Monday, April 23, 2018

Tayyib Erdogan Ajak Anies Mencium Helaian Janggut Rasul SAW


Eramuslim.com (id) – Gubernur DKI Jakarta Anies Baswedan yang tengah melakukan kunjuungan kerja ke Turki mendapat kesempatan salat Jumat berjamaah dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan di Masjid Ayyub al-Anshari.
Tidak hanya berkesempatan bersalat bersama, Anies juga mendapat kesempatan berharga lain, yakni mencium helaian janggut milik Rasulullah.
Anies dalam akun Instagram miliknya bercerita bahwa dia diajak Erdogan masuk ke dalam ruang kecil di dekat makam Abu Ayyub al-Anshari usai salat Jumaat. Di tempat ini, Erdogan bersama dengan beberapa imam membaca ayat suci bergantian selama lebih dari sejam.
Hasil carian imej untuk Janggut Rasul SAW
Setelah itu, ada seorang yang membawa barang berbentuk tabung yang dibungkus kain hingga sepuluh lapis berwarna hijau dan putih.
“Ternyata yang dibungkus itu adalah sebuah botol kecil yang kacanya amat bening dan di dalamnya terlihat sehelai rambut. Botol itu kemudian diletakkan di meja kecil depan Presiden Erdogan, persis di samping tempat saya duduk,” kata Anies. (IH/Eramuslim)

Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W Dan Para Sahabat R.A.


Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A di Masjid Negeri Selangor diadakan atas usahasama Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Negeri Selangor, Lembaga Muzium Negeri Selangor dan Dragon Heart Sdn. Bhd. Alhamdulillah, diberi peluang berkunjung dengan izinNya menyaksikan pelbagai artifak peninggalan Rasulullah S.A.W dan para sahabat R.A yang dipamerkan.

Meneliti setiap artifak, menghayati khazanah peninggalan Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A bersama kehebatan ketamadunan sains penciptaan Jam Matahari, kehalusan seni tenunan Kiswah, ketelitian pembuatan Kunci Kaabah hinggalah penghasilan Al-Quran Emas yang dicipta dengan penuh penghayatan dan kehalusan senicipta. Justeru, saya abadikan beberapa gambar sebagai perkongsian istimewa kepada sahabat pembaca yang dihormati sekelian.

Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Jam Matahari Mesir Kuno
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Pedang  Rampasan Perang Saidina Hamzah R.A
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Kunci Pintu Kaabah lama
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Kain Kiswah dalam Kaabah
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Kunci Pintu Kaabah baharu
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Cebisan Batu Kaabah
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Antara Cop Mohor Rasulullah S.A.W
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Kunci Makam Ashabul Kahfi
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Batu tertera ayat Quran dari Masjid Kubaa

Terdapat sebanyak 25 artifak asli termasuk rambut, janggut, darah bekam, serban, penutup makam, tapak kaki, tanah makam, cop mohor, tongkat, panah dan capal Rasulullah S.A.W. Turut dipamerkan pedang-pedang rampasan perang Saidina Hamzah R.A, Khalid Ibni Al Walid dan Mu’adz bin Jabal. Selain itu, terdapat juga Kiswah Pintu dan dalam Kaabah, Kunci Kaabah, Al-Quran Emas Kerajaan Uthmani, Batu Tertera Ayat Al-Quran dari Masjid Kubaa serta pelbagai lagi.

Lebih terkesan dalam jiwa ini bila melihat artifak-artifak peninggalan Baginda Rasulullah S.A.W yang masih terpelihara. Mengamati janggut, rambut dan Penutup Makam Baginda membuatkan diri terasa sayu, Serban dan Panah Baginda menarik perhatian untuk membayangkan kehebatan keperibadian Baginda S.A.W. Paling menarik perhatian bila melihat Darah Bekam Rasulullah S.A.W yang masih kelihatan segar walaupun melangkau usia 1400 tahun… subhanallah.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Serban Rasulullah S.A.W
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Helaian Janggut Rasulullah S.A.W.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Helaian Rambut Rasulullah S.A.W.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Darah Bekam Rasulullah S.A.W.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Tanah Makam Rasulullah S.A.W.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Kunci Makam Rasulullah S.A.W.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Kain Penutup Makam Rasulullah S.A.W.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Rasulullah S.A.W, kaum keluarga serta para sahabat R.A. Sebelum ini hanya pernah melihat replika tempat tinggal dan beberapa peninggalan Rasulullah S.A.W di Kompleks Taman Seni Islam berhampiran. Kali ini apa yang dipamerkan di Masjid Negeri Selangor ini adalah artifak asli untuk tatapan semua yang berkunjung ke sini.

Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Busur (Panah) Rasulullah S.A.W.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Bekas Tapak Kaki Rasulullah S.A.W.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Capal Rasulullah S.A.W.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Al Quran Bertatah Emas
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Pedang Rampasan Perang Khalid Ibn Al-Walid R.A.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.
Pedang Rampasan Perang Mu'adz Ibn Jabbar R.A.
Pameran Artifak: Tamadun Islam Mendahului Zaman

Terdapat pelbagai lagi artifak yang melambangkan kehalusan seni budaya dan keagungan ketamadunan Islam turut dipamerkan. Saya juga berasa bertuah kerana dihari yang sama berpeluang mengikuti lawatan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah yang berkunjung ke Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A ini.

Sememangnya ia satu pengalaman berharga melihat dengan lebih dekat khazanah peninggalan Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A. Pameran yang patut dikunjungi seisi keluarga mahu pun lawatan sambil belajar sekolah demi menghayati rasa cinta kepada Rasulullah S.A.W, disamping menghargai kehalusan seni budaya dan inspirasi perjuangan kegemilangan ketamadunan Islam. 
YTDM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Masjid Negeri Selangor,
Lawatan YTDM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.
Tarikh: 10 Julai – 9 Ogos 2017.
Lokasi: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor, Shah Alam).

No comments:

Post a Comment