Wednesday, April 11, 2018

Tunggang Kerbau Berbogel. Kalau Tak Mahu Begini, Undilah PAS!




SEORANG rakyat Britain yang mencetuskan kemarahan di Filipina kerana membenarkan pelancong menunggang kerbau dalam keadaan bogel pada bulan Februari lalu, telah ditangkap sekali lagi.

Liam Cox, 35, yang berpindah ke Pulau Surigao del Norte sejak beberapa tahun lalu, telah membuka sebuah bar dan rumah tumpangan dengan sasaran pelanggan adalah warga asing dari Britain.
Kali ini dia ditangkap selepas serbuan polis mendapati terdapat penyalahgunaan ganja di rumah dan bar berkenaan. Serbuan dilakukan polis selepas terdapat tulisan ‘DRUGS, SEX, BEER, RUM, COKE’ yang ditulis di luar rumah tetamu berkenaan.
Dalam serbuan polis yang dilakukan semalam, pihak berkuasa menemui ganja dan dadah manakala Cox sendiri berada di bawah pengaruh dadah. Dua lelaki lain turut ditangkap di bar milik Cox. Lapor MYNEWSHUB.CC.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Filipina adalah negara sekular. Sama juga seperti Malaysia dan parti-parti yang memperjuangkan sekularisme di negara ini. Perkara -perkara yang dilakukan diatas amat lumrah berlaku di negara sekular atau negara yang memisahkan kehidupan dunia dengan akhirat. iaitu politik suku agama suku. 
Tidak peduli halal haram dalam pemerintahan. Politik tiga suku yang ditolak oleh Islam. Oleh itu pilihlah parti Islam dalam PRU 14 akan datang.
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
Hasil carian imej untuk pkr/DAP
Musang DAP berbulu ayam PKR,
Melayu jangan ditipu DAP 
dengan dedak-dedaknya...


4 comments:

Anonymous said...

Kalau pon nak menakut2kan pengundi melayu. Tolong jangan timbul cerita yang tak masuk akal. Tak ke itu fitnah namanya?

Anonymous said...

Saya yakin lambat laun benda ni akan terjadi jika Pakatan Harapam menang.

Jika sekarang pun perangai DAP anti Islam, bila dapat kerajaaan mahu jadi amal mungkar nahi makruf

http://www.suara.tv/2015/02/09/adun-dap-dakwa-khutbah-jumaat-mengenai-tutup-aurat-letak-kesalahan-pada-wanita/

ADUN DAP Dakwa Khutbah Jumaat Mengenai Tutup Aurat Letak Kesalahan Pada Wanita

Kuala Lumpur – Selepas peguam Eric Paulsen melabel khutbah Jumaat Jakim ekstremis kini seorang exco Pulau Pinang pula mengkritik khutbah Jumaat Jais yang menyentuh mengenai isu tutup aurat bagi mengelakkan daripada dirogol.



Exco wanita Chong Eng berkata, mesej khutbah Jumaat Jais itu memberi maklumat silap mengenai rogol, menyalahkan mangsa rogol dan menunjukkan berat sebelah lelaki dalam kepimpinan agama.



“Malangnya, khutbah Jais memberi maklumat mengelirukan, tidak bertanggungjawab, kurang hormat dan jelas berat sebelah lelaki.



“Mesej tutup aurat langsung tidak membantu mangsa wanita dari segi serangan seksual dan penderaan.



“Sebaliknya, ia mengalihkan kesalahan dan tanggung jawab mencegah jenayah seksual ke atas mangsa dan bukannya orang yang menyerang,” kata Chong yang juga pengerusi Perbadanan Kemajuan Wanita Pulau Pinang (PWDC) dalam satu kenyataan hari ini.



Jumaat lalu, Jais menukilkan khutbah Jumaat bertajuk “Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri.”



Dalam khutbah itu, Jais berkata, wanita Muslim wajib menutup aurat bagi mengelakkan daripada diganggu secara fizikal atau mental, bagi mengelakkan fitnah, pandangan jahat dan perkara yang buruk.



Kejadian seperti rogol, zina dan sumbang mahram boleh dielak jika wanita menutup aurat, menurut khutbah itu.



Chong berkata, penekanan Jais terhadap aurat wanita dan menyalahkan mangsa menunjukkan kepimpinan agama Malaysia tidak sensitif gender atau memahami isu wanita.



Beliau menyeru usaha konkrit dilakukan bagi meningkatkan perwakilan wanita dalam semua sektor, terutama kepimpinan agama.



Chong yang juga wakil rakyat DUN Padang Lalang dan bekas Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, rogol membabit perkara lebih rumit daripada kegagalan wanita untuk menutup aurat.

FacebookTwitterGoogle+Share

ted manoff said...

Tuan ibnu boleh didakwa kerana siar berita palsu..

Anonymous said...

tuan ibnu boleh didakwa sebar ajaran sesat...

sokong pas bahagia dunia akhirat.
sokong dap masuk neraka.

mana nas nya?

jgnlah babitkan taksub kpd pas tu dgn agama.

tuan lbh baik focus kpd berita2 xxx. dan tk payah
nk jual cerita syurga neraka kerana ia milik Allah
bukan milik tuan.

kecuali tuan dh jjamin tuan masuk syurga dgn sebb taksub kpd pas.

kalau tk jamin, jgnlah main2 dgn agama dan hak Allah tu.
takde sapa nk sokong pas pun dgn sebb ajaran sesat tuan tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails