Friday, April 13, 2018

Pulanglah Ke Rumah Fifi. Gadis 13 Tahun Lari Dari Rumah..




PETALING JAYA: "Kami bimbang akan keselamatan kamu, pulanglah ke rumah Fifi," rayu Rizal Muny Riz, 37, bapa kepada Nurfitri, 13, apabila anak kedua daripada lima beradik itu hilang sejak Sabtu lalu.
Rizal berkata, Nurfitri yang mesra dipanggil Fifi itu menghilangkan diri selepas keluar bersama-sama rakan sekolahnya yang dikenali sebagai Liana, kira-kira jam 11 pagi.




Lebih memburukkan lagi keadaan, ibu bapa kepada Liana juga memaklumkan kepada Rizal bahawa anak perempuan mereka juga tidak pulang ke rumah selepas keluar untuk berjumpa dengan Fifi.
"Sebelum meninggalkan rumah, berlaku perselisihan faham antara Fifi dan ibunya kerana isteri saya menghalangnya daripada keluar sebelum dia berkurung di dalam bilik beberapa minit.
"Kemudian rakannya memanggil Fifi sebelum dia keluar dengan tergesa-gesa tanpa membawa sebarang pakaian, wang tunai dan kad pengenalan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Rizal berkata, sebaik pulang daripada tempat kerja, dia mendapat tahu mengenai kejadian itu dan beranggapan Nurfitri akan pulang pada sebelah petang.
"Namun, sehingga malam, Fifi tidak juga pulang. Saya fikir dia masih merajuk dengan ibunya dan bermalam di rumah Liana. Saya bercadang mahu ke rumah keluarga Liana pada hari Ahad untuk memujuknya pulang.
"Bagaimanapun, keesokan harinya (Ahad), ibu bapa Liana berkunjung ke rumah kami dan mendakwa anak perempuan mereka juga tidak pulang ke rumah. Saya terkejut mendengar berita itu dan mula bimbang akan keselamatan Fifi.
"Kami kemudiannya terus membuat laporan polis berhubung kehilangan mereka," katanya yang tinggal di Seksyen 8, Kota Damansara, di sini.
Menurutnya, lebih membimbangkan apabila dia membuat pemeriksaan di sekolah tempat anaknya belajar mendapati Nurfitri dan Liana tidak ke sekolah sejak Isnin lalu.
"Isteri saya tidak berhenti menangis kerana bimbangkan keselamatan dia selepas tidak pulang beberapa hari. Pulanglah Fifi, ayah dan ibu bimbang.
"Sudah pelbagai cara gunakan untuk mencari Fifi termasuk menggunakan kemudahan laman sosial," katanya. (BH)
Lari dari rumah, antara masalah sosial masakini yang melanda umat Islam dan rakyat Malaysia. Perlu sistem pemerintahan dan pemimpin yang arif menanganinya. Sesuaikah dengan sistem perundangan Islam yang ditawarkan PAS melalui PRU 14 ini?
Kalau sesuai, pilihlah PAS.
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
 
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR..




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails