Monday, April 02, 2018

Ramai Pemimpin DAP Takut Kalah Jika Pindah Ke Johor.




AIDCNews -1/04/18 –Selepas Pengerusi DAP Perak, David Nga Kor Ming tidak mahu meninggalkan negeri kelahirannya, seorang lagi tokoh DAP, Gobind Singh Deo enggan berpindah dari Parlimennya, Puchong, Selangor ke salah satu Parlimen Johor.
Sebelum ini Gobind yang juga Timbalan Pengerusi DAP Selangor dilaporkan bakal bertanding di Parlimen Labis bagi berdepan dengan Naib Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong.
Selain Parlimen Labis, Gobind turut dirancang bakal bertanding di Parlimen Kulai yang sebelum ini dimenangi tokoh evangelis DAP, Teo Nie Ching.
Teo bakal berpindah ke Parlimen Kluang, selepas penyandangnya Liew Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Johor berpindah ke Parlimen Ayer Itam untuk berdepan dengan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.
Seorang lagi evangelis, Wong Shu Qi yang juga ADUN Senai dijangka bakal bertanding di Parlimen Labis atau Parlimen Kulai yang ditinggalkan Teo.
Portal pro DAP, Malaysiakini melaporkan ketidakhadiran Gobind dalam majlis pusat operasi Pakatan Harapan di Kulai mengesahkan beliau bukan calon Parlimen berkenaan.
Dilaporkan jika Gobind sedia meninggalkan Parlimen Puchong, tempatnya bakal diganti sama ada ADUN DAP Subang Jaya Hannah Yeoh (evangelis) atau ADUN Sri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.
Seorang sumber berkata Yeoh adalah pilihan terbaik kerana pengalamannya selama lima tahun sebagai speaker Dewan Undangan Negeri Selangor melayakkan beliau menjawat jawatan Speaker Dewan Rakyat sekiranya Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya pada PRU 14.
Difahamkan DAP bercadang untuk menukar Raub dengan Johor Baru, kawasan Parlimen yang sebelum ini ditandingi calon PKR.
DAP berminat untuk bertanding Di Johor Baharu bagi membolehkan supremo parti Lim Kit Siang mencabar penyandangnya Tan Sri Shahrir Abdul Samad, yang telah memegang kerusi itu sejak tahun 1978.
Bagaimanapun, PKR masih belum membuat sebarang keputusan.
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

3 comments:

Anonymous said...

Wah terbongkar pemimpin-pemimpin evangelis dan pemimpin kafir roket adalah pengecut walaupun selama ini mereka konon berani dan suka berlagak bercakap 'pong pang pong pang' mengutuk parti lawan.

Anonymous said...

Fitnah perlu dibuktikan kalau tak selagi dijaja fitnah maka kamu tahukan bahawa fitnah lebih bahaya dari membunuh. Mohammad azren tanya dengan pencipta fitnah buktikan kalau ada bukti buat repot pada polis sprm atau mana2 badan berwajib dan segerakan pendakwaan supaya pelaku boleh dihukum dan moga perjuangan suci untuk menegakkan negara islam malaysia tidak terpalik dengan aginda peribadi. Kami dah tendang pada muktamar 2015 dan jika terbukti kami akan tendang dan humban mereka. Tapi pas sebagai parti islam akan tetap kami dokong. Surga itu kentuan allah pas tapi panduan menuju ke surga telah di beri oleh nabi mohammad dan pas memandu umat islam untuk menuju kesurga.

Anonymous said...

Azreen telah mencipta pelbagai dakwaan karut yang tidak berasas untuk memburuk-burukkan PAS pimpinan ulama Islam.

Dakwaan tanpa bukti bererti Azreen adalah penjaja fitnah atau pembawa kayu api seperti Abu Lahab.

Kita cabar Azreen menunjukkan semua bukti untuk menuyokong dakwaan karutnya terhadap PAS.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails