Wednesday, April 18, 2018

PKR turut rapuh, dalam senyap krisis menular


Oleh Estafa Fahaqim

PKR juga bergolak. Dalam senyap krisis kepimpinan menular sejak berlakunya tsunami pilihan raya umum ke-13. Bukan sahaja krisis antara kepimpinan, hari ini juga krisis berlaku sejak mereka bersetuju melamar Tun Dr Mahathir Mohamad.

PKR Selangor menolak cadangan lamaran tapi menerima semula sungguh pun dalam kalangan ahli dan penyokong masih berbalah.

PKR juga mempunyai pemimpin yang sedang membentuk dominasi dalam PKR. Nama Datuk Seri Azmin Ali, menteri besar Selangor yang naik hasil konspirasi Langkah Kajang, dikatakan sedang membentuk dominasi dalam PKR, wadah yang terhasil dari gerakan Reformasi cetusan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada pemilihan lepas, iaitu mandat 2014 – 2017, kepimpinan PKR dikatakan didominasi oleh penyokong Azmin dan rungutan kalangan ahli mula kedengaran. Azmin dikatakan mula membentuk “kartel” – memetik kata-kata ahli PKR sendiri – untuk memastikan beliau menyandang jawatan presiden pada pemilihan akan datang. Keadaan ini disedari ahli parti dan penentangan terhadap Azmin sudah berlaku.

Krisis tersembunyi dalam PKR memang wujud. Perebutan jawatan menteri besar, dengan usaha menjatuhkan menteri besar sebelum itu, Tan Sri Khalid Ibrahim, bukti jelas dalam PKR berlaku perebutan kuasa. Melanggar cadangan presiden PKR menjawat jawatan menteri besar Selangor satu bukti PKR sedang bergolak.

Keadaan dalam PKR tidak setenang mana. Nama Rafizi Ramli dikaitkan dengan kem yang tidak menyokong Azmin. Rafizi dikatakan mempunyai kaitan khusus dengan presiden PKR dari segi sokongan, juga berbalah dengan Azmin. Beberapa pendedahan dilakukan terhadap pentadbiran Selangor di bawah Azmin kini muncul.

Nama lain seperti Datuk Saifuddin Nasution juga dikaitkan sebagai penentang Azmin sungguh pun tidak kelihatan jelas. Keredaan hanya berlaku sementara dalam mana ia masih berterusan ada. Pergolakan tetap ada dan menurut sumber, pencabar Azmin satu-satu mula tersingkir dan dikeluarkan.

Adakah tidak ada persamaan parti ini dengan cara pengendalian Dr Mahathir sewaktu dalam Umno, dengan usaha menutup suara-suara penentang dengan cara yang tidak demokrasi dan menggunakan pengaruh kuasa pentadbiran untuk menguatkan kedudukan dalam parti.

Azmin menjadi menteri besar Selangor banyak mengukuhkan kedudukannya dalam PKR. Sokongan kerana beliau adalah menteri besar Selangor mula meningkat. Kaitan kuasa yang ada padanya memberi loncatan kepada usaha beliau menerbitkan sokongan dalam kalangan ahli PKR.

Benar kata Rafizi

Tidak banyak yang berbeza dalam politik baru yang dicanangkan PKR, politik tetap politik. Benar juga dalam ceramah Rafizi baru-baru ini, untuk tidak mempercayai ahli politik yang memegang kuasa. Mungkin ahli PKR sendiri perlu memikirkan tentang apa yang dikatakan oleh Rafizi.

Sesuatu yang amat menarik untuk kita perhatikan apabila Anwar bebas dari penjara. Persoalan adakah mampu kartel Azmin berdepan Anwar? Adakah akan ada perubahan dalam sengketa kepimpinan atau mungkin tercetus perbalahan baru yang lebih hebat dalam PKR?

Dalam PKR sendiri sudah ada api dalam sekam. Setakat ini mungkin matlamat untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak menghalang kebangkitan penentangan antara kepimpinan PKR tetapi apa yang jelas ia sedang berasap.
Pembebasan Anwar dijangka tidak lama lagi. Adakah pengaruh Anwar akan memberi kesan baru pada kartel yang disebutkan dibentuk oleh Azmin? 

Adakah Azmin berani untuk memulakan perbalahan dengan Anwar atau Anwar terpaksa akur demi matlamat yang lebih besar? Politik jelas tidak banyak berubah. Penilaian kepimpinan perlu diperhalusi, kerakusan untuk mendapatkan kuasa, memegang kuasa bukan sesuatu kriteria untuk memilih kepimpinan.

PKR juga sedang bergolak dan akan bergolak lebih hebat lagi. Ini baru urusan pergolakan dalam parti yang sudah mula timbul. Kita belum lagi memikirkan pergolakan sekiranya PRU14 ini dimenangi oleh mereka. Adakah dapat mereka membendung perebutan dalam PKR, tentangan dan pergeseran dalam bukan sahaja jawatan dalaman tetapi jawatan-jawatan sekiranya mentadbir negara?

Banyak perubahan sudah berlaku pada parti yang dikatakan wadah kepada perjuangan Reformasi dahulu. Ahli dan penyokong hari ini bersengketa melihat usaha mempolitikkan hampir semua perkara termasuk apa yang dikatakan “perjuangan”.

Adakah kita tidak mungkin melihat perbalahan antara Anwar dan Azmin kelak? (TKO)


482322_629223370428202_763549202_n
Lihat..


5 comments:

Anonymous said...

https://www.ismaweb.net/2018/04/08/dap-guna-logo-pkr-untuk-pancing-undi-melayu/

DAP guna logo PKR untuk pancing undi Melayu

KUALA LUMPUR, 21 Rejab 1439H, Ahad – MCA menyifatkan kesanggupan DAP menggunakan logo dan simbol Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti menunjukkan parti itu tidak mempunyai prinsip.
Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata DAP sanggup menggadai maruah dan prinsip mereka termasuk bekerjasama dengan musuh lama Tun Dr Mahathir Mohamad semata-mata untuk meraih undi Melayu.

“Demi mengaut undi kaum Melayu, DAP sanggup menggadaikan lambang roket mereka… kita (MCA) percaya penyokong DAP amat kesal dengan tindakan pemimpin mereka,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Manifesto MCA untuk PRU14, di Wisma MCA, di sini hari ini.

Anonymous said...

DAP HINA ISLAM

PKR BAGI DAP PAKAI LOGO BIRU MUDA

JADI APA2 CALON PAKAI BENDERA PKR KITA TOLAK

Anonymous said...

Oleh sebab semua calon DAP, PAN dan Bersatu guna logo PKR, marilah kita semua umat Islam memulau dan menolak semua calon PKR dan musang roket berbulu ayam PKR dll.

SERUAN KITA SECARA UMUM:

Demi masa depan agama Islam dan umat Islam, marilah kita semua umat Islam bersatu padu menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.

Secara umumnya, ulama Islam adalah jauh lebih baik dari pemimpin jahil murakkab (bodoh berganda-ganda) kerana ulama Islam boleh memimpin kita ke syurga.

Pemimpin jahil murakkab akan memimpin kita ke neraka kerana mereka tidak boleh membezakan antara buruk dan baik.

Anonymous said...

kokok berderai-derai ekor bergelomang dgn 'NAJIS'

Anonymous said...

Kokok berderai-derai seluruh negara tetapi ekor bergelumang dengan najis. Bila dianalisa, ternyata najis itu terhasil dari dedak cap roket.

Maka kita tahu ayam itu adalah balaci ternakan sifu evangelis roket.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails