Monday, April 23, 2018

Seru Tian Chua Pada PKR, Tolak 'calon minit terakhir'.

Tolak 'calon minit terakhir', kata Tian Chua kepada pemimpin PKR

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin PKR menasihati pimpinan tertinggi parti untuk menolak sebarang 'calon minit terakhir' untuk bertanding di Pilihan Raya Umum ke-14.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata sebarang usaha atau lobi dari pihak-pihak tertentu untuk menepati agenda sesetengah pihak tidak patut mengganggu persediaan parti dan Pakatan Harapan untuk memenangi PRU 14.

"Ketika ini, memang Pakatan Harapan ada sokongan rakyat.
"Namun, janganlah terbawa-bawa sangat dengan keyakinan untuk menang dengan memilih calon yang tidak tepat bagi sesebuah kawasan," katanya.

Apabila ditanya apa tindakan beliau sekiranya digugurkan sebagai calon untuk Parlimen Batu, Tian Chua berkata beliau masih akan terus kekal dengan PKR.

"Saya sayang parti ini, saya sayang perjuangan ini.
"Jika saya digugurkan, tidak mengapa kerana saya masih tetap akan berusaha untuk memenangkan PKR dan Pakatan Harapan," kata Tian Chua.

Beliau menafikan sebarang spekulasi bahawa beliau akan tinggalkan parti atau berlaku pergaduhan dalaman dalam parti.

"Saya sendiri berada dalam Jawatankuasa Pemilihan Calon PKR.
"Saya boleh menjaminkan bahawa kriteria pemilihan calon adalah ketat dan dipastikan sesuai untuk sesuatu kawasan," tambahnya. (AA)



Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails