FIRMAN Allah:
فَلَا تُزَكُّوٓاْ أَنفُسَكُمۡۖ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَنِ ٱتَّقَىٰٓ (النجم: 32)
- “Janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja Yang Lebih Mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa).” (Surah An-Najm: 32)
Allah juga berfirman:
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ (11). الضحى
- “Dan adapun dengan nikmat Tuhan mu, maka hendaklah kamu ucapkan (menandakan kesyukuran kepada-Nya).” (Surah Ad-Dhuha: 11)
PAS bersyukur kepada Allah dan mengucap terima kasih, apabila pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi jawapan di Parlimen kepada soalan statistik pemimpin parti yang disoal siasat oleh SPRM. Jawapannya, BN paling besar jumlahnya dan diikuti oleh Pakatan Harapan (PH).
BN yang dipimpin oleh Umno sudah memerintah lebih daripada setengah abad, tidak dianggap luar biasa sifat kelemahan makhluknya. PH pula memerintah Pulau Pinang dan Selangor hanya dua penggal, namun sudah diadukan ada jangkitan wabak rasuah atau salah laku, disertakan pula oleh kalangan mereka pernah menjadi pemimpin BN dahulunya.
Walaupun baru di peringkat soal siasat yang tidak diketahui apakah keputusannya, Islam melarang kita menuding jari dan terus menjatuhkan hukuman sebelum dibuktikan dengan seadil-adilnya, kerana ada kalangan orang yang suka menuding jari dengan mudah.
Walaupun kita berpegang kepada kata-kata “pokok tidak bergoyang kalau tidak ada angin bertiup”, namun PAS tidak boleh menjatuhkan hukumannya semudah itu. Kebiasaannya pula, semua hilang dilupakan begitu sahaja seperti surat khabar lama dan dighaibkan dalam lipatan fail di bawah undang-undang manusia yang berkuasa. Kalau dikuatkuasakannya pula, hanya sekadar laksana sarang labah-labah yang memerangkap makhluk perosak yang kecil dan lemah sahaja.
Rakyat yang tidak mudah lupa semestinya ingat senarai nama yang datang bertali arus dan dilenyapkan satu demi satu. Bukan semua Melayu mudah lupa. Sudah tentu masih terpahat dalam ingatan bagi mereka yang tidak lupa terhadap nama-nama seperti BMF, KWSP, PERWAJA, Skyhawk, PETRONAS, FOREX, PERWAJA, Tabung Haji, PKFZ, Maika Holding, Kapal Selam dan lain lain. Malangnya semuanya berlalu tanpa natijah.
Terkini BN terpalit dengan 1MDB dan PH pula Rumah Banglo dan lainnya. Semuanya masih perlu disiasat dengan adil dan telus bersama konsep iman dan budiman sama ada kes-kes dahulu, kini dan akan datang selepas ini sekiranya terus diberi peluang lagi tanpa perubahan.
PAS pula tidak bertujuan menjatuhkan individu pemimpin semata-mata, bahkan PAS mahu perubahan total sikap dan pendekatan salah laku semua pemimpin. Maka jangan disalahkan kalau PAS tidak terikut dengan hanya 1MDB yang disebut-sebutkan oleh semua parti yang lain, tetapi melupakan skandal-skandal terdahulu. PAS tidak lupa semuanya kerana Melayu PAS tidak mudah lupa.
Alhamdulillah PAS kosong dan tidak ada markah salah laku untuk disiasat. PAS hanya pernah menerima tindakan ISA tanpa bicara atau tanpa mahkamah, menjadi korban seperti Peristiwa Memali dan sebagainya, dirampas haknya dan rakyat yang menyokongnya, sama ada pegawai kerajaan atau rakyat biasa menjadi mangsa kezaliman sepanjang masa, kerana kesalahannya kalau bersama PAS. Parti yang masih muda dan mentah belum merasai apa yang dialami oleh PAS.
Sepatutnya sudah cukup diberi kepercayaan oleh rakyat kepada PAS bagi memimpin negara mengikut keputusan pertandingan rasuah dan salah laku itu.
Sepatutnya PAS diberi kuasa yang lebih kuat oleh rakyat dalam PRU 14 ini supaya terus melangsungkan jasa dan pengorbanannya yang lebih besar menyelamatkan negara dan rakyat bersama Islam.
PAS berkemampuan menyembuhkan penyakit yang menimpa negara dan membebankan rakyat sekiranya diberi kuasa memerintah negara. Bukan sahaja penyakit rasuah dan salah laku, begitu juga seperti cukai yang membebankan, harga barangan yang sentiasa melambung, kos sara hidup yang mengongkong, tiada peluang pekerjaan, menanggung hutang PTPTN, kadar jenayah dan kemalangan yang meningkat dan sebagainya.
Rahsia kejayaan PAS di peringkat negeri kerana PAS beristiqamah bersama Islam, di masa menang berkuasa atau kalah sehingga merempat dibelasah berbagai cara. Rahsianya juga PAS berserah kepada Allah dan terus berjuang menyelamatkan rakyat dengan hidayah Allah bernama Islam, aqidah, syariat dan akhlak, berwawasan dunia sehingga akhirat yang percayakan dosa dan pahala dalam kegiatan politiknya. Bukan sekadar kalah menang pilihan raya yang dihukum oleh rakyat atau mahkamah dunia dan undang-undang ciptaan manusia.
PAS mengajak rakyat bersama Islam yang sempurna untuk menyelamatkan semua. Selamatkan bangsa sahaja tanpa Islam, bangsanya tidak selamat juga. Inilah nasib laungan hidupkan Melayu sahaja tanpa Islam yang diimani dan diamal sepenuhnya. Hanya tegakkan Islam yang memerintah, nescaya Melayu selamat dan semua bangsa selamat.
Kepada penganut Islam, percayalah bahawa Islam menjadi penyelamat Melayu yang telah pun menganut Islam. Manakala bukan Islam pula jangan takut kepada Islam yang dibawa PAS ini. PAS bukan Taliban dan bukan ISIS.
Cubalah bersama PAS! Wajib akan disaksikan bahawa Islam adil untuk semua dan rahmat Allah kepada seluruh alam.
PAS telah menunjukkan betapa kerajaannya tanpa campuran di Kelantan sehingga kini dan di Terengganu. PAS pernah memimpin Kerajaan Campuran di Kedah, PAS pernah juga menyertai kerajaan yang dipimpin DAP di Pulau Pinang dan dipimpin PKR di Selangor. Terbukti betapa bersihnya pemimpin PAS.
Dahulunya, PAS juga pernah bersama menubuhkan BN, namun PAS selamat apabila nakhoda bahteranya tidak menggunakan kompas yang betul. Bukan memuji diri sendiri, namun diakui oleh lawan dan musuh yang sentiasa mengintai kesalahannya, walaupun yang terlalu kecil nescaya diperbesarkannya. Kalau dikesan sedikit kesalahan PAS walaupun hanya noktah yang kecil, diperbesarkan laksana kubah yang paling besar diangkat tinggi.
Hanya budaya fitnah digunakan bagi melawan PAS. Inilah sebabnya PAS menyokong undang-undang melawan fitnah. PAS tidak takut kepada undang-undang ini kerana PAS mengharamkan ahlinya melakukan fitnah, bahkan PAS bersedia menerima kalau ada kalangannya yang melakukan fitnah supaya dikeluarkan daripada PAS. Hanya kalangan yang berkepentingan dengan berita bohong dan fitnah sahaja menentang sekeras-kerasnya. Kalau benar mestilah berani dan kalau takut memang bersalah.
Dihukumnya PAS mendapat habuan 90 juta untuk melawan orang yang bagi 90 juta itu pula. Hujah yang sangat fitnah dan berputar belit. Dihukumnya PAS tanpa mahkamah yang sebenarnya, dihukumnya PAS dengan Mahkamah Media Sosial dengan hujung jari tanpa otak dan akalnya yang tidak nampak rupa paras hakim dan saksinya.
PAS terlalu murah harganya kalau sekadar 90 juta, pada halnya untuk dapat lebih daripada itu boleh diusahakan bersama ahlinya yang mencecah 1 juta, tanpa pelahap kepada sumbangan pihak lawan yang tidak menunjukkan sikap yang ikhlas.
PAS tegas membawa ke mahkamah di UK di tempat dilemparkan batu sembunyi tangan, walaupun sudah ada orang tengah yang cuba memujuk supaya selesai di luar mahkamah setelah marasakan kalahnya kerana berita palsu.
Dijadikan modal kempen juga PAS pernah menyokong kerajaan apa sahaja yang berkait dengan kebaikan negara dan rakyat, PAS tetap membangkang segala kemungkaran. PAS bukannya pembangkang yang bertempik dan bersorak melulu tanpa akhlak. Sikap PAS berpandukan Al-Quran dan Sunnah supaya kita menerima yang baik dan benar walaupun daripada musuh. Inilah pendekatan hidayah Allah.
Firman Allah:
﴿ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ١٢٥ وَإِنْ عَاقَبْتُمْ فَعَاقِبُوا بِمِثْلِ مَا عُوقِبْتُمْ بِهِ وَلَئِنْ صَبَرْتُمْ لَهُوَ خَيْرٌ لِلصَّابِرِينَ١٢٦ وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلَّا بِاللَّهِ وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلَا تَكُ فِي ضَيْقٍ مِمَّا يَمْكُرُونَ١٢٧ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ١٢٨﴾ [النحل: 125-128]
- “Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad S.A.W.) dengan hikmah (kebijaksanaan) dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara yang terbaik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat Hidayah petunjuk. (125) Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan seksama Yang sama seperti Yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) Sesungguhnya Yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang Yang sabar. (126) Dan bersabarlah (Wahai Muhammad S.A.W.)terhadap perbuatan dan telatah golongan Yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah Engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah Engkau bersempit dada disebabkan tipu daya Yang mereka lakukan. (127) Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang bertaqwa, dan orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya). (128)” (Surah An-Nahl: 125-128)
Sabda Rasulullah S.A.W di antara tanda munafik itu ialah:
وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ صحيح البخاري (1/ 16(
- “Apabila dia berdebat atau berkelahi, dia jahat”
Bermaksud menolak juga yang baik kerana mahu menang berdebat.
Maka PAS mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W apabila mencapai kemenangan (Fathu Makkah), mendahulukan kemaafan bukannya geram dan dendam menghukum apabila berkuasa.
PAS tidak berketuakan orang yang menolak Sunnah Rasulullah S.A.W dan menyalahgunakan akalnya yang bijak sehingga dirasakan seperti Tuhan atau memilih hukum Allah secara terpilih, berani mengkritik hukum Tuhan, atau membuat andaian kalau menjadi Tuhan.
PAS tidak boleh berketuakan orang jahil murakkab dalam agamanya, yang tidak sedar dirinya jahil. Kalangan seperti ini disebut oleh Rasulullah S.A.W sebagai muncul menjadi tanda dunia akhir zaman.
Sabda Rasulullah S.A.W.
الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ وَفِي كُلٍّ خَيْرٌ احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَلَا تَعْجَزْ وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ - حديث صحيح رواه مسلم
- “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang beriman yang lemah. Namun tiap-tiapnya diberi kebaikan. Bersungguhlah lakukan apa yang memberi manfaat kepadamu, mintalah pertolongan Allah, jangan merasa lemah. Kalau engkau ditimpa sesuatu musibah (keburukan) jangan berkata: “Kalau aku buat begini tidak jadi begini”. Katakanlah: “Takdir Allah”. Apa Allah kehendaki pasti berlaku mengikut kehendaknya. Kerana perkataan ‘kalau’ adalah membuka kerja Syaitan” (Hadis Sahih Muslim)
Maka kalau bercakap berkenaan takdir pun besar padahnya, maka kalau diandai dia si makhluk menjadi Tuhan sangat besar padahnya.
Allah memerintah supaya bersama Al-Quran yang disertakan Sunnah Rasulullah S.A.W.
﴿وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا٣٦﴾ [الأحزاب: 36]
- “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya, maka Sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata).” (Surah Al-Ahzab: 36)
Maka jangan memilih yang sesat atau yang salah lakunya, kerana menuju kepada sesat juga. Allah akan mengumpul semuanya pada Hari Kiamat nanti, bukan hanya sekadar habis pilihan raya. Firman Allah:
﴿إِذْ تَبَرَّأَ الَّذِينَ اتُّبِعُوا مِنَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا وَرَأَوُا الْعَذَابَ وَتَقَطَّعَتْ بِهِمُ الْأَسْبَابُ١٦٦ وَقَالَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا لَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَتَبَرَّأَ مِنْهُمْ كَمَا تَبَرَّءُوا مِنَّا كَذَلِكَ يُرِيهِمُ اللَّهُ أَعْمَالَهُمْ حَسَرَاتٍ عَلَيْهِمْ وَمَا هُمْ بِخَارِجِينَ مِنَ النَّارِ١٦٧﴾ [البقرة: 166-167]
- “(Ingatlah) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya Segala hubungan di antara mereka. (166) Dan (pada masa Yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang Yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau Kami (dengan itu dapat Kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada Kami (pada saat ini)! Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka).” (Surah Al-Baqarah: 166-167)
Inilah janji Allah, bukan janji PAS kerana Syurga Neraka kepunyaan Allah, bukan PAS punya. Ikut PAS selagi PAS tidak melawan Allah dan Rasulullah S.A.W. Maka, PAS menyebut syarat ini dalam lafaz baiah kepada semua calon yang bertanding pilihan raya. Mereka yang tidak percaya kepada baiah, jangan masuk PAS. Kalau sudah masuk PAS, boleh keluar daripada PAS bila-bila masa. Maka PAS tetap menjadi bahtera yang selamat selagi beristiqamah bersama Islam.
Ukuran dan perhitungannya bukan sekadar ucapan dan kenyataan sebelum berkuasa di tengah-tengah kempen pilihan raya. Semuanya boleh berucap dengan lidah yang tidak bertulang dan membuat kenyataan dengan dakwat yang cair, tetapi lihat apa yang dibuat dan perangainya setelah berkuasa. Kalau berkuasa sekadar kawasan sekangkang kera dalam masa yang singkat sudah menunjukkan perilakunya, maka sepatutnya rakyat yang mengundi wajib berhati-hati.
Buah salak, buah kedondong,
Sila letak ke dalam baldi,
Bukan salah ibu mengandung,
Tetapi salah memangkah undi.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 20 Rejab 1439 / 6 April 2018 - HARAKAHDAILY 6/4/2
Presiden PAS
Bertarikh: 20 Rejab 1439 / 6 April 2018 - HARAKAHDAILY 6/4/2
Anda mahu pemerintan kerajaan Islam? Kali ini undilah PAS di seluruh Malaysia!
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
Lihat juga..
47 comments:
amat bodoh dn dangkal tulisan undi pas selamat undi dap neraka.. undi umno masukke mana pulak.
sesempit itukah fahaman terhadap islam ini? sejahtera apa yg pas dh tunjukkn selain menghukum semua yg lain dr pas kecuali umnu.
Berita Bukan Palsu: DAP akan menggunakan logo PKR dalam PRU 14.
Persoalan:
1. Mengapa DAP meninggalkan logo DAP sendiri dan menggunakan logo PKR walaupun tindakan DAP ini ditentang oleh sebilangan pemimpin dan ahli DAP sendiri?
2. Adakah tindakan DAP ini bertujuan untuk mengelirukan kaum Melayu Islam yang tidak mahu mengundi DAP kerana DAP didakwa bersikap anti-Islam selama ini?
3. Adakah penggunaan logo PKR oleh DAP akan menyebabkan kaum Melayu Islam yang cintakan Islam menolak PKR yang didakwa bersubahat dengan DAP?
4. Bukankan tindakan DAP ini membuktikan bahawa kajian kaum Melayu Islam akan mengundi PAS dalam PRU14 dan menolak pakatan yang didakwa menjadi 'khadam' DAP adalah benar?
Parti Islam PAS pimpinan ulama Islam telah menjadikan Al-Quran, Sunnah, Qias dan Ijma' sebagai perlembagaan PAS dan garis panduan untuk pemimpin-pemimpin PAS memperjuangkan agama Islam dan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti di negara ini.
Maka perjuangan PAS ini adalah jihad dan Allah membalas manusia yang berjihad di jalan Allah dengan balasan Syurga.
Adakah parti DAP dan khadam-khadamnya yang didakwa menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam boleh menjamin manusia syurga?
Bukankah tindakan DAP dan khadam-khadam nya ini boleh menjamin penyokong-penyokong DAP masuk neraka?
Satu dialog sebelum PRU14:
Wah habislah parti kuali kita , mana nak letak muka dan baju sami kita apabila semua bendera dan logo kuali kita terpaksa diturunkan dan menaikkan bendera dan logo parti lain dalam PRU.
Mana nak letak muka kita setelah kita berceramah pong pang pong pang parti kuali akan kalahkan parti Islam.
Sekarang parti Islam sudah pasti ketawakan kita. Ayo yo ..malu besar ma mana nak letak muka. Kat lutut?
Selamat tinggal parti kuali ku. Rakyat sedang ketawakan kita.
Huwaaaa huwaaa huwaaa huwaaa .... Buaya kuali menangis dahsyat menitiskan air mata buaya tembaga.
Tegakkan Islam ... bukan PAS !
Islam itu lebih agong dari PAS. Jangan diperkudakan Islam untuk keuntungan politik kumpulan tertentu kerana Islam hak semua orang.
Jawapan
1.DAP,Amanah dan Bersatu menggunakan logo PKR kerana ingin mewujudkan kesatuan seperti mana hanya logo bn utk umno,mic,mca dll. Oleh kerana sukar berurusan dgn RoS maka jln singkat dipilih logo pkr shj.
2. Tindakan DAP, Amanah dan Bersatu adalah mewujudkan mirror image dgn apa yg dimiliki oleh BN.
3. Penggunaan logo PKR oleh DAP, Amanah dan Bersatu tidak ada effect kpd melayu islam yg cintakan islam. Yg ada hanyalah melayu islam yg sanggup menyokong kleptokrat atau menentangnya.
4. Tindakan DAP, Amanah dan Bersatu membuktikan bahawa bkn hanya BN mampu mewujudkan keharmonian dikalangan parti yg bergabung. Kewujudan PAS sudah tidak relevan utk PRU14 selain memecah undi bg membantu BN.
Kpd saudara yg bertanya, anda hidup dan bertanyakan soalan dalam ruang lingkup yg diwujudkan oleh umno selama ini. Knp hanya DAP dan tidak disebutkan Amanah, PKR dan Bersatu sekali?
Sudahlah umno membodohkan melayu, PAS pula membodohkan org islam
Berhati2 dengan kata2..."Perjuangan PAS ini adalah jihat" adalah salah. Hanya perjuangkan Islam saja jihat.
Islam tak boleh disamakan dengan PAS. Islam itu bukannya PAS !!
Semoga Allah ampunkan kekhilafan kamu.
Wah Anon 4:02 pm sedang mabuk todi menulis komen bodoh berlapis-lapis.
Ulama Islam, umat Islam dan jemaah Islam seperti PAS sedang berjuang menegakkan ajaran Islam dan membela hak unat Islam.
Bukan seperti khadam-khadam roket yang sibuk menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.
Tanpa merasa malu dan segan , mangkuk ayun dedak cap roket mengisytiharkan parti roket adalah parti Islam.
Memang jelas mangkuk-mangkuk ayun ternakan sifu evangelis roket ini sedang mabuk todi.
Ha ha ha ha ha ha
Semua jawapan Anon 4:08 pm menunjukan pakatan sedang meniru ciri-ciri BN.
Oleh sebab itu, kita semua akan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam sebab kita tidak menyokong BN dan klonnya (pakatan).
Anon 4:08 pm cuba menipu kita semua kerana dia fikir kita jahil. Simangkuk ayun ini membodphkan dirinya sendiri.
Fakta:
1. Islam adalah agama.
2. PAS adalah parti politik Islam.
Sesiapa sahaja termasuk individu dan jemaah Islam seperti PAS yang memperjuangkan agama Islam dan membela hak umat Islam , maja sesungguhnya mereka telah berjihad di jalan Allah.
Dan Allah telah menjamin balasan syurga untuk orang yang berjihad di jalan Allah.
Ya benar hanya parti kuali sahaja tegakkan 'syiar Islam' dengan menjadi khadam parti kafir harbi roket yang telah menentang dan menghina agama Islam dan menafikan hak umat Islam.
Keislaman pemimpin Pas lebih kepada keterampilan. Tetapi tidak dari segi akhlak.tak ubah seperti telunjuk lurus, tapi kelingking berkali. Maka natijahnya ibarat seperti ibu ketam bertopi Koboi mengajar anaknya memakai serban. Hehehekikikihahahakahkahkah
Tiada perbezaan antara mangkuk ayun ternakan pakartun pimpinan sifu banglo dan pesakit-pesakit mental kerana mereka selalu mencipta pelbagai dakwaan karut tanpa bukti untuk memfitnah, memburuk-burukkan dan menghina parti Islam pimpinan ulama Islam.
Nampaknya mangkuk-mangkuk ayun ternakan sifu banglo dan boss mereka terlalu terdesak mahu memenangi PRU dengan cara kotor.
Mska tidak hairanlah puak ini menentang akta anti-berita palsu.
Pas tidak mampu mewujudkan kerajaan persekutuan melainkan menjadi balaci UMNO sebagaiman dibuktikan dgn sokongan penuh diatas RUU Anti Fake News dan balasan UMNO adalah mengabaikan RUU 355 yg direstui PAS.
Oleh yg demikian, PAS sudah tidak relevan lg utk PRU14. Hanya memecahkan undi bagi membantu BN kembali berkuasa.
Soalan yg benar2 timbul, apakah anda penyokong kleptokrat atau anti kleptokrat?
Mengikut ajaran Islam, politik Islam adalah sebahagian dari Islam maka PAS wujud sebagai parti Islam yang berlandaskan AlQuran, Sunnah, Qias dan Ijma'.
Pegawai Pejabat Agung Pas sahkan terima duit RM1.5 juta, dakwa Mahfuz
MALAYSIA DATELINE
Naib Presiden AMANAH, Datuk Haji Mahfuz Omar mendakwa terdapat tiga orang pimpinan Pas Terengganu menerima wang daripada pemimpin Umno tertentu.
Mereka yang terlibat kata beliau ialah, Timbalan Pesuruhjaya Pas, Ustaz Saiful Bahri Mamat, Bendahari Pas Terengganu, M. Shukrimun Shamsudin, dan Setiausaha Pas Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid.
Wang berkenaan sejumlah RM1 juta dakwa Mahfuz, dimasukkan melalui akaun khas yang dinamakan Akaun Amanah pada 21 Mac 2018 lalu.
Selain itu katanya lagi, sejumlah RM1.5 juta juga telah dimasukkan ke dalam akaun Jabatan Pembangunan Pas Pusat (JPP) atau Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat.
Kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, beliau telah menyemak perkara tersebut dengan pegawai di Pejabat Agung Pas, dan mereka telah mengesahkan bahawa wang sejumlah itu memang telah dimasukkan ke dalam akaun berkenaan.
Ujarnya, perkara ini telah pun menjadi viral di media sosial.
Mahfuz membuat dakwaan tersebut dalam satu program ceramah di Guar Lobar, Padang Serai baru-baru ini.
Anonymous said...April 7, 2018 at 3:11 PM
kepala butoh mak n pak hang.. dap gunakan logo sendiri dikatakan tidak sepakat .. logo guna pkr dituduh hang dengan dr kamrul kangkung.. dilahirkan kerana mak n pak hang main tak baca bismillah n doia.. dapat anak otak sial agaknya mak n pak hang sama aje celaka
Yang buat DAKWAAN ialah mahfooz tetapi Pejabat Agung PAS tidak membuat sebarang kenyataan yang menyokong dakwaan mahfooz.
Sekarang kita tanya mahfooz dan penyokongnya: Mana bukti?
Tanpa bukti, dakwaan tersebut adalah fitnah.
Dakwaan Anon 4:44 pm adalah dakwaan yang tidak berasas kerana tiada bukti atau fakta.
Maka Anon 4:44 pm hanyalah seorang mat jenin yang mimpi di siang hari.
Anon 4:48 pm,
Mana bukti?
Anon 6:30 pm adalah contoh mangkuk ayun ternakan sifu banglo terlajak diskaun yang suka menulis komen yang amat tidak bermoral.
Kita yakin kepala anon 6:30 pm terhempas ke lantai semasa dia dilahirkan maka otaknya kurang satu suku.
Maka kita tidak terkejut melihat pakartun pimpinan sifu banglo menentang akta anti-berita palsu.
Kaki fitnah benci akta tersebut.
Hanya pakatan yang tidak bermoral dan penjaja fitnah menentang RUU Anti-Fake News.
Orang yang baik seperti pemimpin PAS pasti menyokong RUU Anti-Fake News tersebut.
Jikalau PAS menyokong penuh RUU Anti Fake News dan sebagai balasan UMNO menyokong penuh RUU 355 maka ia dipanggil KOMPROMI dan kehadiran PAS dirasai.
Tapi apa yg berlaku adalah PAS mnyokong penuh RUU Anti Fake News dan sebagai balasan RUU 355 dipermainkn umno utk ntah keberapa kali. Maka PAS bolehlah dipanggil "balaci" umno. Ada tiada tidak memberi perbezaan.
Rentetan dari itu, maka PAS tidak relevan utk PRU 14 selain memecahkan undi bagi membantu UMNO adalah FAKTA.
P/s: Maaf kalau perkataan "balaci" xsesuai. Mungkin "budak suruhan" atau "kuli" lebih beradab.
Walaupun Allah mempunyai hak mutlak ke atas syurga dan neraka, Allah telah menyediakan garis panduan (Islam) untuk dikuti oleh hamba-hambaNya.
Maka balasan syurga untuk orang-orang yang mentaati Allah dan RasulNya dengan melaksanakan ajaran Islam.
Dan balasan neraka untuk orang-orang yang mengingkari perintah Allah dan RasulNya.
Maka pakatan sekular liberal pimpinan kafir harbi yang telah menentang dan menghina ajaran Islam seperti Hudud dll telah menempah tempat mereka di dalam neraka kecuali mereka bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam.
Bermula dari penubuhan TASK Force bg menyiasat tuduhan berkaitan 1mdb telah diganggu.
Pesuruhjaya Sprm disuruh cuti sakit, AG diberhentikan dan Gabenor BNM diugut. Hanya IGP yg senyum tidak diganggu.
Pegawai penyiasat dari SPRM ditangkap polis dan bukti siasatan mereka dirampas.
Apabila pengerusi PAC yg dl bersetuju utk memanggil PM utk disoal oleh PAC, dia dinaikkan pangkat dan diganti hassan cari mkn dan PM tidak dpt disoal oleh PAC.
Laporan Audit negara berkaitan 1mdb diOSAkan.
Jikalau bersifat neutral masih boleh mencari maklumat dan paham.
Tapi yg berlaku adalah cacai upahan umno berlakon jdk penyokong PAS. Sambil membawa watak daif,dungu dan bawah tempurung mereka amat jelas sifat kecacaian belaan najis.
Pemimpin-pemimpin parti Islam PAS berpegang teguh pada ajaran Islam seperti Amar Makruf Nahi Munkar iaitu menyuruh manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Bohong..
Yang mana politik Islam?
Absolute Monarch spt Arab Saudi dan Brunei tidak ada parti islam. Adakah mereka bukan islam?
Indonesia negara republik tidak ada parti islam.
Adakah mereka bukan Islam?
Pakistan wujud beberapa parti menggunakan nama islam. Sedangkan agama Islam itu hanya satu.kenapa wujud pelbagai parti
Apa yg berlaku adalah PAS mempergunakan nama islam. Lebih menyedihkan menyokong pemimpin kleptokrat
Nampaknya Anon 7:16 pm telah meletakkan otaknya pada lututnya dengan menyalahkan PAS sedangkan PAS tidak terlibat dalam isu 1MDB kerana bukan PAS yang mrmerintah negara ini.
PAS telah menegur dan mengkritik cara kerajaan BN mengendalikan dan menyiasat isu 1MDB.
Jika anda mahu PAS menyiasat isu 1MDB, sila pastikan anda semua menyokong dan mengundi PAS dalam PRU 14.
Adakah anda berani lawan sifu banglo terlajak diskaun dengan mengundi PAS?
Tidakkah anda bimbang sifu akan tamatkan bekalan dedak cap roket untuk anda?
Amar makruf nahi mungkar,
Dapat duit semua boleh dilanggar.
Kemungkaran najib disokong, kemakrufan melawan najib dicegah.
Berpegang teguh pada ajaran islam, dpt duit simpan dalam.
Kejap nk jdk kingmaker,
kejap nk jdk penasihat,
Kejap nk nk lwn umno,
Kejap nk sokong umno..
Ada duit semua boleh bawak berbincang. Ini nilai pemimpin yg berpegang teguh ajaran islam.
Wah anon 7:26 pm bersikap biadap dan menghina Islam dengan menulis "Bohong".
Nabi Muhammad s.a.w. sendiri mengamalkan politik Islam semasa Baginda memerintah kerajaan Islam di Madinah yang kemudiannya meliputi Mekah dll.
Kemudian politik Islam ini diteruskan oleh para sahabat Baginda seperti Abu Bakr, Omar, Othman dan Ali.
Orang-orang munafik akan mencipta pelbagai alasan karut untuk memburuk-burukkan dan menolak apa sahaja yang berlabel Islam.
Wah balaci-balaci ternakan parti kafir harbi seperti mangkuk ayun 7:35pm telah menghina dan memburu-burukkan ajaran Islam.
Inilah keburukan pakatan sekular liberal pimpinan kafir harbi.
Mangkuk ayun 7:40 pm
Mana bukti? Dakwaan tanpa bukti adalah fitnah.
Maka kita tidak merasa hairan melihat pakatan meloya menentang RUU Anti-Berita Palsu.
PAS dah berbau dedak !
Nampaknya mangkuk ayun 7:42 pm tidak tahu definisi politik, politik Islam dan agama Islam.
Woi mangkuk ayun simpanlah sikit bodoh kamu , jangan dedahkan semua kebodohan kamu.
Berdasarkan komen 6:30pm, mangkuk ayun 6:30 pm adalah pesakit mental yang kronik.
Kasihan dia sebab mak bapak dia gagal mendidik dia menjadi manusia.
Mangkuk ayun ini tak mahu mati masa bayi, sudah besar jadi dajal sibuk menjaja fitnah.
Komen 8:13pm menunjukkan mangkuk ayun 8:13 pm tidak mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan karutnya terhadap PAS.
Tiada perbezaan antara mangkuk ayun dedak roket dan dajal.
Wahai dajal 7:45 pm ternakan sifu kafir harbi,
Sesungguhnya kamu telah menghina ajaran Islam 'Amar Makruf Nahi Munkar' dalam komen 7:35 pm kamu.
Orang Islam tidak menghina ajaran Islam maka kamu adalah munafik atau kafir harbi.
Komen 4:01 am ditulis oleh balaci roket yang suka menyondol dedak roket.
Wah terbayang sifu ketam roket mengajar khadam-khadamnya cara menganjurkan pesta arak hingga mabuk. Sudah mabuk, langgar pokok. Baguskan. Kuranglah khadam musuh Islam di bumi ini.
Org islam yg menghina pemimpin islam yg mempergunakan nama islam.
Sungguh hina pemimpin itu yg telah menghina agama islam.
Tidak hairanlah mangkuk ayun 1:10 pm ini benci ulama Islam sebab mangkuk ayun ini suka menjilat sifu evangelis roket yang menentang Islam.
Memang benarlah mangkuk ayun ternakan pakartun pimpinan sifu evangelis roket yang menentang dan menghina ajaran Islam adalah pencacai najis kerana membuat dakwaan karut tanpa bukti untuk memfitnah pemimpin parti Islam.
Pemimpin-pemimpin parti Islam mempunyai rekod yang bersih dari rasuah dll maka pemimpin parti Islamlah yang wajib kita sokong dan undi dalam PRU 14.
Dan kita umat Islam wajib menolak sifu evangelis dan khadam-khadamnya yang berlagak 'suci' walaupun sifu sendiri didakwa terlibat dalam pelbagai skandal rasuah dan sedang dibicarakan di mahkamah dan khadam-khadamnya sedang disiasat oleh SPRM kerana kes rasuah dll.
Hanya mangkuk ayun yang dungu, buta dan pekak menyokong pakartun pimpinan sifu 'suci'.
Nampaknya parti perkauman roket terlalu terdesak untuk memancing undi kaum Melayu Islam sehinggakan parti ultrakiasu tersebut sanggup menyamar menggunakan logo parti lain.
Sikap parti roket menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam menjadi faktor yang penting untuk kaum Melayu Islam menolak parti kafir harbi roket dan khadam-khadamnya dalam PRU 14.
Tegakkn peliaq mu dulu ibnu...
Undi PKR = Undi DAP
DAP = Musuh Islam
Maka dari segi logik,
undi PKR =undi musuh ....
ted manoffik ternakan sifu evangelis telah membuktikan ted manoffik adalah serangga gila seks yang suka bercakap lucah dan merbahaya kepada kaum wanita.
Sesungguhnya allah yang maha berkuasa maka takutlah kita pada allah swt. Dari komen2 yang disebarkan sila berhati2 sebab sekiranya fitnah dan tolong menyebarkan fitnah berdosa tuduhan tampa bukti itu terbukti fitnah. Sekiranya kamu muslin hentikan tapi jika non muslim walaupun fitnah itu kamu anggap biasa tapi iatetap dapat pembalasan diakhirat kelak. Saya menyeru pada semua umat islam bersatu menegakkan keadila islam dan hormati yang bukan islam. Sekiranya kita mahu keadilan maka allah menjanjikan hidayah dan allah maha adil bersamalah dengan jemaah perjuangkan islam. Tinggalkan kepentingan dunia utamakan perjuangan islam rahmat allah itu luas dan meliputi sekalian umat maknusia takkira islam atau bukan islam. Carilah perjuangan yang benar2 istikomah untuk mendaulatkan islam. Hentikan fitnah dan menggunakan bahasa2 yang tidak elok ia akan menguris perasaan org lain.
Post a Comment