Thursday, April 26, 2018

Rebut Kerusi: 5 Ketua PKR Cabang Negeri Kecewa.. Kerana ‘beralah’.


IPOH - Lima Ketua PKR Cabang Negeri kecewa apabila pucuk kepimpinan ‘beralah’ dalam pembahagian kerusi kepada parti yang baharu ‘setahun jagung’ sejak ditubuhkan.

Ketua Cabang Tapah, Adanan Talib berkata, lima kerusi Parlimen dan Dun milik PKR yang ‘dikorbankan’ kepada Bersatu disifatkan sebagai tidak adil dengan meletakkan calon ‘bidan terjun’ di kawasan terbabit selain mengenepikan suara akar umbi.


Menurutnya, tindakan itu menyebabkan Bersatu lebih mendominasi berbanding PKR yang telah lama berkecimpung dalam arena politik ini.


“Bersatu ini umpama ‘adik’ dalam Pakatan Harapan dan hanya dua atau tiga bahagian sahaja yang ada ahli. Ini bukan pakatan tetapi lebih kepada dominasi dan perkara ini telah mengecewakan ahli.
“Saya khuatir dengan Bersatu dibawah kepimpinan Tun M akan ‘hijack’ kita punya gerakan reformasi, iaitu reformasi untuk seluruh sistem politik negara kita,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.


Hadir sama, Ketua PKR Cabang Gerik, Mejar (B) Kaha Othman; Ketua PKR Cabang Lenggong, Azalan Shah Banyamin; Ketua PKR Cabang Parit, Usaili Alias dan Ketua PKR Cabang Kuala Kangsar, Mohd Khair Mohd Zainal. Menurutnya, kepimpinan seharusnya lebih berhati-hati untuk memberikan ‘kepercayaan’ kepada Bersatu.


“Siapa pun yang bertanding Bersatu saya tidak percaya kerana sekiranya dia menang, dia boleh menjual kerusi itu. Kepimpinan patut lebih berhati-hati kerana Bersatu hidup kerana Tun M sahaja,” katanya.


Sementara itu, Kaha berkata, beliau turut tidak berpuas hati selepas lima tahun berkhidmat bersama parti itu namun calon-calon Parlimen atau Dun diberikan kepada parti lain.


“Sehingga kini, nama calon bagi kerusi Parlimen dan Dun masih belum dimuktamadkan oleh peringkat tertinggi kepimpinan.
“Pihak pemimpin harus sedar yg akar umbi yang memangkah bukan pemimpin. Saya sanggup adakan sidang media ini kerana pemilihan ini (calon) tidak mengikut apa yang kita harap selama ini,” katanya.


Pada masa sama, Usaili berkata, mereka turut kecewa apabila parti lain menggunakan logo parti itu ada PRU kali ini.


“Kami rasa ada yang tidak kena apabila pemimpin beri kebenaran logo parti digunakan. Kita perjuangkan logo ini dan ia umpama maruah dan imej perjuangan PKR.
“Guna logo kita ini, apa yang akan berlaku kelak akan menjejaskan PKR. Saya bantah kerana dilihatkan banyak beri kesan negatif,” katanya.


Sekarang nak undi senang aje pilih antara 3
 Anda tak perlu fikir panjang untuk pergi mengundi 9 Mei ini. Anda hanya perl pilih 3 iaitu 


  • PENCURI DUIT RAKYAT. 
  • Satu Lagi BEKAS PEROMPAK WANG RAKYAT juga kini kononnya nak tangkap anak muridnya bekas perompak. 
  • Atau pilih aje parti yang nak bawa Islam sebagai penyelesaian masalah. Walaupun kumpulan ini daif tapi iktizam mereka cukup tinggi. 
Islam adalah pilihan terbaik kerana disana ada keredhaan Allah.. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails