Wednesday, April 04, 2018

Turki Bina Jana Kuasa Nuklear, M'sia Mampukah Begitu?


PRESIDEN Turki, Tayyip Erdogan (kanan) mengalu-alukan rakan sejawatannya dari Russia, Vladimir Putin - Foto REUTERS 


ANKARA: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan bersama Presiden Russia merasmikan pembinaan stesen jana kuasa nuklear pertama Turki di wilayah Mersin, berdekatan Laut Mediterranean, hari ini.
"Dengan nama Tuhan!" kata Erdogan berdiri di sebelah Putin di Istana Presiden di Ankara ketika sidang video perasmian stesen jana kuasa Akkuyu bernilai $20 bilion (RM77.5 bilion) itu.
Stesen televisyen milik kerajaan, TRT, menunjukkan pekerja sudah memulakan kerja pembinaan.
Apabila siap, jana kuasa itu akan membekalkan 10 peratus keperluan elektrik Turki.
Fasa pertama akan mula membekalkan elektrik pada 2023 dan stesen itu dijangka siap sepenuhnya pada 2026. Lapor AFP
 GAMBAR fail pada 15 Mac 2011 menunjukkan papan tanda loji jana kuasa nuklear Three Mile Island, di mana mengalami kemalangan nuklear paling serius pada tahun 1979, di Middletown, Pennsylvania, Amerika Syarikat. - Foto REUTERS
Sementara itu, di Pennsylania AS, loji jana kuasa Three Mile Island di sini, akan ditutup sepenuhnya pada 2019, iaitu 40 tahun selepas tragedi nuklear terburuk dicatatkan dalam sejarah Amerika Syarikat.
Exelon Corp ketika mengumumkan keputusan itu berkata, loji jana kuasa yang terletak di Middletown, Pennsylvania itu akan ditutup pada 30 September 2019.
Menurut Exelon Corp, ketika ini kira-kira 675 pekerja berkhidmat dengan loji jana kuasa Three Mile Island itu.
Ia membekalkan tenaga elektrik kepada 800,000 kediaman, selain menyumbang sebanyak AS$1 juta (RM4.28 juta) cukai setiap tahun.
Sementara itu, kegagalan operasi loji jana kuasa itu pada 1979 mencetuskan kebimbangan orang ramai mengenai keselamatan di loji nuklear, sekali gus mendesak penguatkuasaan peraturan baharu bagi mengendali hal kecemasan di tapak nuklear.
Walaupun tiada kematian dicatatkan dalam insiden itu, kajian mendapati ia menjejaskan kesihatan kira-kira dua juta penduduk yang tinggal berhampiran loji berkenaan, yang terletak kira-kira 300 kilometer di barat bandar raya New York.  Menurut REUTERS pula.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Malaysia negara kecil, bolehkah bina janakuasa nuklear, dengan kerjasama negara jiran atau teknologi yang lebih canggih lagi?
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

No comments:

Post a Comment