Kecewa dengan sikap kepimpinan BERSATU Melaka yang didakwa tidak mematuhi perjanjian dan amanah, Naib Ketua BERSATU bahagian Hang Tuah Jaya, Prof Madya Dr Kamarolzaman Mohd Jidi bertanding sebagai calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek.
Beliau berkata sejak lebih setahun lepas beliau bersama jentera BERSATU melaksanakan gerak kerja meyakinkan pengundi DUN Ayer Molek untuk mengundi pakatan pembangkang pada pilihan raya umum Ke-14 (PRU14), namun setelah usaha itu membuahkan hasil positif kerusi DUN itu diberikan kepada PKR.
“Dalam proses pemilihan calon pihak pengurusan BERSATU telah melanggar janji. Kepimpinan negeri tidak mematuhi perjanjian diamanahkan, patutnya BERSATU memiliki DUN Ayer Molek tetapi apabila culaannya boleh menang tinggi parti lain berebut untuk mendapatkan tempat.
“Akhirnya perundingan mengikut janjinya (DUN Ayer Molek diberikan) kepada parti BERSATU telah dimanipulasi dengan PKR ambil DUN Ayer Molek,” katanya kepada pemberita di Melaka hari ini.
Pada PRU14 ini Kamarolzaman bakal menghadapi saingan empat penjuru dengan Jantan Abdullah (PAS), Farhan Ibrahim (PKR), dan Rahmad Wariman (BN) di DUN Ayer Molek yang berada dalam Parlimen Hang Tuah Jaya.
Kamarolzaman berkata pada masa ini beliau masih anggota BERSATU dan tidak akan mengambil keputusan untuk keluar daripada parti itu.
- Bernama
IKLAN
BARBER SHOP 91'.
Kedai Gunting rambut lelaki kami baru dibuka.. Sila kunjungi, 10 pagi hingga 10 malam tiap hari hingga sebulan..
Harga Promosi
-dewasa RM7:00
-kanak-kanak5:00
Sila kunjungi segera!
Bandar Damai Perdana. No 10 Ground Floor,
Jalan Damai Perdana,5/1B,56000,Cheras, KL.
https://www.facebook.com/gunting.krew?hc_ref=ARTMPWKnBAfryEQBtojBcZSD5UiXc9XcclNqEH-qhttps://www.facebook.com/gunting.krew?ref=bookmarks)
-dewasa RM7:00
-kanak-kanak5:00
Sila kunjungi segera!
Bandar Damai Perdana. No 10 Ground Floor,
Jalan Damai Perdana,5/1B,56000,Cheras, KL.
https://www.facebook.com/gunting.krew?hc_ref=ARTMPWKnBAfryEQBtojBcZSD5UiXc9XcclNqEH-qhttps://www.facebook.com/gunting.krew?ref=bookmarks)
Langsung tak ada KETAATAN kpd pemimpin. Orang begini sangat tidak sesuai dg PAS.
ReplyDeletePemimpin-pemimpin pakatan wayang roket saling tipu-menipu antara satu sama lain.
ReplyDeleteJika mereka memerintah negara ini, mereka akan menipu rakyat yang mengundi mereka.
Oleh sebab itu, marilah kita semua mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam untuk membela agama Islam, hak umat Islam dan hak rakyat.