PUTRAJAYA: Pendaftar Pertubuhan (RoS) hari ini mengarahkan pembubaran sementara PPBM berkuatkuasa serta merta.
Menurut Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim PPBM diberi tempoh sehingga 30 hari untuk membuat rayuan dengan syarat parti itu menyerahkan semua dokumen-dokumen yang diminta sebelum ini.
Jika PPBM gagal berbuat demikian, parti itu akan secara automatik terbubar, kata Surayati.
"Perintah tersebut adalah suatu perintah pembubaran sementara ke atas PPBM menurut Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966. Hal ini kerana PPBM gagal serahkan sepenuhnya dokumen yang diminta mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966.
"Menurut Seksyen 14 (6) Akta Pertubuhan 1966, sekiranya PPBM dalam tempoh tidak lebih dari 30 hari dari tarikh perintah pembubaran sementara ini dikeluarkan, menyerahkan butir-butir maklumat dan dokumen-dokumen seperti yang diperintah RoS, 28 Februari lalu," ujarnya.
Sementara itu, PPBM tidak boleh menggunakan nama dan logo parti dalam tempoh perintah pembubaran sementara, serta tidak dibenarkan melaksanakan aktiviti. (Antarapos)
Lihat juga..
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un ( إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ)
ReplyDeleteKapal cap bunga tenggelam sebelum berlayar di mana kapten telah membuat pengumuman beliau akan melarikan diri ke roket dan meninggalkan anak-anak kapal yang sedang timbul tenggelam dalam air.
Apa punya kapten daaaaa ....
Wahai saudaraku dari kapal cap bunga , kapten mu telah mengkhianati kamu dengan menyertai roket.
DeleteOleh sebab itu, marilah saudara dan saudari menyertai perjuangan Islam yang dibawa oleh parti Islam PAS pimpinan ulama Islam kerana hanya agama Islam yang diredhai oleh Allah.
Kami akan menerima saudara dan saudari sebagai rakan seperjuangan untuk membela agama Islam dan hak umat Islam yang sedang diancam oleh puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi.
Jangan pedulikan barua-barua ternakan roket yang sedang meroyan sakan kerana mereka lebih mementingkan dedak cap roket dari agama Islam.
Talkin untuk pakatan opera roket.
ReplyDelete