Susulan bidasan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz hari ini memaparkan pula gambar Perdana Menteri, Datuk Najib Razak yang sedang tidur semasa Sidang Kemuncak Asean.
Rafidah yang juga adalah bekas menteri menghantar laporan berita dari Filipina berkenaan kepada Malaysiakini.
Bertarikh 22 Nov, 2017, artikel tersebut menyatakan bahawa Najib dirakamkan sedang lena ketika Presiden Filipina Rodrigo Duterte menyampaikan ucaptamanya pada Sidang Kemuncak Asean ke-31.
"Dan Najib hanya dalam usia 60-an," kata Rafidah.
Gambar-gambar yang memaparkan Najib tertidur menjadi tular di media sosial manakala video berkenaan juga dipaparkan di YouTube.
Hari ini, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa memuat-naikkan gambar Mahathir, 93, yang kepenatan sambil menutup matanya dalam satu acara baru-baru ini.
Dalam hantaran di Facebook, ahli Parlimen Ketereh itu turut mengimbas kembali kenyataan bekas perdana menteri berkenaan berhubung pengganti pilihannya, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mempunyai masalah sering terlena atau sleep apnea.
“Tidak salah beliau. Usia dan tenaga tidak mengenal siapa. Diberitakan beliau sering uzur, sering batuk-batuk, kadang-kadang ingatan lupa, kadang-kadang terlena. Dulu dia mengata Pak Lah, sekarang tengoklah Tuhan maha kaya,” kata Annuar.
Sementara itu, artikel yang dihantar oleh Rafidah melaporkan bahawa Najib tertidur semasa ucapan pembukaan Duterte pada sidang kemuncak yang diadakan di Manila.
Najib ketika itu duduk bersama pemimpin dunia lain seperti Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau, Perdana Menteri India Narendra Modi dan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe.
Menurut artikel itu lagi, Najib tersedar apabila hadirin bertepuk tangan selepas Duterte mengakhiri ucapannya. (IH)
Lihat..
4 comments:
Tapi yg paling evergreen foto mat sabu selfie amoy langgar dada
Bukti foto bukan audio
Foto mat sabu bukanlah perkara remeh kerana kehangatannya amat terasa. Itu sebab mat sabu lempar mikrofon
Video (bukan audio) lembu betina dan lembu jantan ternakan sifu roket minum arak, berpelukan, menari dan ... menjadi kebanggaan kepala tahi roket yang gemarkan pesta arak terbuka dll.
siapa annuar musa?? tk pernah dengar
Post a Comment