Tuesday, April 03, 2018

Serangan Tentera Israel Ke Atas Rakyat Palestin Dikecam.



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam tentera Israel menyerang rakyat Palestin dalam operasi menghalang Kempen Perarakan Pulang Besar-besaran (Masirah Audah Al-Kubro / Great Return March) sempena memperingati Hari Tanah Air (Land Day) yang diadakan oleh penduduk Palestin setiap tahun pada 30 Mac, sejak 42 tahun lalu. 

Tujuannya untuk menuntut hak pulang ke tanah asal mereka dan akan berterusan sehingga 15 Mei 2018 bagi menyambut Ulang Tahun Peristiwa Nakbah.

Malangnya pihak Israel-Zionis bertindak kejam menyerang rakyat Palestin sehingga membunuh 17 orang dan lebih 1,400 orang cedera parah termasuk kanak-kanak dan wanita. 

PAS mengambil sikap tegas berhubung perkara ini dan menggesa OIC segera mengadakan sidang tergempar. Negara-negara Islam semestinya menyatakan ketegasan mengecam serangan Israel yang telah melanggar hak pelarian untuk kembali ke tanah air sendiri berdasarkan Resolusi 194 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 





PAS berpegang kepada prinsip Islam yang melarang membunuh kanak-kanak, wanita dan orang tua walaupun ketika peperangan. Keadilan Islam melangkaui sempadan agama, bangsa dan warna kulit sehingga sejarah mencatatkan hanya Islam sahaja berjaya mewujudkan keadilan terhadap agama-agama lain di bumi Palestin, berbanding agama Yahudi atau Kristian yang menindas agama-agama lain terutamanya Islam ketika menguasai Palestin. 

Saya juga menyeru umat Islam dan masyarakat dunia khususnya di Malaysia bersatu mempertahankan Palestin atas dasar agama dan hak asasi kemanusiaan dan berdoa memohon pertolongan daripada Allah untuk memberi kemenangan dan kekuatan kepada rakyat Palestin bagi menghadapi strategi, tipu daya dan kezaliman Zionis-Israel. 

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh : 15 Rejab 1439 / 2 April 2018



Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS


1 comment:

Anonymous said...

Parti Islam PAS pimpinan ulama Islam telah berulang kali mengecam kezaliman dan keganasan rejim pengganas Israel.

Bagaimana pula parti kafir harbi roket yang menerima dedak dari rejim pengganas Israel ?

Adakah dedak cap bintang Zionis lebih penting dari nyawa manusia yang sedang ditindas, disiksa dan dibunuh oleh rejim pengganas Israel?

Mengapa khadam-khadam roket masih berdiam diri seperti syaitan bisu?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails