PONDAN terkenal Eropah, Conchita Wurst yang memenangi pertandingan nyanyian Eurovision 2014, mendedahkan dia menghidap HIV positif.
Conchita dari Austria berkata dia hanya memutuskan untuk membuat pengumuman berkenaan kepada umum selepas bekas teman lelakinya mengugut akan mendedahkan perkara tersebut jika Conchita enggan melakukannya.
Dalam kenyataan dalam Instagramnya, Conchita atau nama sebenarnya Tom Neuwirth berkata dia tidak akan memberikan peluang kepada orang lain untuk menakutkannya dan mengganggu kehidupannya.
“Saya disahkan HIV positif sejak bertahun-tahun lalu. Sejak saya mengetahuinya, saya telah menjalani rawatan dan selama bertahun-tahun tanpa gangguan.
“Sehingga kini, saya tidak mahu mendedahkan kepada umum mengenainya kerana beberapa sebab, terutama keluarga saya yang tahu segala-galanya dan menyokong saya sejak hari pertama,’’ katanya.
Dia menjadi terkenal selepas memasuki pertandingan Eurovision 2014 dengan memakai gaun wanita tapi berjambang. Di sebalik ramai yang memuji suaranya, pengkritik ketika itu menyelarnya sebagai sesuatu yang menjijikkan dan menggesa dia disingkirkan.
Sejak kemenangan itu, dia telah menggunakannya sebagai loncatan untuk berkempen dalam memperjuangkan hak LGBT. Lapor MYNEWSHUB.CC
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dikatakan inilah yang PKR dan gengnya suka, kerana itu puak-puak LGBT ni sentiasa dibela sifunya. Anda benci ini? Tolaklah PKR dan kuncu-kuncunya dalam PRU14.
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan parti sekular, yang tiada kaitan dengan akhirat, politik suku agama suku. Bukan seperti DAP dan kuncu-kuncu sekularnya yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR..
Visit Advertiser's Site
https://www.google.com/amp/s/aidcnews.wordpress.com/2017/12/28/ahli-parlimen-dap-desak-jabatan-agama-henti-tangkap-lgbt/amp/
ReplyDeleteAhli Parlimen DAP Desak Jabatan Agama Henti Tangkap LGBT
Klang, Selangor: Kerajaan Malaysia perlu memansuhkan semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang mendiskriminasi golongan transgender di Malaysia, demikian menurut Ahli Parlimen DAP yang mewakili kawasan Klang, YB Charles Santiago.
Charles turut menggesa agensi-agensi agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar berhenti menangkap golongan mak nyah sewenang-wenangnya.
“Dan saya juga menggesa supaya semua Jabatan-Jabatan Agama Islam, termasuk JAKIM dan JAIS untuk menghentikan penahanan tidak berasas kaum mak nyah.”
“Saya bersolidariti bersama komuniti trans di seluruh dunia dan saya menyeru anda semua menyertai saya menggesa kerajaan Malaysia untuk memansuhkan semua undang-undang dan peraturan yang mendiskriminasi golongan trangender,” dakwanya lagi.
Lindungilah keluarga anda dari golongan kaum nabi Luth.
DeleteDAP memperjuangkan hak lbgt yg diharamkan oleh ugama
Tolak DAP
Tolak Bersatu
Tolak PAN
Tolak PKR
https://aidcnews.wordpress.com/2017/09/12/pakatan-harapan-sokong-lgbt/
ReplyDeletePakatan Harapan Sokong LGBT
AIDCNews -12/09/17 –Twitter Pakatan Harapan menyokong LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) kerana ia merupakan hak asasi kumpulan itu.
Ia merujuk kepada kepada gambar dua wanita bertudung memegang bendera LGBT dengan kata-kata berbunyi “Lesbian is not a crime, it is a gift from God” dalam Himpunan Wanita Bantah Politik Toksik di hadapan Maju Junction di ibu negara Ahad lalu.
Menurut Malaysia Dateline, perhimpunan itu dihadiri oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anaknya Marina Mahathir, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, bekas presiden Badan Beguam Datuk Ambiga Sreenevasan dan pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.
Turut hadir memberikan sokongan ialah Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden AMANAH Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dan isteri Datin Seri Shamsidar Taharin.
“Kami telah mengambil bahagian dalam himpunan Wanita Bantah Politik Toksik kerana kami juga menyokong tuntutan-tuntutan perhimpunan tersebut. Dan kami ‘cool’. Janganla panas, “kenyataan NGO pro LGBT, COMANGO dipetik
https://www.ismaweb.net/2017/04/13/lgbt-dahsyatnya-bila-al-quran-bukan-rujukan/
ReplyDeleteLGBT: Dahsyatnya bila al-Quran bukan rujukan
Kita berpeluang melihat sendiri produk-produk yang lahir dari mangsa-mangsa serangan pemikiran yang melanda dunia Islam termasuk Malaysia.
Pada peringkat awal kita agak tersentap apabila sudah muncul di persada maya ungkapan-ungkapan seperti “perbuatan homoseksual itu adalah fitrah, bahkan mereka yang tidak menyokong LGBT ataupun yang dipanggil homofobia itulah yang sebenarnya di luar fitrah, dan bukan golongan LGBT itu.”
Lebih tersentap lagi apabila mendapati yang mengungkapkanya adalah seorang muslim. Bahkan menegakkan hujjahnya merujuk kepada alam haiwan! Ia adalah fitrah semulajadi hidupan adalah kerana terdapat banyak haiwan-haiwan seperti dolfin hidung botol, burung angsa hitam, penguin, lalat buah, dan mawas bonobo memperlihatkan sifat LGBT. Bahkan mereka mencadangkan kanak-kanak perlu melihat watak-watak gay di dalam filem. Mereka perlu diajar bahawa golongan gay wujud.
Inilah contoh kesan serangan pemikiran kepada anak-anak muda yang merasakan diri lebih moden dan maju sehingga gagal membezakan antara kepercayaan tradisi dengan hukum-hukum Islam. Merasa lebih maju jika menolak ajaran al-Quran yang dianggap sangat tradisi. Merasa lebih megah apabila merujuk kepada nilai-nilai sejagat berbanding dengan merujuk kepada al-Quran sebagai rujukan utama.
Merujuk isu LGBT kepada alam haiwan dan menganggap penolakan terhadap amalan songsang LGBT sebagai kepercayaan tradisi adalah rujukan yang salah dan tidak wajar bagi seorang muslim. Tetapi trend ini semakin popular khususnya kepada muslim-muslim muda yang semakin cair jati diri.
Menolak perlakuan homoseks adalah ajaran al-Quran. Ada beberapa ayat al-Quran secara terang dan nyata mengeji perbuatan ini dan telah menghukum mereka yang terlibat. Istilah yang dipakai untuk menggambarkan perbuatan homoseksual di dalam al-Quran ialah “amal qaum Lut” perbuatan kaum Lut tetapi telah diantarabangsakan dan dipopularkan istilah homoseks daripada perkataan liwat. Rujukan-rujukan mula menghala kepada nilai-nilai universal walaupun tidak sedikit yang bertentangan dengan nilai-nilai al-Quran.
Firman Allah SWT: Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.(Al-A’raf: 80-81)
Perbuatan keji itu disebutkan beberapa kali di dalam al-Quran bahkan al-Quran menceritakan azab yang menimpa kaum Nabi Lut yang melakukan perbuatan keji itu. Firman Allah SWT: Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan); (ingatlah peristiwanya) ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya). Maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata: usirlah Lut dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mendakwakan dirinya bersih suci . Lalu Kami selamatkan Nabi Lut dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya, kecuali isterinya, Kami takdirkan dia menjadi dari golongan yang tertinggal dalam azab. Dan Kami hujani mereka dengan hujan yang membinasakan, maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa orang-orang yang telah diberi amaran. (Al-Naml: 54-58)
Walaupun perbuatan itu dilakukan oleh kaum Nabi Lut a.s, namun Nabi Muhammad SAW sangat membimbangi jika ia juga dilakukan oleh umat baginda. Baginda SAW pernah bersabda: Antara perkara yang paling aku takuti berlaku kepada umat aku ialah apabila mereka melakukan seperti perbuatan umat Nabi Lut. (HR al-Tirmizi dan Ibnu Majah)