Menurut Zainal Abidin, tindakan keluar parti secara beramai-ramai itu dibuat kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti tersebut yang hanya tahu merebut jawatan tanpa memikirkan nasib akar umbi.
Katanya, tindakan beliau serta ahli PPBM kedua-dua cawangan itu kembali kepada UMNO setelah menyedari bahawa hanya parti keramat itu sahaja yang benar-benar memperjuangkan orang Melayu, agama Islam dan tanah air.
"Kepimpinan tertinggi PPBM asyik berebut jawatan sehinggakan nasib kami langsung tidak dipedulikan malah jawatan yang dijanjikan pun hilang entah kemana
"Jadi kami asyik tertanya-tanya ke mana arah kami sekiranya perebutan itu terus berlaku. Lebih baik kami pulang ke pangkal jalan dan kembali kepada UMNO," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kesihanilah mereka, terlepas dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya lagi.
Sepatutnya pilih parti ini..
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan parti sekular, yang tiada kaitan dengan akhirat, politik suku agama suku. Bukan seperti DAP dan kuncu-kuncu sekularnya yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
 
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR..