Tuesday, April 03, 2018

Tun M Kata Tak Pernah Tangkap Sesiapa, Mat Sabu, ISA, Bagaimana?


KUALA LUMPUR – “Masa tu tidak salah guna undang-undang. Sekarang ini lapor kesalahan kena tangkap. Zaman saya, saya ada tangkap siapa?”
Itu jawapan mengelirukan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila ditanya pemberita mengapa beliau tidak memansuhkan akta yang beliau dakwa sebagai zalim semasa menjadi Perdana Menteri,
Hasil carian imej untuk mat sabu Jawapan Mahathir itu bagaimanapun mendapat reaksi Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu yang menunding jari kepada dirinya sebagai pemimpin pembangkang yang pernah ditangkap oleh Mahathir.

“Dia ni (Mat Sabu)…. yang ini memang kena tangkap selalu,” kata Mahathir kepada Mohamad yang duduk disebelahnya.

Terdahulu, Mahathir dalam sidang akhbar Pakatan Harapan mendakwa pembangkang akan membatalkan beberapa akta yang didakwa zalim dan menekan rakyat jika menang Pilihan Raya Umum Ke-14.

Akta terbabit adalah Akta antiBerita Tidak Benar, Akta Hasutan, Akta Pencegahan Jenayah, Akta Cetak dan Penerbitan dan Akta Majlis Keselamatan Negara.

Beliau turut mengumumkan akan memansuhkan peruntukan yang zalim dalam Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Perhiimpunan Aman dan Akta Pencegahan Jenayah seperti hukuman gantung dan lain-lain.

Mahathir seterusnya mendakwa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lebih baik berbanding Akta antiBerita Tidak Benar apabila pemberita membandingkan Akta antiBerita Tidak Benar memberi kuasa kepada mahkamah, sedangkan Akta ISA memberi kuasa kepada menteri.

“Saya cadang baca apa Akta ISA punya kuasa. Akta ISA bila ada deklarasi darurat daripada agong (Yang diPertuan Agong). Masa itu baru kita gunakan Akta ISA. Kita boleh tahan tanpa bicara selama dua tahun, tetapi setiap enam bulan kena `review’,” dakwa Mahathir. -MYNEWSHUB.CC


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS


4 comments:

  1. Ciss...kamu jgn macam2 tuan ibnu.. Buruk padahnya nanti..πŸ‘ΏπŸ˜ˆ

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. ted manoffik ,

    Sila laporkan diri kamu sendiri, puakagay, mahligay, kluangay , ikangay kepada pihak berkuasa kerana kamu semua telah menulis pelbagai berita palsu untuk memfitnah parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.

    Laporkan sumbu kuasa 10 mimpi 15 kali kepada pihak berkuasa kerana menyebarkan berita palsu tentang audio kunonya.

    Ada berani ka?

    ReplyDelete
  4. AHLI UMNO DAN PKR MENYERTAI PAS

    KOTA BHARU: Minggu ini semakin ramai ahli Umno serta PKR meninggalkan parti lama dan menyertai PAS.

    Hari ini seramai 70 ahli Umno dan 30 ahli PKR menyerah borang menyertai PAS kepada Timbalan Mursyidul Am, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob.

    Mereka diketuai mantan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Rawi Mohd Noor dari Dun Nengiri.

    Beliau berkata hasratnya menyertai PAS tercetus apabila melihat keprihatinan dan komitmen parti itu berterusan berjuang memartabatkan Islam sebagai agama rasmi negara.

    Katanya, Umno dan Barisan Nasional tidak lagi mampu untuk memperjuangkan nasib orang Melayu.

    “Jauh sekali untuk memartabatkan agama Islam berdasar situasi yang berlaku sejak kebelakangan ini.

    "Kehadiran kami petang ini hanya mewakili ratusan lagi ahli Umno bahagian Gua Musang yang bakal keluar Umno dalam masa terdekat," katanya di sini. – HARAKAHDAILY 3/4/2018

    ReplyDelete