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan ura-ura terjadi kemelut dalam PKR berhubung senarai calon PRU14. PKR didakwa berdepan kemelut dalaman melibatkan perbezaan dua kem iaitu Rafizi Ramli dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sehingga ia memberi kesan ke peringkat negeri. Bagaimanapun terdahulu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan wujudnya kem-kem tertentu dalam parti itu.
"Bagi kami, hanya ada satu kem - kem saya," kata Azizah pada sidang media selepas taklimat calon Pakatan Harapan (HARAPAN) di Petaling Jaya semalam.
Mengulas isu tersebut, Sukirman menafikan wujud perbezaan yang sama di Kelantan dan yakin ahli serta penyokong PKR di negeri ini sentiasa berpegang teguh dengan kepimpinan pusat dalam menentukan sebarang keputusan melibatkan parti itu.
Ketepi ketidaksefahaman buat sementara
Justeru katanya, mana-mana ahli yang dipilih menjadi calon itu juga perlu menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin memandangkan ia adalah amanah rakyat dan parti itu sendiri.
"Malah kesatuan antara calon dan bukan calon adalah amat penting bagi memastikan PKR mempunyai satu pasukan mantap untuk berdepan pejuang-pejuang dan pihak lawan dalam PRU kali ini.
"Semua pihak perlu bersatu, ketepikan ketidaksefahaman buat sementara. Teruskan sokongan kita, jangan ada pihak yang boikot untuk menjatuhkan calon mahupun parti kita sendiri.
“Ini sangat penting bagi memastikan sembilan dun dan dua parlimen yang akan dipertandingkan nanti mendapat kemenangan dan membawa kebaikan kepada seluruh masyarakat. saya yakin dan optimis, penyokong akan sentiasa bersama jika masing-masing terbuka dan melihat ke hadapan," katanya. (TKO)
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR. Juga cuba menipu pengundi?
3 comments:
Inilah dia, gila pangkat punya hal. Samalah dengan semua PH. Macam PAN jugaklah kalah pemilihan chow buat parti lain. Yg Bersatu pulak, anak dia kena pecat dia buat parti baru.
Akhirnya menjadi khadam DAP, walaupun DAP menghina Islam
Hanya orang yg Gila Kuasa sanggup jadi khadam DAP
https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/
DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee
Kita bukan rasis kaum kerana ajaran Islam adalah universal.
Saya pun keturunan Cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.
DAP BAIK… PKR BAIK… PH BAIK…
ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK
Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?
Mereka serang PAS tanpa letih. Mereka tegar fitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu lagi bersama dengan DAP. Mereka berasa DAP penting demi tawan Putrajaya.
Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.
Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.
Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah mereka hendak keliru atau dikelirukan?
Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.
Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.
Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.
Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.
Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.
Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.
Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.
Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.
Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.
Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.
Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.
Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.
TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible – Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi isu – Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad – Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18 tahun – Penyokong DAP
Semua isu ini disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dalam PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan tetap sokong DAP lalu menghina PAS.
Walaupun hakikatnya mereka nampak DAP sebenarnya adalah musuh Islam yang nyata!!!! – Prof. Dr. Ridhuan Tee
Komen Flashback
Izzah: Tahniah penganjur acara sentuh anjing
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengucapkan tahniah kepada penganjur dan orang ramai yang hadir pada satu acara yang membolehkan pengunjung, termasuk umat Islam, menyentuh anjing hari ini.
Dalam kemas kini status Twitternya, beliau menyindir Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya yang sebelum ini pernah menyebut bahawa 'kempen sentuh anjing' itu sangat janggal.
“Islam juga mengenai belas kasihan. Tahniah (penganjur) Syed Azmi (Alhabshi) dan semua yang datang,” tulis Nurul Izzah, hari ini.
Namun, Fathul Bari membalas status itu dengan mengatakan: “YB Nurul Izzah, umat Islam sokong kempen ‘ihsan’ ke atas haiwan, termasuk anjing. Cuma kempen ‘touch (a) dog’ (sentuh anjing) sangat janggal,” katanya.
Melalui interaksi terkini, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menyindir Fathul Bari dengan berkongsi paparan skrin gambar surat, dipercayai daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
“Untuk ‘haters’ (mereka yang tidak suka) di luar sana, termasuk Ustaz Fathul Bari, acara termasuk tazkirah ringkas oleh ustaz (Mais),” katanya.
Kemudian Fathul Bari membalas: “YB Nurul Izzah, jangan emosi. Saya hanya sebut ‘sangat janggal’. Jangan bimbang OK. Saya tidak setuju konsep tersebut dan itu adalah hak saya memberikan pendapat.”
Hari ini berlangsung acara ‘I Want To Touch a Dog’ (Saya ingin sentuh anjing) di Central Park, Bandar Utama, yang bertujuan membantu orang ramai, terutamanya umat Islam, untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing dan dilaporkan mendapat sambutan.
Memetik laporan sebuah portal, sebelum acara bermula, sebuah forum memberi peluang kepada orang ramai membangkitkan kemusykilan kepada seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan.
Orang ramai turut diberi taklimat dan diberi tunjuk ajar cara melakukan samak yang betul sekiranya ada yang was-was atau memegang anjing dalam keadaan basah.
Kita berpendapat pakatan wayang DA-Pig akan kalah teruk di Kelantan kerana:
orang Melayu Islam Kelantan secara amnya menganggap agama Islam adalah sangat penting dalam kehidupan mereka maka mereka pasti akan menyokong parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dan menolak pakatan wayang pimpinan sifu evangelis roket yang telah menentang dan menghina ajaran Islam seperti undang-undang Syariah termasuklah Hudud, fatwa, azan, pembinaan masjid, pakaian menutup aurat, khutbah, mufti, ulama Islam, parti Islam, institusi Islam dll.
Post a Comment